11 November 2010

Saya suka minum teh,Adakah anda suka minum teh?


Kebaikan minum Teh 



Khasiat Teh, khususnya untuk kegunaan amalan kesihatan yang sihat sudah pun diketahui ramai, malahan beberapa kaji selidik dilakukan di seluruh dunia mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau misalnya, dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan, disamping membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Jurnal Institut Kanser Negara pula menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal menunjukkan, minum teh hijau mengurangkan risiko bahaya barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60 peratus.

Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.Teh putih bermaksud teh yang belum diawetkan.

Khasiat teh, ternyata tidak terbatas untuk kesihatan saja, sebaliknya turut memberi manfaat untuk rawatan dan penjagaan kecantikan. Kini, terdapat banyak produk pemuliharaan dan perlindungan kulit yang menggunakan rumusan teh iaitu daripada krin dan pencuci hinggalah deodoran.