27 September 2018

Kisah-Kisah Ku Sepanjang Tidak Mengupdate Blog

Assalamualaikum

Sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini.Sudah 5 bulan tinggal begitu saja, di harapkan anda pembaca blog Yas masih mengikuti perkembangan Yas,masih mempelajari Seni Mempertahankan Diri dan sihar seperti biasa.

Alhamdulillah, Yas bersyukur masih di beri peluang untuk bernafas dan terus mencari rezeki seperti biasa.Kini pelatih TaeKwon-Do ITF di sekolah semakin ramai berlatih bersama Yas dan begitu jugak di M.Y.Y Martial Art's Studio Langkawi  hampir setiap hari ada pelatih yang datang untuk berlatih dari pelbagai watak dan dari seluruh negara.

Hari demi hari telah berlalu dengan pantas, kini ada beberapa pelatih TaeKwon-Do ITF Langkawi yang akan bersiap sedia menjalani ujian kenaikan tali pinggang hitam 1st Degree pada awal tahun 2019.Di M.Y.Y Studio pulak,pada tahun 2019 akan ada 3 pelatih dari berlainan seni akan mewakili dan bertanding Amateur Fight, 2 pelatih Muay Thai dan jugak seorang pelatih Boxing. Ini adalah satu pencapaian yamg membanggakan pada Yas,pada tahun ini adanya peningkatan yang begitu tinggi pada tahun-tahun lepas.

Baru-baru ini jugak pada bulan 4 2018,Yas telah di jemput untuk memberikan kursus asas Muay Thai  pada staff di Hotel The St. Regis Langkawi selama 1jam.Amat menyeronokkan kerana adanya pengalaman baru pada Yas dan di beri layanan yang sangat baik.

Ini adalah secebis kisah sepnjang Yas tidak mengupdate. Dari masa ke semasa akan Yas menulis lagi di blog ini seperti biasa untuk berkongsi ilmu sedikit kepada anda.Kerana 
Zahiril Adzim, Yas berjinak jinak semula menulis blog kerana beliau jugak kini seorang Vlogger di YouTube,Insha Allah ada rezeki Yas cuba vlog pulak. 



I Lead, You Read. 
          M.Y.Y 

22 March 2018

Ku Telah Berjaya Mendidik Pelatih Ke 1st Dan/Degreen Black Belt

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah setelah berbulan bulan sehingga lah masuknya tahun 2018,masih lagi diberi nafas dan sempat untuk menulis blog pada kali ini.Ya memang agak lama Yas tidak menulis blog ini kerana kekangan masa dengan kehidupan peribadi dan pekerjaan,kini baru lah adanya masa lapang untuk menulis blog pada tahun yang baru ini.

Latihan TaeKwon-Do ITF di Daerah Pulau Langkawi berjalan seperti biasa dan masih ramai pelatih baru dan lama sertai latihan.Walau bagaimana pun ada segelintir pelatih yang berhenti kerana faktor masalah peribadi dan lain-lain.

Alhamdulillah syukur pada Allah,selama Yas melatih pelatih TaeKwon-Do ITF di Langkawi lebih kurang 5 ke 6 tahun.Tahun ini 2018 Yas telah berjaya mendapat pelatih yang banyak berlatih,bersabar mengharungi tahun demi tahun latihan dan sentiasa setia berlatih dan juga mengikuti Yas dalam latihan.Dia ada lah seorang pelatih perempuan yang gigih berlatih,berusaha,berdisiplin dan sentiasa tidak jemu untuk datang latiha .Ya dia adalah pelatih pertama yang Yas melatih dia dan berjaya mendapat tali pinggang hitam yang dikenali sebagai 1st Dan / Degree Black Belt.

Yas sangat gembira dapat melatih dia,Yas doa kan dia terus berlatih dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.Fasa yang seterusnya jika di beri kesempatan,akan Yas uruskan dia untuk mendapat sijil menjadi jurulatih dengan layaknya oleh Master dan Grand Master yang bertauliah,Insha Allah. Tahniah juga pada pelatih kedua saya yang telah dilatih oleh Sir Capt.Rosly Ahmad dan juga saya,sekarang dia juga telah naik dari 1st Dan Ke 2nd Dan Black Belt,jangan mudah give ya korang.     :)

Kepada pembaca,pelatih,peminat Yas,Yas ucapkan terima kasih banyak banyak kerana masih folow Yas sehingga kini.Anda adalah semangat Yas dalam bidang ini.Jaga diri ya korang semua.

I Lead,You Read.
M.Y.Y the 3rd.