11 December 2010

Senaman & Regangan Kearah Hidup Cergas Sepanjang Hayat

Dalam setiap sesi latihan aktiviti fizikal, para pelatih perlulah membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Kenapa? Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah perlu untuk;
Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan.

Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah
Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda
Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan
Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan fizikal yang intensif akan bermula

Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri
Membantu melancarkan peredaran darah
Kelegaan yang akan nikmati setelah melakukannya Anda perlu pastikan agar tidak melakukan regangan secara keterlaluan dan ambil masa antara 10 sehingga 30 saat untuk setiap regangan.

Lakukannya sehingga anda merasa sedikit tegang di bahagian yang diregangkan dan relaks ketika menahan setiap regangan.Jaga pernafasan anda agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika melakukan regangan.Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan.

Ini untuk memastikan anda meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan.
 Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan.

Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.Aktiviti regangan sepatutnya tidak menyakitkan, jadi tolaklah fahaman 'No Pain, No Gain' yang telah lama tersemat dalam minda, barangkali sejak anda di bangku sekolah lagi. Kesakitan ketika atau akibat aktiviti regangan mungkin menandakan yang tubuh badan anda telah mengalami kecederaan.

05 December 2010

Cara menguat kan otot paha (Rectus Femoris)




Cara untuk kuat kan otot paha(Quadriceps & Hamstring) :-

  1. Angkat kaki anda seperti gambar rajah di bawah.
  2. Lutut tersebut perlu sama paras pusat atau rendah sedikit.
  3. Badan lurus seperti rajah di atas.
  4. Kedua-dua tangan angkat dan genggam untuk mengawal keseimbangan seperti rajah di atas.
  5. Tahan 1- 30 saat.
  6. Lakukan ini 3 set sebelum memulakan latihan Taekwon-do.

Jika otot anda lemah, kemudian anda sering duduk dan berdiri dengan bahu membongkok dan perut kendor sudah tentu ada mempunyai masalah. Dan selama bertahun-tahun ini boleh menyebabkan sakit pinggang.Tulang belakang anda juga akan mempunyai masalah.
Otot paha yang kuat dapat menghasilkan tendangan yang baik dan kekuda dalam seni bela dirinmalah dapat menendang lebih tinggi. Dan dapat mengelakkan masalah kekejangan otot paha.
Dalam taekwondo otot paha yang kuat membantu anda untuk mengawal  tendangan. Dan kombinasi kekuatan dan fleksibiliti membolehkan anda untuk menendang tinggi. Sementara anda tegak dan mengawal keseimbangan tubuh anda.

 Gambar rajah di bawah ada lah satu contoh untuk menguat kan otot paha.


03 December 2010

Seni Mempertahankan Diri

Seni pertahanan diri ialah kemahiran dan kepandaian yang dimiliki oleh seseorang dalam selok-belok ilmu mempertahankan diri daripada sebarang ancaman serta gangguan yang boleh mendatangkan bahaya kepada mangsa.

 Di negara kita, terdapat pelbagai jenis seni pertahanan diri seperti Silat,karate,Taekwan-do, kendo, kung fu, tomoi dan sebagainya.

Antara kepentingan seni pertahanan diri ialah:-

·         meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam seni pertahanan diri yang diceburi.

·         mengelakkan diri remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang NEGATIF

·         memastikan tahap kesihatan tubuh badan yang sempurna

·         mampu menjana stamina yang lebih mantap dan daya pemikiran yang lebih cerdas

·         membolehkan kita menjalani kehidupan yang lebih sihat

·         menjadikan kita lebih berdisiplin

·         dapat membina dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri

·         dapat melindungi diri dan keluarga daripada ancaman bahaya atau disakiti oleh orang lain

·         mengurangkan kejadian yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat

·         mewujudkan keadaan aman dan makmur di sesebuah kawasan kejiranan

·         memupuk semangat kerjasama dan semangat perpaduan

·         menyumbangkan pendapatan sampingan kepada sesetengah orang














28 November 2010

Kenapa perlu  Warm Up?
  • Untuk mendapatkan tubuh bersedia untuk latihan dan memastikan anda boleh melatih pada potensi penuh anda.
  • Untuk mengurangkan kecederaan.
  • Untuk mengurangkan kekakuan otot.


Cool Down:
  • 5 hingga 10 minit jogging / berjalan - untuk menurunkan suhu badan dan mengurangkan kecederaan pada otot
  • 5 hingga 10 minit latihan peregangan statik
  • Peregangan statik lebih berkesan dalam dingin kerana ia membantu otot untuk rileks, menetapkan kembali serat otot dan membantu membina kembali pergerakan normal. Peregangan ini sebaiknya dilakukan selama 10 saat.


Mengapa perlu Cool down?
  • Mengurangkan  pening atau pengsan.
  • Mengurangkan kadar adrenalin dalam darah.
  • Membolehkan anda detak jantung kembali ke tahap istirahat seperti biasa.
  • Mengurangkan kekejangan otot.

23 November 2010

Latihan Ketuk Ketampi

LATIHAN KETUK KETAMPI

Latihan ketuk ketampi adalah latihan untuk menguat kan hamstrings (otot paha).


Selain itu latihan ini sesuai di lakukan pada semua peringkat umur.Tetapi perlu mengikut kemampuan diri.

Latihan ini juga saya tujukan kepada pelatih-pelatih Taekwondo ITF,latihan ini dapat membantu dalam melakukan SPARRING & PATTERN.

Dalam pattern,banyak menggunakan kekuda L Stance,Sitting Stance,& Walking Stance.


Sesetengah pelatih sangat lemah/tidak suka untuk melakukan PATTERN disebabkan sakit ketika melakukan STANCE.

Pada saya,LATIAHAN KETUK KETAMPI adalah salah satu cara menguat kan Hamstrings(otot paha).

Tips-tipsnya:-

  1. Lakukan ini setiap kali SEBELUM melakukan latihan taekwondo.
  2. Lakukan sedikit demi sedikit,contohnya lakukan sebanyak 5 kali ketuk ketampi sebanyak 3 set.Kemudian tingkat kan kepada 10 kali untuk 3 set..
  3. InsyaAllah,anda akan rasa berbeza apabila melakukan PATTERN atau SPARRING.
Harap anda mencuba & dibawah ini 

 gambar rajah STANCE:-

L SATNCE


SITTING STANCE



WALKING STANCE




22 November 2010

Kesihatan mental--- Kebimbangan

Apakah itu kebimbangan?

Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar.
Ia merupakan satu perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa.
Perasaan ini kadang-kadang membuat kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini.


Apakah penyebab kebimbangan?

Adalah perkara biasa dalam hidup untuk berasa bimbang.
Walau bagaimana kebimbangan berpanjangan akan mengganggu kerja-kerja harian.
Remaja boleh merasa bimbang atas pelbagai sebab, antara lain:
  • Rasa cemas keterlaluan oleh ibu bapa
  • Peribadi diri yang:
    • Pemalu
    • Selalu mengasingkan diri
    • Mudah risau
  • Pernah mengalami trauma


Bagaimana mengetahui seseorang mempunyai masalah kebimbangan?

Seorang yang menghidapi kebimbangan biasanya:
  • Mudah terperanjat
  • Tidak dapat bertenang
  • Susah untuk memberi tumpuan
  • Sentiasa mempunyai perasaan resah gelisah
  • Susah untuk dapat tidur yang nyenyak
  • Mudah letih dan kurang tenaga
  • Sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan


Bagaimana cara mengatasi kebimbangan?

Ada berbagai cara boleh dibuat, ini termasuk:
  • Berkongsi hal-hal yang menakutkan kepada orang yang boleh dipercayai
  • Membaca rencana yang ada kaitan dengan masalah yang dihadapi
  • Amalan gaya hidup sihat
  • Belajar tentang kemahiran cara mengatasi masalah
  • Belajar untuk bertenang
  • Melibatkan diri dalam kegiatan agama


Apa akan berlaku jika kebimbangan tidak diatasi?

Kebimbangan boleh mengakibatkan:
  • Masalah fizikal:
    • Pedih perut (Gastrik)
    • Turun berat badan
    • Tekanan darah tinggi
  • Masalah psikologi:
  • Masalah sosial:
    • Ponteng sekolah
    • Tidak pandai berkawan
    • Pengambilan dadah atau alkohol


Di mana anda harus mendapatkan bantuan?

Bantuan boleh didapati daripada:
  • Ibu bapa
  • Keluarga sendiri yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru Agama
ATAU
Dapatkan bantuan profesional seperti:
  • Pakar psikologi
  • Pakar Psikiatri

11 November 2010

Saya suka minum teh,Adakah anda suka minum teh?


Kebaikan minum Teh 



Khasiat Teh, khususnya untuk kegunaan amalan kesihatan yang sihat sudah pun diketahui ramai, malahan beberapa kaji selidik dilakukan di seluruh dunia mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau misalnya, dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan, disamping membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Jurnal Institut Kanser Negara pula menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal menunjukkan, minum teh hijau mengurangkan risiko bahaya barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60 peratus.

Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.Teh putih bermaksud teh yang belum diawetkan.

Khasiat teh, ternyata tidak terbatas untuk kesihatan saja, sebaliknya turut memberi manfaat untuk rawatan dan penjagaan kecantikan. Kini, terdapat banyak produk pemuliharaan dan perlindungan kulit yang menggunakan rumusan teh iaitu daripada krin dan pencuci hinggalah deodoran.

How to keep your body fit and healthy 100%..?





How do you feel to be healthy? Nice! Must be wondering if there is that magic wand, I can become slim, fit and healthy. Nice to think but how to make this a reality? Takes time. Can’t happen overnight.

You can follow certain simple and easy technics which will help you be fit and healthy. Have you decided to go for it! then read on.

- Do not make a future plan for your exercise, if you have to do it, just do it now.

- Wake up a bit early, pull your pants up and start walking out. If not like an exercise, just walk out. Go where you like, spend sometime out in the morning. You can opt to buy milk, vegetables, newspaper or whatever… just go out. Slowly increase the speed of your walk.

- Follow the Golden Rule - Breakfast like a KING, Lunch like a Prince and Dinner like a PAUPER. Keep your dinner very light, avoid cheese, butter, curd or any other fat products.

- Breathe in and breathe out deeply whenever your remember. Do simple stretching exercises.

- Last of all… Dont worry.. Be happy. Stress can cause lifestyle diseases. Be away from stress. Life is short, enjoy every moment of it.

An easy guide to lose body fat quick and naturally: We can lose weight by consuming the body fat loss diet with recommended caloric value and regular exercise.

Treatment for low back pain: Low back pain is a common issue among computer surfers and bike riders. These are a few simple exercises which will help relieve low back pain.

Balance your spine - Stretch: Learn how to sit, stand, move and exercise in a balanced manner to reduce the neck and lower back pain to a great extent.

Healthy Habits: Healthy habits that can be followed in daily routine life. These habits will improve blood circulation in the body and also increases the energy levels.

Workplace Workouts: Keep yourself fresh and energetic during work hours. These simple and easy methods can be followed for complete relaxation of the entire body.

10 November 2010

Brief History Of TAEKWON-DO ITF

April. 11, 1955
“Taekwon-Do” invented by Gen. Choi Hong Hi

March. 22, 1966
ITF inaugurated in Seoul, South Korea
The International Taekwon-Do Federation was formed with associations in Vietnam, Malaysia, Singapore, West Germany, the United States, Turkey, Italy, Arab Republic of Egypt and South Korea as founding national members.

January. 1972
ITF Headquarters moved to Toronto, Canada
Gen. Choi fled to Canada with his ITF Headquarters in 1972 due to the political discord with South Korean President and Government of military dictatorship at that time and to facilitate the spread of TKD to the whole world.
1985
ITF Headquarters moved to Vienna, Austria

June.15, 2002
Gen. Choi Hong Hi, the Founder of Taekwon-Do and 1st President of ITF, passed away
Sep. 22, 2002
Prof. Chang Ung, IOC Member, was elected as ITF President

08 November 2010

Cara Mengatasi Asthma(Lelah)

     Salam & Salam sejahtera semua.....Tentang Asthma,saya penah lalui sejak kecil lagi dari aruah ayah saya...Kira penyakit keturunan...Jadi,apa yang saya buat ialah setiap hari saya cuba lompat setempat di rumah hanya 30saat setiap hari.Lama kelamaan saya cuba tingkat kan lompat setempat selama 1 minit,2 minit,3 minit hingga saya tekad untuk cuba joging d pantai....
      Jadi,saya pun cuba walaupun penat sikit demi sikit saya terus kan sehingga saya betul2 rasa penat....Lama kelamaan saya melakukan aktiviti yg sama sehingga hari ini apabila saya jogging Asthma saya kurang...Walaupun penyakit ini belom dapat penawarnya,saya pasti dengan apa yang saya lalui ini dapat megurang kan Asthma saya.Saya harap sesiapa yang mempunyai Asthma,saya syorkan anda mencuba tetapi jangan memaksa diri keterlaluan.....Itu saja cara saya dapat menerangkan Cara Mengatasi Penyakit Asthma..Maaf kan saya jika saya tersalah taip atau apa2 saja...Yang buruk datang dari saya & yang baik datang dari Allah S.W.T.

06 November 2010

Adakah anda tahu apa itu FISIOTERAPI ???

APAKAH MAKSUD FISIOTERAPI??

Fisioterapi adlh singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi ialah bermakna penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sbgii jurupulih perubatan anggota @ pgwi pemulihan perubatan (anggota).

BAGAIMANA RAWATAN FISIOTERAPI DAPAT MEMBANTU PESAKIT?

Fisioterapi, yang dijalankan akan membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yg mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk (Nasam).

KITA AMBIL KES STROKE SEBAGAI CONTOH ::
Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.

Fisioterapi terbentuk dari berbagai kaedah untuk membantu mangsa strok mempelajari kembali cara untuk mengimbang dan bergerak. Ini termasuk melatih pergerakan, atau sebahagian pergerakan, untuk menggalakkan kedua-dua bahagian tubuh bekerjasama. Kedudukan yang betul penting untuk memastikan yang otot-otot dan sendi kekal fleksibel dan tidak sakit.

Apa Yang Dilakukan Oleh Ahli Fisioterapi?

Mendiagnosis pesakit dan menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian. Berbekalkan latihan intensif, ahli fisioterapi dapat memberikan penilaian yang sewajarnya.
Merawat keadaan-keadaan yang berbeza menggunakan perawatan moden dan tradisional.
Mengajar pesakit kaedah senaman yang sihat.
Nasihat tentang pengendalian objek berat dan cara-cara pesakit dapat menangani kekurang upayaan mereka dalam jangka masa panjang.
Kondisi Yang Memerlukan Rawatan Fisioterapi

Masalah pernafasan, paru-paru dan kahak
Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
Kondisi ketidakupayaan seperti palsy, stroke dan distrofi otot (otot mengecut)
Masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher
Siapa Yang Dirawat Ahli Fisioterapi?

Ahli fisioterapi mampu merawat dalam semua keadaan dan perkhidmatannya merangkumi pesakit seawal bayi baru lahir sehingga orang-orang tua yang uzur. Selain daripada itu, membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi ataupun masalah mental. Pesakit diajar teknik releksasi dan senaman yang mampu memulihkan kecergasan fizikal dan mengembalikan jati diri (azzahrah.my)

Kaedah-Kaedah Rawatan

Elektro Terapi
Ultra Sound
Interferential Terapi
Laser
Diatermi Gelombang Pendek
Terapi Manual
Mobilisasi
Manipulasi
Urutan
Senaman Therapeutic
Rehabilitasi selepas pembedahan
Nasihat dan langkah pencegahan

Penyakit Asma (Asthma)

Penyakit Asma (Asthma) adalah suatu penyakit kronik (menahun) yang menyerang saluran pernafasan (bronchiale) pada paru dimana terdapat peradangan (inflamasi) dinding rongga bronchiale sehingga mengakibatkan penyempitan saluran nafas yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas. Penyakit Asma paling banyak ditemukan di negara maju, terutama yang tingkat polusi udaranya tinggi baik dari asap kendaraan maupun debu padang pasir.

  • Penyebab Penyakit Asma


  • Sampai saat ini penyebab penyakit asma belum diketahui secara pasti meski telah banyak penelitian oleh para ahli. Teori atau hypotesis mengenai penyebab seseorang mengidap asma belum disepakati oleh para ahli didunia kesehatan.

    Namun demikian yang dapat disimpulkan adalah bahwa pada penderita asma saluran pernapasannya memiliki sifat yang khas yaitu sangat peka terhadap berbagai rangsangan (bronchial hyperreactivity = hipereaktivitas saluran napas) seperti polusi udara (asap, debu, zat kimia), serbuk sari, udara dingin, makanan, hewan berbulu, tekanan jiwa, bau/aroma menyengat (misalnya;parfum) dan olahraga.

    Selain itu terjadinya serangan asma sebagai akibat dampak penderita mengalami infeksi saluran pernafasan atas (ISPA) baik flu ataupun sinisitis. Serangan penyakit asma juga bisa dialami oleh beberapa wanita dimasa siklus menstruasi, hal ini sangat jarang sekali.

    Angka peningkatan penderita asma dikaitkan dengan adanya faktor resiko yang mendukung seseorang menderita penyakit asma, misalnya faktor keturunan. Jika seorang ibu atau ayah menderita penyakit asma, maka kemungkinan besar adanya penderita asma dalam anggota keluarga tersebut.

  • Tanda dan Gejala Penyakit Asma


  • Adapun tanda dan gejala penyakit asma diantaranya :

    - Pernafasan berbunyi (wheezing/mengi/bengek) terutama saat mengeluarkan nafas (exhalation). Tidak semua penderita asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya terdegar wheezing adalah penderita asma!
    - Adanya sesak nafas sebagai akibat penyempitan saluran bronki (bronchiale).
    - Batuk berkepanjangan di waktu malam hari atau cuaca dingin.
    - Adanya keluhan penderita yang merasakan dada sempit..
    - Serangan asma yang hebat menyebabkan penderita tidak dapat berbicara karena kesulitannya dalam mengatur pernafasan.

    Pada usia anak-anak, gejala awal dapat berupa rasa gatal dirongga dada atau leher. Selama serangan asma, rasa kecemasan yang berlebihan dari penderita dapat memperburuk keadaanya. Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penderita juga akan mengeluarkan banyak keringat.

  • Cara Menghindari Serangan Asma


  • Langkah tepat yang dapat dilakukan untuk menghindari serangan asma adalah menjauhi faktor-faktor penyebab yang memicu timbulnya serangan asma itu sendiri. Setiap penderita umumnya memiliki ciri khas tersendiri terhadap hal-hal yang menjadi pemicu serangan asmanya.

    Setelah terjadinya serangan asma, apabila penderita sudah merasa dapat bernafas lega akan tetapi disarankan untuk meneruskan pengobatannya sesuai obat dan dosis yang diberikan oleh dokter.

  • Penanganan dan Pengobatan Penyakit Asma


  • Penyakit Asma (Asthma) sampai saat ini belum dapat diobati secara tuntas, ini artinya serangan asma dapat terjadi dikemudian hari. Penanganan dan pemberian obat-obatan kepada penderita asma adalah sebagai tindakan mengatasi serangan yang timbul yang mana disesuaikan dengan tingkat keparahan dari tanda dan gejala itu sendiri. Prinsip dasar penanganan serangan asma adalah dengan pemberian obat-obatan baik suntikan (Hydrocortisone), syrup ventolin (Salbutamol) atau nebulizer (gas salbutamol) untuk membantu melonggarkan saluran pernafasan.

    Pada kasus-kasus yang ringan dimana dirasakan adanya keluhan yang mengarah pada gejala serangan asma atau untuk mencegah terjadinya serangan lanjutan, maka tim kesehatan atau dokter akan memberikan obat tablet seperti Aminophylin dan Prednisolone. Bagi penderita asma, disarankan kepada mereka untuk menyediakan/menyimpan obat hirup (Ventolin Inhaler) dimanapun mereka berada yang dapat membantu melonggarkan saluran pernafasan dikala serangan terjadi.