10 March 2014

Myy Melatih Para Pelatih Kali Kedua

Assalamualaikum

Alhamdulillah Yas telah berjaya membuat suatu latihan beramai-ramai kali kedua pada 8/3/2014 hari Sabtu.Sekolah rendah & menengah yang terlibat & berjaya hadir seramai 28 orang,walaupun kehadirannya sedikit tetapi sangat meriah bagi Yas.Sepatutnya dalam jangkaan Yas pelatih yang akan hadir seramai 55 orang,walau apa pun Yas tetap bahagia dengan kehadiran mereka.

Objektif kali ini adalah untuk menyampaikan teknik yang betul dari segi sparring,pattern dan sesi suai kenal dari semua sekolah serata Pulau Langkawi,selain itu Yas juga memberi kata-kata semangat pada mereka yang masih baru dalam latihan TaeKwon-Do ITF ini.

InsyaAllah Yas akan melatih para pelatih sebaik yang mungkin selagi Yas masih hidup kerana ini adalah satu tugas dan tanggungjawab Yas supaya generasi Yas mempunyai ilmu untuk mempertahankan diri.




Yas dan pelatih dari Daerah Pulau Langkawi juga mendoakan kesemua Penumpang MH370 agar selamat dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T,Amin.

I Lead,You Read.