13 September 2012

Mengapa Setiap Seni Bela Diri Perlu Menjerit Ketika Memecahkan Sesuatu Objek Ketika Melakukan Demostrasi?

Assalamualaikum

Hurmmmm,korang fikir tak setiap orang yang mengamal Seni Bela Diri perlu menjerit ketika memecahkan objek?Pelik tapi benaq,tak boleh kaa depa tak jerit?Sama ja,bergerak jugak fizikal dia ketika nak pecahkan objek,betul tak my be loved blog readers??Ramai yang tak penah pikiaq pasal nih kan?Ramai yang buat tak endah ja.Bagi yang fanatic kepada seni bela diri saja yang pikiaq pasal ni dan suka membuat kajian dan berlatih. Bukan saja pengamal seni bala diri saja yang menjerit,malah ada sukan-sukan tertentu yang menjerit iaitu sukan Tenis dan juga angkat berat.

Diam tak diam,aku selalu berlatih bersama sahabat aku di gym Taekwondo dan kami sentiasa berlatih diri dengan memecahkan objek yang mudah pecah hingga susah nak pecah.I mean,kayu papan yang nipis hingga tebal dapat kami pecahkan.Senang paham,”karate” papan or bata.

Sains Sukan di Barat telah menkaji tentang adakah menjerit dapat mengubah perestasi.Sains Sukan telah menjemput juara Seni Bela Diri iaitu Paul Pumphrey.Beliau sentiasa menjerit ketika memecahkan objek ketika demostrasi.Untuk test jeritan Paul,Ahli Sains Sukan telah menyediakan dua set objek batu bata yang berkeping sebanyak 15.Ahli Sains Sukan telah melekat satu alat yang canggih di bahagian belakang bahu untuk menyukat kelajuan dan bebanan yang beliau perolehhi.Bagi beliau,menjerit dapat memecahkan apa sahaja.

Test A,beliau di benarkan menjerit ketika memecahkan objek dan beliau Berjaya memecahkan objek tersebut dengan beban yang beliau perolehi ialah 2048 Lbs.

Test B  tanpa menjerit,beliau gagal memecahkan sekeping saja lagi bata kepingan tersebut.Ini disebabkan tenaga dari dalam badan menghentak objek tersebut dengan melantun semula dari mula menghentak.Beliau meperolehi beban tanpa menjerit iaitu 1500 Lbs sahaja.
Dalam Seni Bela Diri ketika memecahkan objek perlu di satukan iaitu beban,kelajuan,kimia badan dan saikologi.Menjerit dapat membantu memecahkan objek. Jeritan akan mengeset otak dan jantung mengepam darah dan tekanan darah meningkat ke limpa dan organ lain.Paru-paru mengembang cepat,darah yang tak beroksigen keluar dan secara tiba-tiba jeritan yang kuat di keluarkan.

Semua otot-otot yang ingin di gunakan ketika memecahkan objek akan kontrak sehingga tenaga yang dipanggil Chi di keluarkan dan sekelip mata objek akan pecah.Paul menjerit dengan 25 peratus dan selebihnya beban,kelajuan,kimia badan dan juga saikologi.
So,korang dah tau kan awat pelatih seni bela diri menjerit ketika memecahkan objek.Korang yang di luarsana yang fanatic dengan martial art,teruskan lah dengan latihan dan tanpa rasa jemu.

I Lead,You read.