17 September 2012

Fikir Sejenak Tentang Sesuatu

Assalamualikum

Baru selesai sudah menonton Cerekarama Pelarian di TV3,best sedih,rasa kesian,macam-macam laa rasa bila yas tengok cerita ni.Ok,sinopsis dia macam ni:-
Mengisahkan tentang tiga beradik, Muhamad, Miza dan Bobok mencari ibu mereka yang meninggalkan mereka untuk mencari suaminya. Pengembaraan Muhamad, Miza dan Bobok bermula apabila mereka pergi ke bandar untuk mencari ibu mereka, Ramlah yang turut membawa sama adik mereka yang cacat iaitu Yusoff. Tiga beradik ini melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencari ibu yang masih tidak dapat dipastikan nasib mereka. Muhammad mendapat perlindungan di Yayasan Rabiah manakala Miza terjerumus di lembah kota.

Pelakon Cerekarama Pelarian:-
Vanidah Imrah, Sharifah Amani, Aeril Zafrel, Azhan Rani dan Talha Harith.
Ok,kalau nak cerita dekat korang pasal story ni tak akan pernah habis laaaa kan?kn?kn? Dalam cerita ni,apa yang yas rasa adalah sedih sebab secara tiba-tiba or sekelip mata saja boleh berubah menjadi susah dan paling yas kesian ialah adik Bobok dalam cerita tu.Dengan tinggal merempat,tak ada rumah nak berehat dan sebagainya.kak dia Miza kena tangkap oleh orang jahat untuk bekerja sebagai jaga budak-budak mintak sedekah,sangat kesian kalau korang menonton story tu.

Apa yang yas nak sampai kan ialah,kita sebagai orang yang bertaraf sederhana atau kaya perlu hati-hati sebab dalam sekelip mata saja kita akan jatuh dan duduk merempat di tepi jalan,di lorang-lorang dan paling mengecewakan kita ialah tanpa wang perbelanjaan kita,tanpa pakaian dan tanpa makanan yang mencukupi untuk membuat kita sihat.Korang-korang especially yang berkedudukan mewah-mewah or sederhana termasok lah saya sentisa BERINGAT dan BERSYUKUR kepada Allah S.W.T.
Seperti di Africa,Palestin tempat-tempat sebegini sangatlah kekurangan makanan,minuman,temat tinggal,pakaian,barang untuk kesihatan.Tapi di negara kita Malaysia,megah Merdeka yang ke 58 masih lagi tidak bersyukur dan masih lagi membuat kes membuang bayi,ragut,kes-kes penculikan kanak-kanak dan lain-lain sampai yas dah tak nak senaraikan Malaysia yang tak baik ni.Kita duduk sorang-sorang dan fikir sejenak time suasana relax,tenang dan aman damai sambil menghirup udara segaq.Time tu,korang fikit masa depan,fikir lah apa yang patut tentang kebaikan,sentiasalah BERTERIMA KASIH kepada Allah S.W.T.

Dah dua kali suruh ingat Allah,tak ingat jugak cik tak tau laa noh.One more thing is korang especially belia-belia bantu lah orang-orang tua,OKU dan sebagai sebab korang akan rasa apa yang yas rasa.One day tngah naik bas ke kolej untuk get ready for Silat Demostration,So tengah duduk and suddenly pakcik yang berkerusi roda nak naik bas,hah! Yas dan rakan Fisioterapi terus tolong dia dan bagi dia ruang dalam bas dengan selesa tapi the best is orang-orang lain boleh tengok saja dan buat-buat perak I mean tak penah tengok seperti beruk mat yeh..hahah,lawak tapi kami yang tolong ni rasa puas hati bila uncle ni senyum dan ucap thank you sebab tolong uncle.Dengan ayat tu pun kami dah rasa huh lega dan bangga dapat bantu orang.Belia-belia tolong yee,eh! Bagi perhatian! Tolong sapa-sapa yang susah tak kira sapa di mana kaum or agama.Tapi korang kena berhati-hati gak sebab kadang-kadang ada orang yang nak perkena korang.


Ni laa cerita yas cakap

Hati-hati my blog readers dan jaga diri ok. I Lead You Read.