02 December 2016

The M.Y.Y Martial Arts Studio

Assalamualaikum

Alhamdulillah,kini Yas sudah mempunyai tempat latihan sendiri yang dikenali sebagai M.Y.Y Martial Arts Studio. M.Y.Y adalah sempena nama Yas sendiri iaitu Mohd Yasteen Yazalli.

M.Y.Y Studio sebagai panggilan singkatan,ia terletak di Malaysia,Kedah,Pulau Langkawi,Pantai Tengah.Tempat latihan Yas ini dikelilingi dengan keindahan pokok-pokok hijau ciptaan Allah,malah tempat latihan ini sangat terbuka dan dapat menghirup udara yang segar ketika menjalani latihan di M.Y.Y Martial Arts Studio.

M.Y.Y Studio masih banyak perlu dikemaskini lagi,InsyaAllah sedikit demi sedikit naik taraf akan dilakukan.Ya,Yas sangat gembira mempunyai tempat latihan sendiri malah sangat berdekatan dengan rumah.Sudah 3 tahun Yas berusaha gigih untuk mencapai impian ke tahap ini,M.Y.Y Studio ditubuhkan sejak 2013.

Kini,ramai yang hadir dan berlatih bersama Yas,Alhamdulillah boleh dikatakan seluruh dunia singgah ke M.Y.Y Studio dan berlatih. M.Y.Y Studio menyediakan latihan seperti Boxing,TaeKwon-Do ITF,Muay Thai,Self-Defense & Weight Loss.









I Lead,You Read.😁

No comments: