26 December 2013

Relax,Cool,Take a deep breath,enjoy Allah creation.

Assalamualaikum

Post yang lepas mengenai persiapan Yas tentang Myy Studio dan juga Seni Bela Diri baru yang Yas pelajari iaitu Jiu-Jitsu.Post kali ini mengenai santai,nikmati kejadian Allah,bersyukur apa yang ada.

Kini Yas masih lagi berstatus bujang,jadi Yas nikmati kehidupan zaman bujang.Apa yang Yas nak sampaikan ialah jadi lah diri sendiri,sentiasa peka dalam semua hal,dalam masa yang sama santai kan diri dengan cara yang positif.Ramai remaja bujang seperti Yas masih tiada prinsip hidup dimana suka enjoy kehidupan ke arah negativ seperti merempit,mengambil minuman keras di kelab malam,menghabiskan masa dan wang ke arah yang buruk.Ayuh generasiku bangkit/bangun,sedarkan diri dari tidur dan jangan bermimpi.

Manusia sentiasa lalai dalam kehidupan,diharapkan semua remaja termasuk Yas peka dalam semua keadaan terutama yang dah berkerjaya dan ingin berkahwin,dekatilah Allah dan rajin-rajin lah solat atau ke Masjid supaya kita sentiasa bersyukur apa yang ada.Allah memberikan bermacam dugaan,apabila jatuh baru kita mencari Allah dan menunaikan solat.Kepada remaja yang sudah berkerjaya/bekerja sila simpan duit untuk masa depan dan sentiasa menggunakan wang yang jimat cermat.

Di zaman persekolahan Yas sentiasa boros,mak ayah bagi duit Yas menggunakan wang dengan begitu cepat habis.Kini sudah bekerja,hah! ambik kau duit sendiri semua sendiri,so dari situ Yas sedar yang kita perlu sentiasa berjimat cermat.Alhamdulillah Yas semakin hari semakin gembira dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan selama Yas bekerja.Dengan cara bersyukur Yas dapat menikmati rezeki ini sehingga ke hari ini dengan tiasa masalah.

Sekarang,Yas enjoy dengan zaman bujang dengan cara Yas.Bangun solat subuh,joging dan berlatih seni bela diri di Studio Yas,buat sarapan yang berkhasiat,membuat kajian tentang Seni Bela Diri di rumah,then terus makan tengah hari dan seterusnya...




Di hujung minggu Yas akan ke pasar atau Mini Market membeli barang dapur untuk memasak,haa! Yas suka masak makanan yang simple ala-ala bujang gituh.Shoping sakan laa bab makanan berkhasiat nih,semua ada seperti gambaq hat baawah tuh ha.

Ni lah kehipuan Yas,sentiasa cool,santai ja dan nikmati sambil bersyukur segala nikmat yang Allah berikan.Diharapkan remaja di luar sana juga seperti Yas tak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai rumah sendiri.

Ohh yaa,nak habaq kat Pulau Langkawi tak dak Subway Restaurant,Yas suka makan makanan di Subway.Kalau boleh hari-hari roti saja.


Usha gambaq pun dah keluaq ayaq lioq(keluar air liur bila tngok)

I Lead You Read.






No comments: