18 June 2013

MOTIVASI-Kisah Perjuangan & Transformasi YAS (1/11/2012-----29/3/2013)

Assalamualaikum

kisah kali ini adalah tentang Yas dan memberi motivasi kepada anda diluar sana yang ingin berubah menjadi manusia yang lebih sihat.Setelah Yas pulang dari kolej ketika Yas mengambil keputusan bahawa ingin berhenti belajar dan dari situ lah mula timbul yang Yas perlu berubah dan memilih kerjaya dan minat yang Yas nanti-nantikan iaitu TaeKwon-Do ITF dan semua Seni Bela Diri yang lain juga.

Pada mulanya Yas dicabar oleh rakan baik sendiri iaitu Mfay,beliau sentiasa ketawa dan kadang-kadang menyindir bahawa Yas tembun(means gemuk).Ok Yas akui Yas lemas dalam TKD dan Seni Bela Diri yang lain,lama ke lamaan Yas mula berjinak-jinak melakukan sesi Gym di rumah,satu persatu Yas ikuti dalam buku,You tube dan rakan-rakan Gym.Pada mulanya sangat sukar untuk kurangkan pengambilan makanan yang berlebihan dan perbanyakkan senaman dengan cara sesi Gym dan juga calisthenics. 

Hari demi hari Yas pergi mengajar TKD di sekolah-sekolah dengan hanya menaiki basikal sebagai kenderaan harian.Dengan nasihat mak dan ayah tiri dan semangat Yas unutk melatih dan berlatih TKD tak pernah putus asa.Sehingga sekarang Yas masih menaiki basikal tak kira hujan atau tidak.Malah Yas sentiasa pergi kemana-mana dengan menaiki basikal,selain itu Yas joging setiap pagi selepas solat Subuh dan melakukan sesi Gym selama 1jam setia 3 kali seminggu hingga lah sekarang Yas melakukannya.

Selain dengan aktiviti mengeluaran kan peluh,Yas sangat berdisiplin dengan pengambilan pemakanan seimbang dengan mengurangkan minyak,gula,garam,lemak-lemak ayam,moyonis,butter/majerin.Kini Yas perbanyakkan pengambilam makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,minuman seperti Jus,kacang Soya.Dengan cara ini Yas telah berjaya menurun berat badan yang terlampau,Yas bersyukur pada Allah sebab terdetik hati unutk berubah.Kini Yas semakin sihat dan menjalankan aktiviti seperti biasa dengan lebih sihat.

Dulu

Sekarang

Ayuh jadi seperti Yas,kalau Yas boleh anda pun boleh.Hiraukan kutukkan dan kritikkan orang lain.Lakukan untuk diri anda dan transformasi anda.Semoga berjaya!


I Lead,You Read.



No comments: