08 May 2013

Tahniah Kepada Pelatih yang Lulus Ujian

Assalamualaikum

Wow! sudah hampir sebulan tak meng-Update blog bagaikan stress yang akan melanda diminda Ku ini.Thanks kepada pembaca kerna anda masih setia menunggu hingga ke hari ini,walau penuh dengan kesibukkan duniawi,Yas tetap kan mencari keyboard dan menaip sebab menaip adalah salah satu hobi Yas unutk menceritakan segala pengalaman hidup selama Yas menjalani kehidupan sebagai Jurulatih TKD ITF.Sangat memenatkan sejak ada Personal Assistant (Pembantu Peribadi) iaitu Mfay ketika pulang dari Uitm unutk bercuti,tetapi Yas tetap akan kata jadual Yas sangat ketat pada hari tertentu.

Yup! penat dengan kerja tetapi ini lah kerjaya KU sebagai Jurulatih TKF ITF.Yas nak ucap tahniah yang tak terhingga kepada pelatih-pelatih Yas yang LULUS Ujian Pertama TaeKwon-Do ITF seramai 55 orang. 4 buah sekolah yang Yas ajar iaitu Sk Temoyong,Sk Ulu Melaka,Smk Tunku Putra,Smk Kedawang dan tempat Yas sendiri iaitu MYY Martial Atr Studio.Harap anda pelatih-pelatih KU tak akan mudah putus asa berlatih hingga mendapat Black Belt 1st Dan.

Baru saja tamat Ujian Peningkatan Talipinggang untuk pelatih,Yas ada job lain pulak.Anjur kan event TaeKwon-Do(Kejohanan TaeKwon-Do ITF Langkawi ) pada 17 dan 18 Mei 2013.Perh! tanggungjawab yang sangat berat,akan tetapi Yas tetap akan teruskan perjuangan kerna Ku lah satu satunya generasi yang masih ada semangat bersama Assistant Yas.Malah,Yas sedang melatih Atlit Taekwon-Do SMK Kedawang,Smk Kedawang juga menjadi tuan rumah pada tahun ini,diharapkan mereka menang dan membawa pulang Piala keseluruhan sebagai pingat terbanyak.

Selesai saja pertandingan,Yas dan Assistant  dipanggil untuk melatih pelatih di Smk Seri Ampang berdekatan Kuala Kedah.Ya Allah terima kasih kerna memberi tugas kepada Ku dan kau telah memberi rezeki halal kepada Ku,Amin..Ini lah kerjaya Ku,yang di luar sana jika ingin seperti Yas,ayuh berlatih dan sertai TaeKwon-Do ITF.

(Yas melatih kecergasan pada pelatih Sk Temoyong ketika mereke berlatih di MYY Studio)

(Mfay bersama pelatih Sk Temoyong)

(Latihan sebelum Ujian)

(Sk Temoyong.Sk Ulu Melaka,Smk Kedawang,Smk Tunku Putra dan MYY Martial Art Studio student)

(Menunggu giliran unutk ujian)

 (Dewan sebenar TaeKwon-Do ITF Langkawi)
(Pelatih Smk Kedawang sedang menjalani Ujian)

I Lead,You Read! 

No comments: