23 February 2013

hari penuh dengan kesibukkan

Assalamualaikum

Ok setiap hari dah mula sibuk dengan melatih pelatih baru dan lama di sekolah-sekolah dan juga di Center (Pusat Latihan) sendiri,malah tak sempat nak berkebun seperti gambar contoh di bawah (hahah nak jadi pekebun pulak).Well,ini lah Yas yang seorang karektor lawak spoting dan sentiasa mengejar cita-cita yang di impikan.Sentiasa sibuk lah sekarang nih,pagi ada kelas Taekwon-Do,petang dan kini malam pun dah mula ada kelas pada jam 9.30pm hingga 11.00pm.

Tak pernah stop,kecuali pada waktu malam unutk tidur saja.Pada malam hari pun ada dua student baru dan mereka berdua ni sangat serius untuk berlatih,Yas harap mereka berlatih dan memasuki TaeKwon-Do bukan semata-mata untuk bergaduh tetapi untuk mempertahankan diri.

Apa-apa pun dalam seminggu Yas tetap akan meng-Update blog supaya korang yang cool kick (pembaca blog Yas92 yang setia) tak penah putus harapan menunggu Yas meng-Update.Apa yang pasti Yas nak semua yang membaca blog Yas ini sentiasa ada minat untuk mencuba aktiviti seni mempertahankan diri tak kira usia dan sentiasa mengikuti kelas seni mempertahankan diri tak kira anda di mana,semoga berjaya dan selamat mencuba.

 Latihan pada waktu malam di Center Yas.
Latihan pada waktu pagi di sekolah (hujung minggu)

Latihan Fitness untuk pelatih Yas.

Di harapkan yang di luar sana ingin bersama Yas dan berlatih TaeKwon-Do di Center Yas sendiri,sila lah datang ke Langkawi dan sama-sama kita majukan Sukan TaeKwon-Do Malaysia.

I lead,You Read.