22 March 2018

Ku Telah Berjaya Mendidik Pelatih Ke 1st Dan/Degreen Black Belt

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah setelah berbulan bulan sehingga lah masuknya tahun 2018,masih lagi diberi nafas dan sempat untuk menulis blog pada kali ini.Ya memang agak lama Yas tidak menulis blog ini kerana kekangan masa dengan kehidupan peribadi dan pekerjaan,kini baru lah adanya masa lapang untuk menulis blog pada tahun yang baru ini.

Latihan TaeKwon-Do ITF di Daerah Pulau Langkawi berjalan seperti biasa dan masih ramai pelatih baru dan lama sertai latihan.Walau bagaimana pun ada segelintir pelatih yang berhenti kerana faktor masalah peribadi dan lain-lain.

Alhamdulillah syukur pada Allah,selama Yas melatih pelatih TaeKwon-Do ITF di Langkawi lebih kurang 5 ke 6 tahun.Tahun ini 2018 Yas telah berjaya mendapat pelatih yang banyak berlatih,bersabar mengharungi tahun demi tahun latihan dan sentiasa setia berlatih dan juga mengikuti Yas dalam latihan.Dia ada lah seorang pelatih perempuan yang gigih berlatih,berusaha,berdisiplin dan sentiasa tidak jemu untuk datang latiha .Ya dia adalah pelatih pertama yang Yas melatih dia dan berjaya mendapat tali pinggang hitam yang dikenali sebagai 1st Dan / Degree Black Belt.

Yas sangat gembira dapat melatih dia,Yas doa kan dia terus berlatih dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.Fasa yang seterusnya jika di beri kesempatan,akan Yas uruskan dia untuk mendapat sijil menjadi jurulatih dengan layaknya oleh Master dan Grand Master yang bertauliah,Insha Allah. Tahniah juga pada pelatih kedua saya yang telah dilatih oleh Sir Capt.Rosly Ahmad dan juga saya,sekarang dia juga telah naik dari 1st Dan Ke 2nd Dan Black Belt,jangan mudah give ya korang.     :)

Kepada pembaca,pelatih,peminat Yas,Yas ucapkan terima kasih banyak banyak kerana masih folow Yas sehingga kini.Anda adalah semangat Yas dalam bidang ini.Jaga diri ya korang semua.

I Lead,You Read.
M.Y.Y the 3rd.

No comments: