14 August 2012

Mengapa Saya Memilih Kos Fisioterapi


 Assalammualaikum

Baru-baru ni ada member,dan adik-adik yang menanyakan aku tentang kos yang aku pilih.”Awat hang/abg masok kos Fisioterapi nih dan awat hang/abg tak jadi Polis ka,Bomba ka,Pensyarah ka,Arkitek ka,jadi macam Najwa Latif ka sebab hang/abg kan pandai edit dan upload video and main gitar,well jadi apa-apa yang leh dapat pangkat tinggi-tinggi dan duit banyak?” tuuuu diaaa,member tanya and adik-adik tanya.

Haaaaaa,korang tau tak kenapa aku  ambik kos Fisio?? But sebelum tuh aku nak share sikit cita-cita  aku masa sebelum masok Kolej Medic kos Fisio nih. Well,cita-cita aku masa form 1 ialah Mechanical Auto Engineering (pereka kereta dan membaiki).Masa tuh tengok cerita Tokyo Drift & 2 Fast 2 Furious,perh minat gile dengan design kereta yang cool & style dan yang paling best kereta tuh speed laju gile r..

 

Bila dah lama,umur pun semakin meningkat ke form 3.Jeng,jeng jeng, nak jadi Ahli Bomba pulak..”Mechanical Auto Engineering” apa cita? Hahahah,well secara jujur kos tuh memerlukan subjek Matematik yang gile2 punye A+ r kan,dah laaa aku tak minat Matematik siap ada x darab y pe semua walaweh laa jawabnyaa…Masa form 3 dah masok Kadet bomba,kadet ni masok sejak form 1 lg.

 

Dapat anugerah Kawad terbaik,membawa Hos individu terbaik (Pili bomba / paip bomba) dan Ketua simpanan Kadet Bomba terbaik.Sebab anugerah ni  lah yang buat aku nak jadi Bomba dan tukar cita2 serta merta dengan sijil-sijil yang mahal bakpepatah kuncu-kuncu kadet aku..Banyak pengalaman yang aku belajaq dalam Menyertai Kadet Bomba dari Kawad,ke pembelajaran ikat-ikat not tali,ke membawa hos,memberi arahan skuad,memasuki hutan dengan 1 platun dan paling best lebih dari 5 kali mengikuti kem jelajah 1 Malaysia.

 

Opsss! Dah-dah la cita pasal Kadet.Hari demi hari berlalu pergi sampai lah form 4,berita digemparkan yang ayah aku dah meninggal.Aku tak sangka yang aruah ayah dah tak dak masa tuh dan serius aku tak sedih and menangis masa tuh,tapi aku kesian kan mak aku masa tuh.Yelah,tiba-tiba ja ayah tak da dan aku sorang anak tunggal yang tinggal dengan mak aku.Dah seminggu baru aku rasa sunyi sangat-sangat dan mood aku terus down,belajar pun tah kemana,setiap kali klaz mula aku terus lari pegi kat bilik kaunseling.

 

 Yup! Sunyi sangat dan segala cita-cita yang aku idam kan terus hilang.Aruah ayah lah tempat aku mengadu,tempat untuk meminta duit (anak tunggal kata kan/anak manja dngan ayah), naik form 5 dan SPM semakin dekat aku tetap sedih,tetap sunyi,tetap tak focus sangat SPM dan dalam klaz pun aku kurang bercakap.

 

Sesudahnya menjawab kertas SPM last pada masa tuh,subjek Sains Sukan (subjek paling minat) aku terus hembus nafas lega yang aku dah habis belajaq.Wow! result SPM tak dapat dah rasa lega (perasan pro). Lama kelaman mak aku pun dah jumpa pengganti baru dan aku still down,pada masa sama aku dah dapat result SPM.Tak hebat tak da A+ macam kawan-kawan lain pun,3B B- 3C dan aku tetap bersyukur dengan result tak seberape tuh.

 

Menghitung hari,detik demi detik lagi sekali masa pun berlalu dan mak aku sudah sound aku “tin,hang nih minat blajaq lg ka dak? Ka hang nak keja?” siap ceramah lagi kat aku.Masa tu,aku hilang arah tuju selepas SPM.Tak da sapa yang nak nasihat aku kemana harus aku pegi and sambung study aku or tak payah.Dah hampir 3 bulan aku tak kerja dan tak sambung blajaq.masa tuh aku semakin sedar bahawa HIDUP PERLU DI TERUSKAN walaupun orang yang kita sayang dah tak da.Ketika umur 10 tahun aku dah masok Taekwon-do dan masa lepas SPM aku dah 3rd Dan Black Belt dan pada masa tuh aku ingat nak jadi Atlit Taekwon-do Malaysia dan menjadi seorang Master Taekwondo pada umur 30-an or 40-an.

 

Well,aku ada tanya instructor dan paklong tiri aku yang aku patut sambung study kos apa,tup-tup depa Tanya aku balik apa aku suka masa kecik-kecik.Aku cakap r akau suka tolong orang dan aku tetap minat Taekwondo.So,depa suggest aku pilih kos Fisioterapi.So aku kata haa ok gak macam best jaa bunyi dia (bajet cam minat gila masa tuh and tau semua)

 

Terdetik di hati untuk mendaftar kan diri di Kolej Mahsa,Pusawari,Masterskill.Semuanya kolej swasta dan boleh kata medic laaaa kan.So,aku dapat tawaran dari Masterskill so aku pun dengan beraninya mendaftarkan diri.

 

First day masok perh! gile r best!,semua kelangkapan ada,dan student-student di situ spoting.Pagi tuh masok ja klaz dah kena buli,kenal kan diri depan student seramai 400 orang,apa lagi aku pun dah biasa laaa dengan cakap kuat-kuat macam time kawad.Tup-tup aku kena balik,ada budak laki Serawak menjerit-jerit cakap Bahasa Melayu Serawak,”kenak kau cakap kuat!? Akuk sik pekak bah” malu sial dan yang paling aku sakit ati masa tuh aku kena berjoget sampai ke cafeteria.Perhh!! buli ke ape nih? Malu doww!

 

Lama kelamaan aku dah ok dengan dia orang,sampai lah hari ni aku stil blajaq and subjek dia masih boleh follow but Medical subjek memang pure punye laaa,I mean sangat mendalam dan sangat lah best sebab dulu aku tak tau apa-apa pasal tubuh badan manusia,yang aku tau adalah menggunakan anggota badan aku dengan tak pernah tahu fungi-fungsi dia.

 

Alhamdulillah dengan doa dan berkat mak aku still study and bersyukur pada Allah yang aku still ada otak untuk belajaq.Tapi cita-cita sal aku tetap aku akan capai,iaitu nak menjadi seorang Master Taekwondo,menjadi seorang pakar dalam semua seni bela diri,mnjadi seorang Ahli Sains Sukan yang dapat mengkaji segala seni bela diri dan yang penting ialah menjadi seorang juru pulih yang bertauliah dan berkualiti iaitu Fisioterapi.

 

Sahabat-sahabat,aku tak pandang duit dan pangkat.Kalau dah rezeki aku,aku terima saja dengan hati terbuka,bersyukur pada Allah and I don't want to be famous, I just want to be appreciated.