24 August 2012

Ingin Menjadi Blogger?

Ramai peminat yang menghantar pertanyaan kepada saya tentang cara-cara menulis artikel tentang Taekwon-do atau seni bela diri yang lain dalam blog atau majalah. Untuk menjadi blogger Taekwon-do bukannya kerja yang mudah. Di Malaysia, cuma  seorang sahaja yang aktif menulis blog tentang taekwon-do dan seni bela diri yang lain , iaitu saya sendiri. Seseorang blogger perlu mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan sedia untuk menghabiskan masanya mengkaji tentang Taekwon-do contohnya kerap berkunjung ke gim atau kelab yang mengajar Taekwon-do dan menonton pertandingan secara langsung di mana-mana pertandingan terbuka. Selain itu blogger juga perlu peka kepada perkembangan antarabangsa seperti berita tentang Taekwon-do,khususnya di Korea. Berita-berita ini boleh didapati daripada internet atau melalui pembacaan buku-buku atau majalah.

Seseorang blogger mungkin sukar mendekati petinju atau jurulatih pada awalnya tetapi jika mereka yang terlibat dalam sukan ini sudah mengenali anda, kerja anda akan menjadi lebih mudah. Bukannya susah untuk berkomunikasi dengan Ahli Taekwon-do kerana mereka ini mempunyai sikap merendah diri dan sedia ditemuramah oleh sesiapa sahaja.

Jadi, pesan saya kepada korang yang ingin berjinak-jinak untuk menjadi blogger...Anda perlu
membaca... membaca... membaca...dan akhir sekali menulis.

I Lead,You Read.