30 August 2012

Kes Ragut Di Kelantan Yang Dasyat

Assalammualaikum

Dunia kini semakin kejam,tanpa belas kasihan,dan tindakan yang di lakukan kini makin meningkat kes-kes ragut,pecah rumah,bunuh membunuh.Fikir-fikirkan lah wahai pembaca blog,kita warga belia,warga Malaysia!  perlu ada kesedaran dan tanggung jawab.Malah,warga belia seperti korang perlu mempelajari Seni Mempertahankan Diri tak kira Silat,Taekwon-do dan lain-lain.

Sekitar jam 4 petang semalam, seluruh negeri Kelantan terutama di Kota Bharu gempar dengan siri jenayah ragut menggunakan parang disini. Mangsa seorang wanita diragut oleh seorang yang tidak dikenali dengan peragut bersenjatakan parang menetak mangsa sehingga menyebabkan tangan mangsa hampir terputus. Kejadian malang ini berlaku di Jalan Sultanah Zainab berhampiran Kedai Tudung TURSAB. Jalan dipenuhi darah yang mengalir, dan laluan traffik dikatakan penuh sesak di samping kehadiran polis bagi mengawal keadaan.

Saya dan rakyat Malaysia berdoa agar keadaan mangsa ragut agar cepat sembuh. Semoga Allah akan membalas segala kejahatan yang peragut lakukan terhadap mangsa.


Tips Yang Korang Perlu Berwaspada:-

Di tujukan kepada Kaum Hawa/Perempuan:

-Girls,macik2=Tak perlulah pakai barang kemas berlebihan,nak tunjuk kaye pun tak payah lah.Just,pakai je cicin kahwin/tunang korang,pakai ala kadar jer.

-Ketika hendak membawa hand beg,kalau jalan di tepe jalan.Beg tersebut perlu di galas di sebelah yang tiada kenderaan lalu.I mean,kalau sebelah kanan laluan kenderaan beg korang kena galas sebelah kiri.

-Tidak cukup dengan menggalas hand beg korang dengan cara begitu.Actually,korang tak payah sangat nak berstyle,menunjukkan yang korang ade hand beg baru lah bagai.Just bawak purse yang ada duit dan Ic.kad kredit,kad bank?! Hah! Kalau dah ade duit di tangan,tak payah lah bawak kad-kad lah bagai betul tak? Korang fikit kan lah.Tak payah nak bawak kad-kad macam nak habis kan duit dalam 1 hari je.

-Yang terakhir,korang especially kaum hawa WAJIB mempelajari Seni Mempertahankan Diri sebab dunia sekarang perompak,penyamun,geng pecah rumah,dan geng-geng jahat lah bagai sentiasa ada basic dalam Seni Mempertahankan Diri,paling koman dia orang ade weapon/senjata seperti pisau,pistol,kayu baseball dan lain-lain.
Korang Tanya mana nak belajar Seni Mempertahan kan Diri ?! Pergi shoping,karoke,dan lain-lain tau.Adik-adik,kakak-kakak,makcik-makcik sekalian! Pergi lah mendaftarkan diri di Gym Martial art yang berdekatan dengan anda,di sekolah-sekolah pasti ada.

Mahal?! Oh,beli emas,hand beg,hand fon baru semua mampu.Actually,korang kena mampu dan tak lah mahal untuk mempelajari ilmu ni.Sesetengah jurulatih sangat baik hati kalau korang betul-betul nak belajar,saya pasti korang akan dapat diskaun sikit.So,jom lah ramai-ramai belajar martial arts!


I lead,You read.


Split or Pecah kang-kang


                                                           Assalammualaikum

Korang tahu tak split tu apa?Actually,split means korang kena bukak kang-kang korang sampai cecah ke lantai.Kebanyakkan yang selalu buat split ialah pelatih Taekwondo,penari breakdance, gymnastics dan lain-lain.Split,orang kampung kata pecah kang-kang dan berbagai lagi ayat laa kan.Split ni jugak di lakukan secara perlahan-lahan tanpa memaksa.

Korang tanye sakit ke tak? Hah! Of course la sakit,kalau setakat kang-kang and tak cecah ke lantai tanpa memaksa sedikit sure tak akan berjaya.Ada setengah orang kata split nih kena memaksa sampai lah sendi paha korang berbunyi.For me,tu semua tipu lah and nak rosak kan sendi ade lah.Cara split yang betul ialah,korang perlu berdiri,slow-slow korang kang-kang dan turun ke lantai secara slow dan korang kena la memaksa sikit bagi rasa sakit,”Biar sakit dahulu,nanti senang nak split bila korang dah professional”.
Split! Split! and Split! You can do it if you want,trust me pain for a while but when you start doing it every day,your pain will gone.Set in your mind that the pain is nothing  then you lost your BF / GF. Think about it!!!


I lead,You read.
Ni laa yang di panggil split






28 August 2012

Oh! Allah,I failed To Day…


Assalammualaikum

To day,aku telah gagal dalam mengejar cita-cita aku.Baru saja aku cerita ”Awat aku pilih Fisioterapi”,title di blog yang menarik untuk korang baca.Maaf sahabat-sahabat aku gagal lagi and membuatkan korang sedih,aku pun sedih sangat.Actually,aku dah STOP study kos Fisioterapi.Kos yang menarik,best,mencabar dan its very hard.Aku failed hamper 3kali Exam di semester 4.Aku fikir masak-masak yang I should stop study with this kos.

Bukan senang nak jadi TOP STUDENT,but aku dah cuba sedaya upaya.My mom & my ayah tiri dah ceramah aku semua,nenek pun dah.Huh! bagai telinga dah bernanah mendengar ceramah and nasihat.But I should keep listen because there are my parents the 1 and only.Walaupun dengan nasihat yang kureng menyelerakan,aku tetap saying parents aku,tanpa dia orang siapalah aku.I wasn't complaining. I just want to share with you guys the ups and downs in my life!.U all patut relax and jangan nak judge orang sangat.(Gurau je k,hahahaha)

Well,aku dah fikir masak-masak yang aku akan start Taekwon-do klas di Langkawi iaitu Tanah Tumpahnya Darah Ku.First,aku akan start klas with my instructor every week,every month,maybe until 1 and half year.After that aku terus menggunakan duit yang aku save,aku terus buka Taekwon-do Gym Klas di rumah aku sendiri,InsyaAllah aku akan lakukan ini dengan bersungguh-sungguh tanpa bantuan parents aku.

Korang-korang semua yang read nih mesti sedih maybe ketawa kat aku b’c0z aku failed dalam kos Fisioterapi.Tak pe kalau korang ketawa or what ever! Orang Melayu memang macam tuh,tak penah nak maju and naik kan semangat sahabat-sahabat mereka.Ok,STOP! Pasal tuh.Yang penting sekarang aku should teruskan hidup,mula kan atmosphere yang baru di tanah sendiri!!!.

Namun,aku tetap akan mengUpdate blog nih selagi aku masih hidup.B’c0z penulis blog tak akan pupus kerana kuncu-kuncu blognya sangat ramai untuk member semangat.So,setakat ini saja dan dalam masa terdekat aku akan upload Video aku sendiri tentang Martial arts and Exercise.

I Lead,You Read.

24 August 2012

Ingin Menjadi Blogger?

Ramai peminat yang menghantar pertanyaan kepada saya tentang cara-cara menulis artikel tentang Taekwon-do atau seni bela diri yang lain dalam blog atau majalah. Untuk menjadi blogger Taekwon-do bukannya kerja yang mudah. Di Malaysia, cuma  seorang sahaja yang aktif menulis blog tentang taekwon-do dan seni bela diri yang lain , iaitu saya sendiri. Seseorang blogger perlu mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan sedia untuk menghabiskan masanya mengkaji tentang Taekwon-do contohnya kerap berkunjung ke gim atau kelab yang mengajar Taekwon-do dan menonton pertandingan secara langsung di mana-mana pertandingan terbuka. Selain itu blogger juga perlu peka kepada perkembangan antarabangsa seperti berita tentang Taekwon-do,khususnya di Korea. Berita-berita ini boleh didapati daripada internet atau melalui pembacaan buku-buku atau majalah.

Seseorang blogger mungkin sukar mendekati petinju atau jurulatih pada awalnya tetapi jika mereka yang terlibat dalam sukan ini sudah mengenali anda, kerja anda akan menjadi lebih mudah. Bukannya susah untuk berkomunikasi dengan Ahli Taekwon-do kerana mereka ini mempunyai sikap merendah diri dan sedia ditemuramah oleh sesiapa sahaja.

Jadi, pesan saya kepada korang yang ingin berjinak-jinak untuk menjadi blogger...Anda perlu
membaca... membaca... membaca...dan akhir sekali menulis.

I Lead,You Read.

22 August 2012

10 Reasons to Date a Martial Artist

Assalammualaikum

1) We're very flexible.
2) We don't fake it like football players do.
3) We can handle 2 on 1 ;)
4) We like a good workout
5) We can score within a matter of seconds.
6) We know how to use our hands...and feet!
7) We've got speed and endurance.
8) We like to show off our moves.
9) It's all about technique.
10) We always hit the right spot.

Evidently, martial artists are by far the best people you could ever date ;)
invite your friends.

20 August 2012

1 Day Before Raya


Asssalammualaikum

Well secara jujur hari ini banyak dugaan,first sekali aku gerak dari Johor terus ke KL untuk menyambut Hari Raya 2012.Ok,sebenarnye jln memang jem gile r.Dengan someone sebelah aku memekak sambil bergayut dengan awek die,huh! binggit sih! dan air aircond pulak jatuh menitik atas baju aku,huh! memang tak selesa langsung.

After I arrived KL,terus ade uncle nih dengan kaki sakit dan tak boleh jalan.Apa lg?! aku pun dengan segan silu terus tolong pimpin tangan die sampai la ke Masjid Negara,last-last die kate "pakcik saje je buat-buat sakit pade hal tak pun" aku pun dengan slumbernye kate Pakcik, saye ikhlas tolong pakcik.Die pun berlalu pergi sambil senyum.

After that,aku keluar je dari pintu pagar masjid,ade pulak sekumpulan student dari KLMU tanye aku pasal bog." "Ni blogger Yastin92 ke?" aku dengan terkejutnye terus terdiam sambil tergelak.Aku ingat blog aku tak famous,pade hal blog tuh biase je kot,takde Special pun.Ok,aku appreciate laaa kan bile student KLMU  bace blog aku.Siap mintak signature aku lg,aku pun dengan happy terus bg signature aku.Student KLMU nih actually study Fisioterapi same macam aku,dia orang cakap time nak cari bahan assignment terjumpa blog aku,dia orang terus read blog aku and ade laaa maklumat penting yang dia orang dapat.

So,setelah selesai student KLMU menemuramah aku,aku pun beredar ke KTM untuk menaiki kereta api ke Shah alam.Tup-tup! zip beg pulak terkoyak dengan bateri fon habis.Aku dengan relax,terus ke kedai mamak yang jual fon tepi jalan dan cas fon di situ,sementara menunggu bateri fon aku cas penuh.Aku pun bergerak menbeli beg baru.

Alhamdulillah syukur kepada Allah b'coz semuanya selamat walaupun banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi.The moral of the story di sini ialah,korang jangan tak cek barang korang sebelum bergerak ke mana-mana.Example,fon aku tak cas,zip beg aku rosak & aku tak sure ok ke tak.Well sahabat-sahabat,adk,kakak,abg and lain-lain nasihat saya agar sebelum kita nak ke mana-mana pastikan korang cek barang-barang korang.

15 August 2012

PATTERNS: ESSENTIAL INFORMATION .


The following points should be considered while performing patterns:

A pattern should begin and end at exactly the same spot.
1. This will indicate the performer’s accuracy.
2. Correct posture and facing must be maintained at all times.
3. Muscles of the body should be either tensed or relaxed at the proper critical moments in the exercise.
4. The exercise should be performed in a rhythmic movement with an absence of stiffness.
5. Movement should be accelerated or decelerated according to the instructions in this book.
6. Each pattern should be perfected before moving to the next .
7. Students should know the purpose of each movement.
8. Students should perform each movement with realism.
9. Attack and defence techniques should be equally distributed among right and left hands and feet.

Taekwon-do Olimpic Result 2012


Assalammualaikum
Pada 8 August sehingga 11 August 2012,Taekwon-do Olimpic  telah bermula dan aku telah meneka bahawa tahun ini rank taekwon-do Team Korea jatuh di tempat kedua mana kala Negara lain telah menjuarai kejohanan Taekwon-do olimpik 2012.( memang tepat sangkaan aku pun)
Mula-mula aku menonton first game taekwon-do pada hari tersebut,Team korea vs Team Thailand,pada ketika itu kategori Preliminary.
Mens 58Kg
Team Korea= Lee Dae Hoon ( Special= Back Kick)
Team Thailand=Pen-Ek Karaket (Special=Choping Kick)
 Sangat teruja apa bila Team Korea sparring secara bersahaja dan tidak terburu-buru mengejar mata/point.Pihak lawan iaitu Team Thailand sentiasa mengejar mata/point akan tetapi Lee Dae Hoon sempat mengelak dari serangan Pen-ek karaket.Sehingga lah separuh masa ketiga,mata/point kedua-dua team masih seri sehingga ke round 4.Akhirnya,Lae dae hoon menyerang dengan serangan back kick dan menang secara (winner by sudden death).
Perlawanan yang lain ada yang sempat dan tak sempat menonton,jadi ini adalah pemenang bagi pingat Gold,Silver dan Bronze.


Mens 58Kg
Gold= Joel Gonzalez Bonilla(Spain) dengan mata/point 17.
Silver=Lee Dae Hoon(Korea) dengan mata/point 8.
Bronze=Oscar Munoz Oviedo(Colombia) dengan mata/point 6.
Bronze=Alexey Denisenko(Russian) dengan mata/point 3.
Womens 49Kg
Gold=ingyu wu(China) dengan mata/point 8.
Silver=Brigitte Yague Enrique(Spain) dengan mata/point 1.
Bronze=Lucija Zaninovic (Crotia) dngan point 6.
Bronze=chanatip Sonkham(Thailand) dngan point 8.
Mens 80Kg
Gold=Carlo Molfetta (Italy) dngan point 9.
Silver=Anthony Abame (Gabon) dngan point 9.
Bronze=XIaobo  Liu (China) dngan point 3.
Bronze=Robelis Despaigne (Cuba) dngan point 0.
Womens 67Kg
Gold=Milicia mandic ( Serbia) point 9.
Silver=Anne Caroline Graffe( France) point 7.
Bronze=Maria dek Rosario Espinoza (Mexico)
Bronze=Anastasia Baryshinikova (Russian Fed) point 7.
So,itulah pemenang Taekwon-do Olimpik 2012 yang di kata kan Olimpik 4tahun sekali,tahniah kepada pemenang.Menjadi juara bukan lah senang,tetapi perlu banyak berlatih dan berlatih dan sentiasa berdisiplin. Maju lah Sukan Taekwon-do tidak kira ITF,WTF,atau GTF.

14 August 2012

Mengapa Saya Memilih Kos Fisioterapi


 Assalammualaikum

Baru-baru ni ada member,dan adik-adik yang menanyakan aku tentang kos yang aku pilih.”Awat hang/abg masok kos Fisioterapi nih dan awat hang/abg tak jadi Polis ka,Bomba ka,Pensyarah ka,Arkitek ka,jadi macam Najwa Latif ka sebab hang/abg kan pandai edit dan upload video and main gitar,well jadi apa-apa yang leh dapat pangkat tinggi-tinggi dan duit banyak?” tuuuu diaaa,member tanya and adik-adik tanya.

Haaaaaa,korang tau tak kenapa aku  ambik kos Fisio?? But sebelum tuh aku nak share sikit cita-cita  aku masa sebelum masok Kolej Medic kos Fisio nih. Well,cita-cita aku masa form 1 ialah Mechanical Auto Engineering (pereka kereta dan membaiki).Masa tuh tengok cerita Tokyo Drift & 2 Fast 2 Furious,perh minat gile dengan design kereta yang cool & style dan yang paling best kereta tuh speed laju gile r..

 

Bila dah lama,umur pun semakin meningkat ke form 3.Jeng,jeng jeng, nak jadi Ahli Bomba pulak..”Mechanical Auto Engineering” apa cita? Hahahah,well secara jujur kos tuh memerlukan subjek Matematik yang gile2 punye A+ r kan,dah laaa aku tak minat Matematik siap ada x darab y pe semua walaweh laa jawabnyaa…Masa form 3 dah masok Kadet bomba,kadet ni masok sejak form 1 lg.

 

Dapat anugerah Kawad terbaik,membawa Hos individu terbaik (Pili bomba / paip bomba) dan Ketua simpanan Kadet Bomba terbaik.Sebab anugerah ni  lah yang buat aku nak jadi Bomba dan tukar cita2 serta merta dengan sijil-sijil yang mahal bakpepatah kuncu-kuncu kadet aku..Banyak pengalaman yang aku belajaq dalam Menyertai Kadet Bomba dari Kawad,ke pembelajaran ikat-ikat not tali,ke membawa hos,memberi arahan skuad,memasuki hutan dengan 1 platun dan paling best lebih dari 5 kali mengikuti kem jelajah 1 Malaysia.

 

Opsss! Dah-dah la cita pasal Kadet.Hari demi hari berlalu pergi sampai lah form 4,berita digemparkan yang ayah aku dah meninggal.Aku tak sangka yang aruah ayah dah tak dak masa tuh dan serius aku tak sedih and menangis masa tuh,tapi aku kesian kan mak aku masa tuh.Yelah,tiba-tiba ja ayah tak da dan aku sorang anak tunggal yang tinggal dengan mak aku.Dah seminggu baru aku rasa sunyi sangat-sangat dan mood aku terus down,belajar pun tah kemana,setiap kali klaz mula aku terus lari pegi kat bilik kaunseling.

 

 Yup! Sunyi sangat dan segala cita-cita yang aku idam kan terus hilang.Aruah ayah lah tempat aku mengadu,tempat untuk meminta duit (anak tunggal kata kan/anak manja dngan ayah), naik form 5 dan SPM semakin dekat aku tetap sedih,tetap sunyi,tetap tak focus sangat SPM dan dalam klaz pun aku kurang bercakap.

 

Sesudahnya menjawab kertas SPM last pada masa tuh,subjek Sains Sukan (subjek paling minat) aku terus hembus nafas lega yang aku dah habis belajaq.Wow! result SPM tak dapat dah rasa lega (perasan pro). Lama kelaman mak aku pun dah jumpa pengganti baru dan aku still down,pada masa sama aku dah dapat result SPM.Tak hebat tak da A+ macam kawan-kawan lain pun,3B B- 3C dan aku tetap bersyukur dengan result tak seberape tuh.

 

Menghitung hari,detik demi detik lagi sekali masa pun berlalu dan mak aku sudah sound aku “tin,hang nih minat blajaq lg ka dak? Ka hang nak keja?” siap ceramah lagi kat aku.Masa tu,aku hilang arah tuju selepas SPM.Tak da sapa yang nak nasihat aku kemana harus aku pegi and sambung study aku or tak payah.Dah hampir 3 bulan aku tak kerja dan tak sambung blajaq.masa tuh aku semakin sedar bahawa HIDUP PERLU DI TERUSKAN walaupun orang yang kita sayang dah tak da.Ketika umur 10 tahun aku dah masok Taekwon-do dan masa lepas SPM aku dah 3rd Dan Black Belt dan pada masa tuh aku ingat nak jadi Atlit Taekwon-do Malaysia dan menjadi seorang Master Taekwondo pada umur 30-an or 40-an.

 

Well,aku ada tanya instructor dan paklong tiri aku yang aku patut sambung study kos apa,tup-tup depa Tanya aku balik apa aku suka masa kecik-kecik.Aku cakap r akau suka tolong orang dan aku tetap minat Taekwondo.So,depa suggest aku pilih kos Fisioterapi.So aku kata haa ok gak macam best jaa bunyi dia (bajet cam minat gila masa tuh and tau semua)

 

Terdetik di hati untuk mendaftar kan diri di Kolej Mahsa,Pusawari,Masterskill.Semuanya kolej swasta dan boleh kata medic laaaa kan.So,aku dapat tawaran dari Masterskill so aku pun dengan beraninya mendaftarkan diri.

 

First day masok perh! gile r best!,semua kelangkapan ada,dan student-student di situ spoting.Pagi tuh masok ja klaz dah kena buli,kenal kan diri depan student seramai 400 orang,apa lagi aku pun dah biasa laaa dengan cakap kuat-kuat macam time kawad.Tup-tup aku kena balik,ada budak laki Serawak menjerit-jerit cakap Bahasa Melayu Serawak,”kenak kau cakap kuat!? Akuk sik pekak bah” malu sial dan yang paling aku sakit ati masa tuh aku kena berjoget sampai ke cafeteria.Perhh!! buli ke ape nih? Malu doww!

 

Lama kelamaan aku dah ok dengan dia orang,sampai lah hari ni aku stil blajaq and subjek dia masih boleh follow but Medical subjek memang pure punye laaa,I mean sangat mendalam dan sangat lah best sebab dulu aku tak tau apa-apa pasal tubuh badan manusia,yang aku tau adalah menggunakan anggota badan aku dengan tak pernah tahu fungi-fungsi dia.

 

Alhamdulillah dengan doa dan berkat mak aku still study and bersyukur pada Allah yang aku still ada otak untuk belajaq.Tapi cita-cita sal aku tetap aku akan capai,iaitu nak menjadi seorang Master Taekwondo,menjadi seorang pakar dalam semua seni bela diri,mnjadi seorang Ahli Sains Sukan yang dapat mengkaji segala seni bela diri dan yang penting ialah menjadi seorang juru pulih yang bertauliah dan berkualiti iaitu Fisioterapi.

 

Sahabat-sahabat,aku tak pandang duit dan pangkat.Kalau dah rezeki aku,aku terima saja dengan hati terbuka,bersyukur pada Allah and I don't want to be famous, I just want to be appreciated.

03 August 2012

Jadual Perlawanan Taekwon-do Olimpic Games 2012

  Assalammualaikum
 "Kepada Peminat-peminat Sukan Taekwon-do,jangan lupa menyaksikan perlawanan Teakwon-do"
"Sokonglah Sukan Taekwondo Malaysia !!! "

Jadual diwabah semuanya bermula pada ( 8 Aug 2012 )

Women -49kg Preliminary Round (1/8) 4:00 PM


Men -58kg Preliminary Round (1/8) 4:15 PM


Women -49kg Quarterfinals/Repechage (1/8) 10:00 PM



Men -58kg Quarterfinals/Repechage (1/8) 10:15 PM


Women -49kg Semifinals/Bronze Mdl Finals (1/4) 12:00 AM (Aug 9)


Men -58kg Semifinals/Bronze Mdl Finals (1/4) 12:15 AM (Aug 9)


Women -49kg Gold Medal Final 5:15 AM (Aug 9)


Men -58kg Gold Medal Final 5:30 AM (Aug 9)