22 November 2010

Kesihatan mental--- Kebimbangan

Apakah itu kebimbangan?

Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar.
Ia merupakan satu perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa.
Perasaan ini kadang-kadang membuat kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini.


Apakah penyebab kebimbangan?

Adalah perkara biasa dalam hidup untuk berasa bimbang.
Walau bagaimana kebimbangan berpanjangan akan mengganggu kerja-kerja harian.
Remaja boleh merasa bimbang atas pelbagai sebab, antara lain:
  • Rasa cemas keterlaluan oleh ibu bapa
  • Peribadi diri yang:
    • Pemalu
    • Selalu mengasingkan diri
    • Mudah risau
  • Pernah mengalami trauma


Bagaimana mengetahui seseorang mempunyai masalah kebimbangan?

Seorang yang menghidapi kebimbangan biasanya:
  • Mudah terperanjat
  • Tidak dapat bertenang
  • Susah untuk memberi tumpuan
  • Sentiasa mempunyai perasaan resah gelisah
  • Susah untuk dapat tidur yang nyenyak
  • Mudah letih dan kurang tenaga
  • Sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan


Bagaimana cara mengatasi kebimbangan?

Ada berbagai cara boleh dibuat, ini termasuk:
  • Berkongsi hal-hal yang menakutkan kepada orang yang boleh dipercayai
  • Membaca rencana yang ada kaitan dengan masalah yang dihadapi
  • Amalan gaya hidup sihat
  • Belajar tentang kemahiran cara mengatasi masalah
  • Belajar untuk bertenang
  • Melibatkan diri dalam kegiatan agama


Apa akan berlaku jika kebimbangan tidak diatasi?

Kebimbangan boleh mengakibatkan:
  • Masalah fizikal:
    • Pedih perut (Gastrik)
    • Turun berat badan
    • Tekanan darah tinggi
  • Masalah psikologi:
  • Masalah sosial:
    • Ponteng sekolah
    • Tidak pandai berkawan
    • Pengambilan dadah atau alkohol


Di mana anda harus mendapatkan bantuan?

Bantuan boleh didapati daripada:
  • Ibu bapa
  • Keluarga sendiri yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru Agama
ATAU
Dapatkan bantuan profesional seperti:
  • Pakar psikologi
  • Pakar Psikiatri

No comments: