Assalamualaikum
Tahukah korang bahawa pelatih TaeKwon-Do juga akan mendapat kecederaan apabila kita sentiasa berlatih atau berlatih cara yang salah tanpa tunjuk ajar dari Jurulatih.Setelah Yas menjadi Jurulatih dan Yas telah mengkaji sedikit sebanyak mengenai kecederaan yang akan kita alami ketika kita berlatih TaeKwon-Do.
Sebab utama kecederaan terjadi ialah kita tidak melakukan sesi memanaskan badan (Warm-up) dan regangan (stretching).Kadangkala sesetengah pelatih melakukan cara yang salah dan tidak mengikut prosedur yang sebanar malah sengaja mempercepatkan sesi memanaskan badan.Hal ini akan berlaku bermacam-macam kecederaan disebab kan tidak melakukan sesi memanaskan badan.Pelatih-pelatih tidak kira yang baru belajar TaeKwon-Do atau yang sudah pro perlu diingatkan ASAS (senaman memanaskan badan ye adik-adik,abang,kakak). Why u dont no anything!! hah kan da marah,mau tak marah.Tup2 korang gak yang sakit sana sini,Lepas tu nak salah kan Jurulatih,hello ! Jangan salah kan jurulatih,salahkan diri sendiri.
Ok berbalik cerita tadi,dibawah ada sedikit info yang anda perlu tau supaya anda faham mengapa anda cedera secara tiba-tiba atau tak,Ayuh dong kitak bacak samak-samak (Bahasa Indon dan Srawak pulak keluar,hahaha).
Kecederaan Yang Selalu Pelatih / Atlit TaeKwon-Do Alami :-
- Muscle Pull (Otot kejang)
- Neck Injuries (Kecederaan Leher)
- Broken Nose/Nose bleeds (Hidung berdarah atau Patah)
- Wrist Injuries (Kecederaan pergelangan tangan)
- Shoulder Injuries (Kecederaan bahu)
- Back Pain (Sakit Belakang)
- Quads Muscle Thigh (Otot peha kejang)
- Hamstring Pull
- Knee Injuries (ACL Injuries = Anterior Cruciate Ligement Injuries) kecederaan lutut.
- Shint splint
- Ribs Fractured (Tulang rusuk retak)
- Stomach (Muscle Pull) / Otot perut kejang
- Ankle Sprain or Strain
- Toe Injuries
Ini adalah senarai yang pelatih atau atlit TaeKwon-Do akan alami jika tidak memanaskan badan,regangan,dan tidak berhati-hati ketika berlatih atau sedang dalam pertandingan.Entry yang akan datang Yas akan membongkarkan lagi tentang Kecederaan TaeKwon-Do dan cara nak sembuh kan.Yas akan sedia membantu korang wahai pelatih-pelatih TaeKwon-Do ku,dan Yas akan sentiasa membawa dan menyediakan First Aid Kit.
I Lead You Read.