28 February 2013

Menjadi Weight Loss Trainer

Assalamualaikum 

Kini Yas diberi tugas yang mencabar dan Yas menjadi Weight Loss Trainer kepada dua orang pelatih  TaeKwon-Do yang ingin menguruskan berat badan mereka.Bermula pada akhir Bulan 2 dan tamat pada akhir bulan 4 InsyaAllah jika tiada halangan yang menimpa Yas,Yas kini bersiap sedia menjalankan tugas sebagai Instructor TaeKwon-Do dan juga Weight Loss Trainer,ini lah kerja Yas.

Melatih mereke ke arah kecergasan.

Latihan menguatkan perut.

Alatan yang di gunakan semasa latihan

Sedang melatih Knife Hand Strike dengan kedudukan Sitting Stance.


JANGAN LUPA MINUM AIR AGAR ANDA SENTIASA CERGAS



27 February 2013

Yeah! Berjaya Menjadi Jurulatih Di Sekolah Lama

Assalamualaikum 

Yeah! Yo-yo! Check This Out! (Nak jadi rapper pulak).Ok,Yas telah dipanggil Oleh pihak SMK Kedawang untuk kembali melatih pelatih  TaeKwon-Do ITF di SMK Kedawang seramai 20 orang.Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T Yas kembali ke sekolah walau pun tak belajar tetapi jadi laaaa dapat pijak-pijak tanah di tapak SMK Kedawang tuh kan...Huhuhu,apa-apa pun Yas happy r dapat jadi Jurulatih di SMK Kedwang.

Logo SMK Kedawang!

I Lead,You Read.

25 February 2013

TaeKwon-Do Injuries / Kecederaan TaeKwon-Do

Assalamualaikum 

Tahukah korang bahawa pelatih TaeKwon-Do juga akan mendapat kecederaan apabila kita sentiasa berlatih atau berlatih cara yang salah tanpa tunjuk ajar dari Jurulatih.Setelah Yas menjadi Jurulatih dan Yas telah mengkaji sedikit sebanyak mengenai kecederaan yang akan kita alami ketika kita berlatih TaeKwon-Do.

Sebab utama kecederaan terjadi ialah kita tidak melakukan sesi memanaskan badan (Warm-up) dan regangan (stretching).Kadangkala sesetengah pelatih melakukan cara yang salah dan tidak mengikut prosedur yang sebanar malah sengaja mempercepatkan sesi memanaskan badan.Hal ini akan berlaku bermacam-macam kecederaan disebab kan tidak melakukan sesi memanaskan badan.Pelatih-pelatih tidak kira yang baru belajar TaeKwon-Do atau yang sudah pro perlu diingatkan ASAS (senaman memanaskan badan ye adik-adik,abang,kakak). Why u dont no anything!! hah kan da marah,mau tak marah.Tup2 korang gak yang sakit sana sini,Lepas tu nak salah kan Jurulatih,hello ! Jangan salah kan jurulatih,salahkan diri sendiri.

Ok berbalik cerita tadi,dibawah ada sedikit info yang anda perlu tau supaya anda faham mengapa anda cedera secara tiba-tiba atau tak,Ayuh dong kitak bacak samak-samak (Bahasa Indon dan Srawak pulak keluar,hahaha).

Kecederaan Yang Selalu Pelatih / Atlit TaeKwon-Do Alami :-

  1. Muscle Pull (Otot kejang)
  2. Neck Injuries (Kecederaan Leher)
  3. Broken Nose/Nose bleeds (Hidung berdarah atau Patah)
  4. Wrist Injuries (Kecederaan pergelangan tangan)
  5. Shoulder Injuries (Kecederaan bahu)
  6. Back Pain (Sakit Belakang)
  7. Quads Muscle Thigh (Otot peha kejang)
  8. Hamstring Pull 
  9. Knee Injuries (ACL Injuries = Anterior Cruciate Ligement Injuries) kecederaan lutut.
  10. Shint splint
  11. Ribs Fractured (Tulang rusuk retak)
  12. Stomach (Muscle Pull) / Otot perut kejang
  13. Ankle Sprain or Strain
  14. Toe Injuries
Ini adalah senarai yang pelatih atau atlit TaeKwon-Do akan alami jika tidak memanaskan badan,regangan,dan tidak berhati-hati ketika berlatih atau sedang dalam pertandingan.Entry yang akan datang Yas akan membongkarkan lagi tentang Kecederaan TaeKwon-Do dan cara nak sembuh kan.Yas akan sedia membantu korang wahai pelatih-pelatih TaeKwon-Do ku,dan Yas akan sentiasa membawa dan menyediakan First Aid Kit.

I Lead You Read.





24 February 2013

Weight Loss Trainer Bersama BigTree Teambuilding

Assalamualaikum 

Ok,memandangkan Yas banyak idea dan rajin meng-Update blog minggu nih.Yas nak share sedikit gambar semasa Yas jadi weight Loss Trainer ketika bersama Syarikat BigTree.Sangat-sangat best dan banyak pengalaman yang Yas dapat.

Memberi latihan dan teknik. 

Side Kick 

Memberi Autograf Kepada Peminat yang baca Blog Yas. 

 Bersama Crew BigTree Dan Manager.
Memberi hadiah

Memberi denda kepada pelatih.

OK,baru ingat nak upload.Biasa la sibuk dengan kerja,dan lupa dunia blogger kadang kala.Apa-apa pun korang diluar sana sentiasa menjaga kesihatan dari segi makanan,minuman,dan senaman.Ayuh!!! Hidup Cergas wahai rakyat Malaysia Ku.

I Lead,You Read.

23 February 2013

Latihan Fitness Dan Minuman Yang Memberikan Tenaga

Assalamualaikum

Ok,gambaq di bawah ni adalah alatan dan juga minuman yang yas selalu guna dan minum tapi bergantung pada aktiviti cergas atau tak.Tak selalu Yas buat latihan fitness dan tak selalu Yas minum minuman  bertenaga. 

 Alatan Gym yang Yas ada.
 Red bull,100 Plas dan banyak lagi.
 Minuman ni lah yg menambahkan tenaga yas ketika melatih pelatih dan melakukan aktiviti lasak!
 Latihan Natural Fitness.
Latihan mengangkat kayu berat!

hari penuh dengan kesibukkan

Assalamualaikum

Ok setiap hari dah mula sibuk dengan melatih pelatih baru dan lama di sekolah-sekolah dan juga di Center (Pusat Latihan) sendiri,malah tak sempat nak berkebun seperti gambar contoh di bawah (hahah nak jadi pekebun pulak).Well,ini lah Yas yang seorang karektor lawak spoting dan sentiasa mengejar cita-cita yang di impikan.Sentiasa sibuk lah sekarang nih,pagi ada kelas Taekwon-Do,petang dan kini malam pun dah mula ada kelas pada jam 9.30pm hingga 11.00pm.

Tak pernah stop,kecuali pada waktu malam unutk tidur saja.Pada malam hari pun ada dua student baru dan mereka berdua ni sangat serius untuk berlatih,Yas harap mereka berlatih dan memasuki TaeKwon-Do bukan semata-mata untuk bergaduh tetapi untuk mempertahankan diri.

Apa-apa pun dalam seminggu Yas tetap akan meng-Update blog supaya korang yang cool kick (pembaca blog Yas92 yang setia) tak penah putus harapan menunggu Yas meng-Update.Apa yang pasti Yas nak semua yang membaca blog Yas ini sentiasa ada minat untuk mencuba aktiviti seni mempertahankan diri tak kira usia dan sentiasa mengikuti kelas seni mempertahankan diri tak kira anda di mana,semoga berjaya dan selamat mencuba.

 Latihan pada waktu malam di Center Yas.
Latihan pada waktu pagi di sekolah (hujung minggu)

Latihan Fitness untuk pelatih Yas.

Di harapkan yang di luar sana ingin bersama Yas dan berlatih TaeKwon-Do di Center Yas sendiri,sila lah datang ke Langkawi dan sama-sama kita majukan Sukan TaeKwon-Do Malaysia.

I lead,You Read.

16 February 2013

Jamuan bersama Pelatih yas

Assalamualaikum

Wow! memang Yas sangat-sangat sibuk sehingga tak sempat nak capai LP nak menulis blog.Terkejar sana ke sini dengan kerja sebagai seoarang Jurulatih Taekwondo dan Weight Loss Trainer.5 kali minggu bekerja dan dua hari cuti,dua hari cuti pun bagai kan di alam bekerja jugak.Yelah,sibuk dengan tanam tanaman dan jaga garden di halaman rumah bagi cantik.Apa-apa pun Yas sempat jugak nak tulis blog,dan Yas rindu tulis blog unutk korang.Pasti korang bosan dan tertanya tanya dimanakah Yas92 Blogger.

Well Yas sentiasa di hati korang cuma sibuk mengejar kerjaya dan lupakan dunia alam siber maya nih (poyo sudah,hahah).Oh! ya baru-baru ni sahabat Yas iaitu Mfay balik cuti di Langkawi selama seminggu dari Uitm nya dan kami melakukan sedikit Demo Taekwondo ITF dan juga jamuan bersama pelatih-pelatih yas,best! Harap satu hari nanti korang datang dan sertai Yas dengan jamuan yang menyelerakan.

Makanan ringan dan sedikit minuman yang dibawak.

Yas dan Mfay menyiapkan dan menyediakan air

Bergambar bersama Pelatih SK Ulu Melaka

I lead,You read.