20 December 2012

Pokok Lidah Buaya Telah Menyelamatkan Ku

Assalamualaikum

Anyong Heseyo (Hello)..Korang semua sihat? Lamanya Yas tak update blog,busy dengan kerja-kerja harian di halaman rumah dan mengajar Taekwondo.Harap korang di luar sana masih tak jemu-jemu menungggu Yas mengUp-date blog dan membaca.

Baru-baru ni sedang mengkaji teknik latihan yang terbaru untuk Team Yas pada jam 2pagi,dengan secara tak sengaja Lebah telah jatuh atas kaki dan tak sempat nak lari dia terus melepaskan 1suntikan yang amat berbisa dan biasanya cepat merebak.Rasa sakit,pedih,denyut-denyut,merah & bengkak.Wow! mak I sakit yang amat sangat.Pagi-pagi buta ada lebah dalam rumah! apa dia buat? masa tuh rasa macam nak pengsan.Nasib laaa baik,ada buku First Aid,terus bukak & baca.Nak tau apo den buat? 

Ni haa,mula-mula ambik ais letak dekat tempat yang di sengat selama 5 ke 10 minit.Kemudian letak kan jely Alovera (Daun Lidah Buaya) di tempat yang sengat dan sapu,pada esok pagi tuh Yas da ok...Alhamdulillah dengan izin dan kehendak Allah Yas terus rasa sihat,bersemangat.Merah dan bengkak pun hilang dengan serta merta. Jadi,kalau korang si pembaca blog Yas92 nak tau,daun Alovera ni banyak khasiatnya.Sebagaiu contoh,kalau jari korang terhiris dengan pisau,korang letak ja jely alover di tempat luka Yas pasti darah akan cepat stop.Korang kat luar sana,tanam lah poko Alovera sebab ada kebaikan di sebalik menanam pokok-pokok yang berubat tuh.Yas tanam bermacam-macam pokok dirumah sebab Yas dari kecik dah di ajar oleh aruah ayah supaya sayangi tumbuhan seperti gf sendiri.. hahahah ok,apa-apa pun korang  buat yaaaa dan take care selalu,kurang kan makanan yang atak sihat yaa. Anyo (jumpa lagi) 

Ni apa yang ada dalam daun Alovera

Pokok yg Yas tanam

Jely Alovera yg perlu kita gunakan.

09 December 2012

Rank In Taekwondo ITF Black Belt..

Assalamualaikum

To all my bloggers Yastin92 yang sangat-sangat cool kick!.How are u? Still doing  Healthy Life Style? (Huh!,poyo lak cakap BI haha).Tak da lah just gurau ja,no joke no fun maaa,kau choo r...

Ok-ok,sorry to say with my joke.Now,apa yang Yas korang tau ialah dalam Taekwondo ITF Black Belt ada beberapa pangkat di bahu seperti askar di raja kita.Ada 5 pangkat dalam TKD ITF di bahu dan di panggil Shoulder Rank In TKD ITF.

 ITF National Instrucot & Assistant Instructor



Ini adalah rank yang korang perlu tahu dan diharapkan korang yang bergelar Black Belt In TKD ITF,jangan cepat berhenti...

I Lead,U Read.

The best comment ever!

Assalamualaikum

Hey! u all's im happy and very shocked sebab ade mamat ni hantar comment melalui You Tube tentang Video Tkd Itf Tutorial yang Yas buat baru-baru ni.Alhamdulillah walaupun belum ramai lagi yang view video 
Yas tapi komen yang mamat ni berikan amat lah di hargai sesangat.So,ni lah comment dia:

From: Prpsmajo

Nice wοrk! I just finished ԝatcһіng one оf yоur videos (http://www.youtube.com/watch?v=AWQNL8IyaiY) and havе tо аdmіt Ӏ ԝas ρrettу imρrеssеd. 

As good as уоur vіds аre I was a bit реrρlехed tһat morе pеορle werenʹt wаtcһinɡ them. The video Ι lіkеd һаd only 2 views. I mеаn come on ρеоplе! 
Ӏtʽs clear from your vіdeοs that youʼve got thе tаlent, Ӏ ϲanʿt believe you havеnˈt started gettіng thе vіeԝs уеt! 

Тһаnk yоu sо muϲһ for mаkіnɡ sоmetһіng I actually enjoуed, it's sо hard to fіnd that οn ΥοuΤuƅе. 

Finally something nеw and unique. It really blοws mе aԝаy that mοre pеοple aren't sееking оut videos like yours, thеy аrе so muϲh ƅеtter than mоst of tһe ɡarƅаɡе on tһere. 

Sοmetіmes making а gοоd video just іsn't enοuɡһ. Ι knоԝ ƅecаusе a friend of mine used tо spend sо muϲһ time making my YοuΤuƅе videos and tһen hаvе no оne wаtcһ thеm. That аll chаnɡed wһеn һe fоund .


Yes! guys I did it again,thanks lah sapa-sapa yang komen hal yang positiv asalkan korang yang tengok pun happy & enjoy. Harap korang tak jemu-jemu baca blog Yas dan cek video yas. 

Oh ya,ni link untuk korang:- 

http://www.youtube.com/watch?v=AWQNL8IyaiY&feature=youtu.be

01 December 2012

(WTF) World Taekwondo Federation

Assalamualaikum

WTF telah dicipta di Seoul Korea pada Mei 28, 1973. WTF sering mengadakan pertandingan taekwondo. Amalan mereka adalah 100% berdasarkan bentuk purba Taekwondo. Bentuk yang mereka amalan dipanggil Taegeuk. Tahun rasmi bahawa Taekwondo WTF telah diiktiraf dalam Sukan Olimpik adalah demonstrasi yang diadakan di Sydney 2000 Sukan Olimpik musim panas Australia. Pada tahun 2004 Taekwondo adalah acara Olimpik rasmi. Sejak mereka bermula,mereka  adalah sukan rasmi Olimpik, mereka telah mendapat sejumlah besar ahli di seluruh dunia.

Gaya WTF -bentuk atau corak yang dipanggil Borang Taegeuk. Apabila mula Taekwondo WTF,anda perlu
 belajar 8 Taegeuk bentuk asal sebelum mencapai pangkat tali pinggang hitam. Taegeuk di panggil Pattern dalam ITF.

Mengesan ahli-ahlinya-WTF mempunyai sistem yang sangat mudah dalam mengesan ahli-ahlinya. Sebaik sahaja anda akan dianugerahkan pangkat 1st Dan yang merupakan tali pinggang hitam pertama, anda akan dianugerahkan dengan sijil rasmi dipanggil Kukkiwon. Apabila mendapatkan Kukkiwon ia menunjukkan bahawa anda telah berjaya menyelesaikan semua ujian Taekwondo WTF. Tahun minimum bagi seseorang boleh mendapatkan tali pinggang 1st dan,biasanya 3 tahun atau lebih.

"ITF" International Taekwondo Federation Belt Ranking

Assalamualaikum

Sistem kedudukan tali pinggang ITF adalah sedikit berbeza daripada sistem ranking WTF.Sebagai contoh seorang pelatih Taekwondo ITF yang ingin mendapat gelaran "Master" WAJIB sampai 7 Dan." 8 Dan pula pemegang gelaran "Master Kanan"(Senior Master). 9 Dan pula pemegang gelaran "Mahaguru"(Grand Master).

I Lead,U Read.

14 November 2012

Cakap Kosong

Assalamualaikum

      Kepada semua pembaca blog Yastin92 yang setia.Hampa semua sohat ka?Masih mengikuti Healthy Life Style? hahaha,mesti ada dan tak kan? Tak pa,apa-apa pun hampa just cuba setakat mana yang mampu ok.
Syukur Alhamdulillah Yas masih sihat dan di kurniakan kesihatan yang baik dan masih lagi ada tenaga untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.Dalam diam tak diam,masa pun dah pun berlalu dan YY Martial Art Center iaitu tempat Yas mengajar Taekwon-do di Langkawi,tanah tumpahnya darahKu.Dengan rezeki Allah berikan,dapat jugak Yas bukan Klas Taekwon-do sendiri di halaman rumah sendiri.

Oh yaa,Cakap kosong adalah salah satu peribahasa bagi Yas yang bermaksud cakap bagai kan tanpa perbuatan dan hanya mampu bercakap sahaja.(Wah! macam sasterawan gitu dowh!)..Sebenarnya "Cakap Kosong" nih tak bagus,yelah cuba hampa lepak dengan kawan-kawan dan kawan hampa cakap nak datang bawak satay siap berjanji lagi haa,tiba-tiba habuk pun tak da...So,harap hampa si pembaca blog faham apa yang Yas nak sampai kan disini.Just! nak hampa berhati-hati dan jangan berharap sangat,kalau betul dan dia jenis yang tak mungkir janji so go for it..

"Cakap Kosong",ingat tuh...Hmpa,yang begelar diri sendiri pun JANGAN CAKAP KOSONG ya sih! enggak baik kok gi tuh.(poyo indon lak) ok,setakat ni saja yang Yas mampu menaip,diharap hampa/korang faham.

I Lead,You Read.

08 October 2012

Healthy Lifestyle

Assalamualiakum

Hye to all my blog readers yang sikit-sikit gila (hahaha,gurau ja k).Ok,korang penah tak mula gaya hidup sihat sebelum ni or belum start lagi.Korang tau tak tubuh badan kita tak akan sihat jika kita sentiasa makan berlebihan,makan makanan yang banyak MINYAK,GULA,GARAM.

Actually,Yas nak kongsi la sikit sebanyak my menu on diet or Yas panggil my Healthy Lifestyle food.

Breakfast:- Yas ambil 2 keping roti dan 1keping keju.
Atau Minum air kosong yg dah masak dan 1peket kecil Oat Krunch.

Lunch:- Nasi putih 2 atau 3 senduk dan lauk sayur atau ikan.

Dinner:- Tosei dan Limau ais tak nak gula.

Tiap-tiap hari menu Yas yang ini saja,sesekali ada laa makan sup daging atau ayam.Kurangkan atau TAK NAK,minyak,lemak,gula,garam,Ajinomoto dalam masakan / makanan korang.Ingat tuh,dan jangan lupa sentiasa minum air kosong sudah di masak dan minum lebih dari 7 gelas lagi bagus dan sihat.Yas harap pembaca blog Yas92 yang setia cuba untuk ikut Yas melakukan Healthy Lifestyle,dan jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari.

Air sejuk & Oat Krunch for my Breakfast
I Lead,You Read.

04 October 2012

Serawakian Friends Holiday & Meet Up

Assalamualaikum

Yes! Thankz guys & girls sebab drop by musim cuti semester korang di Pulau Langkawi & my home,enjoy holiday korang kan 3hari 2 malam.By the way im happy that u all datang melawat kwan korang yang pendiam hile dalam kelas nih dan suddenly banyak cakap bile korang jumpe Yas d Langkawi.Yup! to all my blog readers,Yas dalam kelas seorang yang pendiam dan buat hal sendiri jak..

Akuk minta maaf laa kalau aku sik dapat bawak korang,carik tempat untuk tido & kereta sewa tapi next time kamik mauk korang datang lagi & stay my own house & my own car.Mesti best! jika kitak sama2 holiday bha,kamik sukak sangat2. (Poyo lebih nk speaking bahasa Srawak,hahaha) 1 hal,Babylon its the best place for us to lepak-lepaking & enjoy the live Raggae music.

Next time jugak kamik mauk korang pergi ke tempat lakonan Ombak Rindu.Kamik yang bawak korang pusing Pulau Langkawi & 99 Island around Langkawi.Sorry sangat2 sik dapat tepati janji bhaa,akuk rasa bersalah.So,to all my blog readers,this post Yas tuju kan kat member yang first Yas masok kolej.Group dia orang lah paling best & ambik peduli dengan kawan-kawan dia orang.yang ada problem,ramai yang tak datang tapi next time dia orang datang Yas nak bawak dia orang jalan-jalan & sama gak to my blog readers.
Oh yaa,Zul! ko rugi tak datang Langkawi,next time ko datang laaa.

Ni laa Babylon,best kan Onah?!

 Sempat candid Side Kick di Pantai Cenang

   Sedang memandang sawah padi yang kureng ada d Serawak(btol ke xde?)

Onah,Apenz,Jessy & Min

( See U All Next Time )

Aduh! Kan dah kena...

Assalamualaikum

Haaa..kan dah kena paku karat dalam dok tak dok terpijak petang semalam ketika sibuk tolong parents tanam pokok buloh di halaman rumah.Secara kecemasan dan tak di jangka,Yas terpijak paku sedalam lebih kurang suku inci laaa kate kan.Amat sakit dan pedih akan tetapi nama pun lelaki,so kena lah tahan kesakitan tuh dengan slumbernyaaa...

Well,secara ringkas to my beloved blog readers korang should berhati-hati dan ambik tau tentang basic Medical,I mean basic dalam rawatan kecemasan.Mak Yas memang pro lahdalam bab rawatan kecemasan nih.For Example,petang semalam dengan pantas mak terus pergi ambik plaster,ubat antibiotik dan lotin kuning ape tah dan ubat yang paling mujarab Minyak Gamat.So,Alhamdulillah kaki dah semakin sembuh 60% tapi tak sepenuhnya lagi.U alls take care,macam biasa ayat Yas,pesanan Yas,beware all around u and jaga kesihatan. 

I Lead,You Read.

25 September 2012

Berhati-hati Part 2

Assalamualaikum

Maaf kepada semua pembaca dan pengikut blog Yas,sejak seminggu lebih Yas sibuk dengan kerja Yas dengan mengajar Taekwon-do ITF di TIGA buah sekolah di Langkawi.Korang pun dah tau yas dah berhenti study dan ada masalah sikit.Walau apa pun,Yas tetap ok dan korang semua janagn lah risau sebab ini bukan pengakhiran bagi Yas.Yas tetap akan terus kan dengan cita-cita Yas nak buka Taekwondo Gym Kelas,InsayaAllah.Oh! stop! cukpla cerita pasal tuh,apa yang Yas nak sampai kan hari ni ialah:-

Ok,straight to the point jelah kan..Well!,korang sebelum nak naik kereta korang pandang tak kiri kanan? atau,melintas pandang kiri kanan? (macam lah lintas jalan korang tak tau).Actually,korang wajib pandang kiri dan kanan sebab kalau korang naik kerata,tanpa pandang tiba-tiba kereta atau orang nak samun korang.Hah! baru korang menggedik macam semut sebab korang tak BE CAREFUL.

Oh! pasal lintas jalan tak payah laa Yas nak nasihatkan sebab korang mesti laa pandang kiri kanan ketika nak melintas,apa-apa pun berhati-hati dan nak buat apa-apa pun korang WAJIB pandang kiri dan kanan tak cukup lagi pandang atas dan bawah.(hahaha,buat jaa asalkan berhati-hati).



I lead,You Read.


18 September 2012

Terima Kasih Yang Tak Terhingga

Assalamualikum

Wow! blog yas sudah masok ke dalam Majalah Remaja yang di keluarkan pada 15/9/2012 baru-baru ni.Well dengan rendah dirinya yas sangat berterima kasih yang tak terhingga kepada Mak saya yang sentiasa memberi semangat,juga sahabat-sahabat blogger saya Fatin Liyana,Hanis Zalikha,tak lupa sahabat Taekwondo saya Mohamad Firdaus,Jurulatih Taekwondo Sir Rosly Ahmad dan paling saya hargai pembaca-pembaca blog saya yang tak henti-henti memberi semangat supaya yas sentiasa mengupdate blog untuk pembaca-pembaca yang GILA Taekwondo dan Seni Bela Diri.Saya hargai korang yang sentiasa nak tau tentang Taekowndo. Sekian Terima Kasih.

I Lead You Read.
Cover depan ni lah menjadi kejutan bagi Yas.Buka saja page 129.taa daaaa Bloger Yas dah masok Majalah Remaja.

(Ini lah blog Yas yang dipilih dalam Majalah Remaja)

You Tube
http://www.youtube.com/user/92Eeen

17 September 2012

Fikir Sejenak Tentang Sesuatu

Assalamualikum

Baru selesai sudah menonton Cerekarama Pelarian di TV3,best sedih,rasa kesian,macam-macam laa rasa bila yas tengok cerita ni.Ok,sinopsis dia macam ni:-
Mengisahkan tentang tiga beradik, Muhamad, Miza dan Bobok mencari ibu mereka yang meninggalkan mereka untuk mencari suaminya. Pengembaraan Muhamad, Miza dan Bobok bermula apabila mereka pergi ke bandar untuk mencari ibu mereka, Ramlah yang turut membawa sama adik mereka yang cacat iaitu Yusoff. Tiga beradik ini melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencari ibu yang masih tidak dapat dipastikan nasib mereka. Muhammad mendapat perlindungan di Yayasan Rabiah manakala Miza terjerumus di lembah kota.

Pelakon Cerekarama Pelarian:-
Vanidah Imrah, Sharifah Amani, Aeril Zafrel, Azhan Rani dan Talha Harith.
Ok,kalau nak cerita dekat korang pasal story ni tak akan pernah habis laaaa kan?kn?kn? Dalam cerita ni,apa yang yas rasa adalah sedih sebab secara tiba-tiba or sekelip mata saja boleh berubah menjadi susah dan paling yas kesian ialah adik Bobok dalam cerita tu.Dengan tinggal merempat,tak ada rumah nak berehat dan sebagainya.kak dia Miza kena tangkap oleh orang jahat untuk bekerja sebagai jaga budak-budak mintak sedekah,sangat kesian kalau korang menonton story tu.

Apa yang yas nak sampai kan ialah,kita sebagai orang yang bertaraf sederhana atau kaya perlu hati-hati sebab dalam sekelip mata saja kita akan jatuh dan duduk merempat di tepi jalan,di lorang-lorang dan paling mengecewakan kita ialah tanpa wang perbelanjaan kita,tanpa pakaian dan tanpa makanan yang mencukupi untuk membuat kita sihat.Korang-korang especially yang berkedudukan mewah-mewah or sederhana termasok lah saya sentisa BERINGAT dan BERSYUKUR kepada Allah S.W.T.
Seperti di Africa,Palestin tempat-tempat sebegini sangatlah kekurangan makanan,minuman,temat tinggal,pakaian,barang untuk kesihatan.Tapi di negara kita Malaysia,megah Merdeka yang ke 58 masih lagi tidak bersyukur dan masih lagi membuat kes membuang bayi,ragut,kes-kes penculikan kanak-kanak dan lain-lain sampai yas dah tak nak senaraikan Malaysia yang tak baik ni.Kita duduk sorang-sorang dan fikir sejenak time suasana relax,tenang dan aman damai sambil menghirup udara segaq.Time tu,korang fikit masa depan,fikir lah apa yang patut tentang kebaikan,sentiasalah BERTERIMA KASIH kepada Allah S.W.T.

Dah dua kali suruh ingat Allah,tak ingat jugak cik tak tau laa noh.One more thing is korang especially belia-belia bantu lah orang-orang tua,OKU dan sebagai sebab korang akan rasa apa yang yas rasa.One day tngah naik bas ke kolej untuk get ready for Silat Demostration,So tengah duduk and suddenly pakcik yang berkerusi roda nak naik bas,hah! Yas dan rakan Fisioterapi terus tolong dia dan bagi dia ruang dalam bas dengan selesa tapi the best is orang-orang lain boleh tengok saja dan buat-buat perak I mean tak penah tengok seperti beruk mat yeh..hahah,lawak tapi kami yang tolong ni rasa puas hati bila uncle ni senyum dan ucap thank you sebab tolong uncle.Dengan ayat tu pun kami dah rasa huh lega dan bangga dapat bantu orang.Belia-belia tolong yee,eh! Bagi perhatian! Tolong sapa-sapa yang susah tak kira sapa di mana kaum or agama.Tapi korang kena berhati-hati gak sebab kadang-kadang ada orang yang nak perkena korang.


Ni laa cerita yas cakap

Hati-hati my blog readers dan jaga diri ok. I Lead You Read.

13 September 2012

Mengapa Setiap Seni Bela Diri Perlu Menjerit Ketika Memecahkan Sesuatu Objek Ketika Melakukan Demostrasi?

Assalamualaikum

Hurmmmm,korang fikir tak setiap orang yang mengamal Seni Bela Diri perlu menjerit ketika memecahkan objek?Pelik tapi benaq,tak boleh kaa depa tak jerit?Sama ja,bergerak jugak fizikal dia ketika nak pecahkan objek,betul tak my be loved blog readers??Ramai yang tak penah pikiaq pasal nih kan?Ramai yang buat tak endah ja.Bagi yang fanatic kepada seni bela diri saja yang pikiaq pasal ni dan suka membuat kajian dan berlatih. Bukan saja pengamal seni bala diri saja yang menjerit,malah ada sukan-sukan tertentu yang menjerit iaitu sukan Tenis dan juga angkat berat.

Diam tak diam,aku selalu berlatih bersama sahabat aku di gym Taekwondo dan kami sentiasa berlatih diri dengan memecahkan objek yang mudah pecah hingga susah nak pecah.I mean,kayu papan yang nipis hingga tebal dapat kami pecahkan.Senang paham,”karate” papan or bata.

Sains Sukan di Barat telah menkaji tentang adakah menjerit dapat mengubah perestasi.Sains Sukan telah menjemput juara Seni Bela Diri iaitu Paul Pumphrey.Beliau sentiasa menjerit ketika memecahkan objek ketika demostrasi.Untuk test jeritan Paul,Ahli Sains Sukan telah menyediakan dua set objek batu bata yang berkeping sebanyak 15.Ahli Sains Sukan telah melekat satu alat yang canggih di bahagian belakang bahu untuk menyukat kelajuan dan bebanan yang beliau perolehhi.Bagi beliau,menjerit dapat memecahkan apa sahaja.

Test A,beliau di benarkan menjerit ketika memecahkan objek dan beliau Berjaya memecahkan objek tersebut dengan beban yang beliau perolehi ialah 2048 Lbs.

Test B  tanpa menjerit,beliau gagal memecahkan sekeping saja lagi bata kepingan tersebut.Ini disebabkan tenaga dari dalam badan menghentak objek tersebut dengan melantun semula dari mula menghentak.Beliau meperolehi beban tanpa menjerit iaitu 1500 Lbs sahaja.
Dalam Seni Bela Diri ketika memecahkan objek perlu di satukan iaitu beban,kelajuan,kimia badan dan saikologi.Menjerit dapat membantu memecahkan objek. Jeritan akan mengeset otak dan jantung mengepam darah dan tekanan darah meningkat ke limpa dan organ lain.Paru-paru mengembang cepat,darah yang tak beroksigen keluar dan secara tiba-tiba jeritan yang kuat di keluarkan.

Semua otot-otot yang ingin di gunakan ketika memecahkan objek akan kontrak sehingga tenaga yang dipanggil Chi di keluarkan dan sekelip mata objek akan pecah.Paul menjerit dengan 25 peratus dan selebihnya beban,kelajuan,kimia badan dan juga saikologi.
So,korang dah tau kan awat pelatih seni bela diri menjerit ketika memecahkan objek.Korang yang di luarsana yang fanatic dengan martial art,teruskan lah dengan latihan dan tanpa rasa jemu.

I Lead,You read.

Cara untuk menjadi seorang Artis Seni Mempertahankan Diri Yang Berjaya

Assalamualaikum

1-Mengubah minda korang dan pandang kehadapan dalam seni beladiri atau apa-apa saja.

2-Untuk menjadi seorang artis seni mempertahankan diri yang berjaya,korang perlu mengambil kelas seni mempertahankan diri.

3-Mengubah minda korang supaya tidak memepelajari satu seni beladiri,kerana lebih banyak korang pelajari,lebih banyak pengetahuan dan selok belok teknik serangan dan tangkisan yang korang tau.

4-Kaji sendiri seni mempertahankan diri yang terbaik untuk korang.Campuran seni mempertahankan diri yang berbeza dapat membentuk skill yang lebih menarik.Malah,korang dapat baca pergerakan musuh dalam sekelip mata.

5-Dalam seni mempertahankan diri,korang janganlah lupa  melakukan beberapa jenis latihan seharian supaya lebih mahir.

6-Bersabar.Untuk melihat perbezaan dalam pertempuran pertempuran korang,biasanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan latihan yang sangat berdisiplin dan susah. Seni mempertahankan diri memerlukan bertahun-tahun untuk menguasai ASAS. Tetapi apabila korang tahu asas-asas, prinsip dan helah bergaya,ia akan menjadi  lebih kepada semulajadi.

7-Mula untuk membangunkan gaya korang sendiri untuk berjuang dan gaya korang sendiri dalam seni mempertahankan diri yang korang belajar.

The Top Martial Artists

Jason Statham-The Transpoter.
Scoot Adkins-Undispute.
Jean Claude Van damme-Kick Boxing
Rain-Ninja Assassin
Chuck Norris-Way Of The dragon.
Jackie Chan-Drunken Master.
Jet Lee-Fearless.
Donnie Yen-Ip Man.
Tony Jaa-Ong Bak.
Bruce Lee.
Steven Seagel.

I lead,You read.

08 September 2012

Menjadi Handal Dalam Taekwondo (Part 2)

Assalamualaikum

Untuk tumbukan  & tangkisan yang lebih berkuasa, korang perlu  mengukuhkan kawasan-kawasan seperti otot  Triceps, Biseps, lengan, bahu dan belakang badan korang.

Latihan Asas Tumbukan

1-Push Ups – kerap melakukan push up (tekan tubi)adalah satu latihan Taekwondo yang bagus kerana korang  boleh melakukannya di mana-mana. Tidak perlu ke gym atau meletakkan pemberat,otot yang berkaitan adalah seperti Triceps, dada dan bahu.Korang  juga dapat meningkatkan kekuatan otot teras korang.

2-Triangle pushups - Letakkan tangan korang seperti push-up yang biasa korang lakukan,tetapi tangan dan jari rapatkan dan bentukkan segitiga. Senaman ini sangat payah,tetapi sangat berkesan untuk menguatkan otot Triceps korang.

3-Wide Push-Up - Letakkan tangan korang sejauh  yang mungkin. Ini adalah pushup lebih susah dan akan memberi lebih penekanan pada otot dada korang.

4-Clappingi Push Ups – Senaman ini sangat susah,tetapi untuk lajukan tumbukan korang kenalah buat.Push-up sambil tepuk tangan dapat  menguat kan otot dada.

5-Elevated Push up – Jika korang nak lagi susah dan mencabar lebih susah,korang cuba letakkan kaki korang di atas kerusi dan lakukan tekan tubidan jagan lupa naik kan jari sedikit dan lakukan tekan tubi.

Latihan Tumbukan Advance

  1. Bench press.
  2. Biceps curl.
  3. Pull ups.
  4. Lat pull down.(menggunakan mesin di gym)
  5. Triceps Extension.
  6. Triceps Kick Back.
  7. Bent over row with dumbbell.
  8. Dumbbell flys.
  9. Chest drip.



1-Push Ups

2-Wide Push-Up

3-Clappingi Push Ups

4-Elevated Push up

5-Bench Press

6-Biceps curl

7-Pulls up

8-Lat pull down (perlu ada mesin iniatau pergi ke gym)

9-Triceps Extension

10-Triceps kick back

11-Bent over row with dumbbell

12-Dumbell flys

13-Chest Drip


14-Triangle push up

Hurrmmmm,harap korang faham dengan latihan/senaman ini.Ohh yee,setiap senaman ini korang kena buat 10-12 reps (gerakkan) dalam 3 set.Contohnye, Push up korang kena buat 10 kali jika mampu kemudian rehat 1 minit.Itu baru 1 set,tinggal lagi 2 set dan korang perlu ulang sampai cukup 3 set.So,harap korang berjaya buat latihan nih.

I lead,You Read.



06 September 2012

Menjadi Handal Dalam Taekwondo (Part 1)

Assalamualaikum

Korang mesti nak jadi pro lah kate kan dalam dunia Taekwondo tidak kira ITF,GTF,or WTF.So,di bawah nih ada tips part 1,sebab part 2 masih dalam kajian aku(poyo kaji kate kan). InsyaAllah kalau tiada yang menghalang,aku kan post entry part 2 pulak ye,Korang try & keep doing it sebab aku dah try latihan nih,memang perit bila mula-mula buat.After  1 week,korang dah boleh bercakap sambil buat latihan nih.

So,Untuk cemerlang dalam Taekwondo korang mesti  meningkatkan fleksibiliti korang dan kekuatan .- untuk rehat yang cukup baik,tendangan dan tumbukan yang kuat. Fokus melakukan ripitasi (Ulangan)  yang banyak berbanding sekali ripitasi menggunakanpemberat  yang  maksimum. korang mesti nak kekuatan & ketahanan! Senaman kekuatan Taekwondo ni menumpukan pada tubuh badan korang,iaitu pada  bahagian upper body (bhagian atas),Lower body(bhagian bawah), lengan dan kawasan perut.

Untuk tendangan yang lebih kuat & lebih cepat dalam sukan Taekwondo, korang perlu untuk bekerja di kawasan-kawasan seperti quads anda, hamstrings & betis. Berikut adalah beberapa latihan yang boleh meningkatkan kuasa korang untuk menendang.

Latihan Asas


Latihan hamstring - Memandangkan ramai yang  mengalami pelbagai kecederaan pada hamstring dalam Taekwondo, saya juga telah mencipta senaman hamstring dengan latihan pengukuhan pelbagai hamstring Leg Curl,menggunakan pemberat. Ini akan membantu korang untuk mencapai tendangan yang lebih tinggi & lebih kuat.

  1. Barbell step-up.
  2. Barbell Lunges
  3. Calf Press.
  4. Calf faise tanpa pemberat Mesin.
  5. Calf Raise dengan mesin pemberat.
  6. Deep Knee Jumps - Berhati-hati dengan lutut anda. Jangan bengkokkan terlalu banyak jika anda mempunyai masalah lutut.
  7. Horse stance - Hanya meluaskan kaki korang, bengkok lutut korang dan HOLD tahan. Pendirian ini akan bekerja pada ketahanan dan kuasa kaki,sama seperti Sitting Stance.
  8. Knee Extensions dengan Ankle Weights.
  9.  Lunge - Gunakan berat badan anda sendiri dalam latihan ini. 
  10. Step-Up.
  11. Single leg Squat.
  12. Squat Thrust - Teras mencangkung membantu untuk membina kuasa kaki serta bekerja di kawasan-kawasan lain badan korang (iaitu dada). Ini adalah satu usaha yang meletihkan namun saya"nikmati" dalam Latihan Kadet Bomba Sukarelawan.
Contoh:-

1-Barbell step up

2-Barbell Lunges

3-Calf Press

4-Calf Raise dengan pemberat


5-Deep Knee Jump

6-Horse Stance

7-Knee Extensions dengan Ankle Weights

8-

8-Step up

9-single leg squat

10-Squat Thrust

11-Lunges



03 September 2012

Be careful even if you are anywhere

Assalamualaikum

“Jaga diri,jatuh bangun sendiri  ye,tengok bawah bila jalan ye” itu lah sahabat-sahabat,parents kite yang selalu nasihatkan.Walaupun orang-orang tua,kite tetap menasihatkannye,malah ada d antara cucu-cucu or anak-anaknya membelikan tongkat untuk membantu stabilkan nenek or atok korang berjalan.
Kadang kala susah orang yang kita nasihat tak nak dengar dan dia buat don’t know saja,masok telinga kanan keluar telinga kiri,susah lah macam tuh kalau tak nak dengar.Ajal maut di tangan tuhan,so we should accept it no matter how,when,where,who.Kita patut berhati-hati ke mano sajo kito poie ( wah! Bhaso nogori pulok)
Kadang-kadang aku pun tak jage diri aku,sambil berjalan pun aku tersepak batu or time mandi toilet semistinya licin and sudah pasti rasa macam nak jatuh kalau tak berhati-hati.So,awasi langkah anda tidak kira tua or muda,sihat or kuat.Di bawah ada tips untuk korang supaya berhati-hati,:

TIPS JAGA DIRI:

Sentiasa membaca doa agar selamat kemana jua hala tuju anda.
Berhati-hati ketika berjalan.
Pandang lah bawah ketika melangkah.
Gunalah tongkat (untuk nenek or atok).
Pakai lah kasut or selipar yang selamat dan tidak meberi kecederaan kepada anda.Contohnya kaut High Heel.
Ketika dalam tandas atau bilik mandi,anda perlu memakai selipar dan berhati-hati.
Tidak sihat,berjumpalah doctor.

Doa Mohon Keselamatan & Tolak Bala

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang  hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

30 August 2012

Kes Ragut Di Kelantan Yang Dasyat

Assalammualaikum

Dunia kini semakin kejam,tanpa belas kasihan,dan tindakan yang di lakukan kini makin meningkat kes-kes ragut,pecah rumah,bunuh membunuh.Fikir-fikirkan lah wahai pembaca blog,kita warga belia,warga Malaysia!  perlu ada kesedaran dan tanggung jawab.Malah,warga belia seperti korang perlu mempelajari Seni Mempertahankan Diri tak kira Silat,Taekwon-do dan lain-lain.

Sekitar jam 4 petang semalam, seluruh negeri Kelantan terutama di Kota Bharu gempar dengan siri jenayah ragut menggunakan parang disini. Mangsa seorang wanita diragut oleh seorang yang tidak dikenali dengan peragut bersenjatakan parang menetak mangsa sehingga menyebabkan tangan mangsa hampir terputus. Kejadian malang ini berlaku di Jalan Sultanah Zainab berhampiran Kedai Tudung TURSAB. Jalan dipenuhi darah yang mengalir, dan laluan traffik dikatakan penuh sesak di samping kehadiran polis bagi mengawal keadaan.

Saya dan rakyat Malaysia berdoa agar keadaan mangsa ragut agar cepat sembuh. Semoga Allah akan membalas segala kejahatan yang peragut lakukan terhadap mangsa.


Tips Yang Korang Perlu Berwaspada:-

Di tujukan kepada Kaum Hawa/Perempuan:

-Girls,macik2=Tak perlulah pakai barang kemas berlebihan,nak tunjuk kaye pun tak payah lah.Just,pakai je cicin kahwin/tunang korang,pakai ala kadar jer.

-Ketika hendak membawa hand beg,kalau jalan di tepe jalan.Beg tersebut perlu di galas di sebelah yang tiada kenderaan lalu.I mean,kalau sebelah kanan laluan kenderaan beg korang kena galas sebelah kiri.

-Tidak cukup dengan menggalas hand beg korang dengan cara begitu.Actually,korang tak payah sangat nak berstyle,menunjukkan yang korang ade hand beg baru lah bagai.Just bawak purse yang ada duit dan Ic.kad kredit,kad bank?! Hah! Kalau dah ade duit di tangan,tak payah lah bawak kad-kad lah bagai betul tak? Korang fikit kan lah.Tak payah nak bawak kad-kad macam nak habis kan duit dalam 1 hari je.

-Yang terakhir,korang especially kaum hawa WAJIB mempelajari Seni Mempertahankan Diri sebab dunia sekarang perompak,penyamun,geng pecah rumah,dan geng-geng jahat lah bagai sentiasa ada basic dalam Seni Mempertahankan Diri,paling koman dia orang ade weapon/senjata seperti pisau,pistol,kayu baseball dan lain-lain.
Korang Tanya mana nak belajar Seni Mempertahan kan Diri ?! Pergi shoping,karoke,dan lain-lain tau.Adik-adik,kakak-kakak,makcik-makcik sekalian! Pergi lah mendaftarkan diri di Gym Martial art yang berdekatan dengan anda,di sekolah-sekolah pasti ada.

Mahal?! Oh,beli emas,hand beg,hand fon baru semua mampu.Actually,korang kena mampu dan tak lah mahal untuk mempelajari ilmu ni.Sesetengah jurulatih sangat baik hati kalau korang betul-betul nak belajar,saya pasti korang akan dapat diskaun sikit.So,jom lah ramai-ramai belajar martial arts!


I lead,You read.


Split or Pecah kang-kang


                                                           Assalammualaikum

Korang tahu tak split tu apa?Actually,split means korang kena bukak kang-kang korang sampai cecah ke lantai.Kebanyakkan yang selalu buat split ialah pelatih Taekwondo,penari breakdance, gymnastics dan lain-lain.Split,orang kampung kata pecah kang-kang dan berbagai lagi ayat laa kan.Split ni jugak di lakukan secara perlahan-lahan tanpa memaksa.

Korang tanye sakit ke tak? Hah! Of course la sakit,kalau setakat kang-kang and tak cecah ke lantai tanpa memaksa sedikit sure tak akan berjaya.Ada setengah orang kata split nih kena memaksa sampai lah sendi paha korang berbunyi.For me,tu semua tipu lah and nak rosak kan sendi ade lah.Cara split yang betul ialah,korang perlu berdiri,slow-slow korang kang-kang dan turun ke lantai secara slow dan korang kena la memaksa sikit bagi rasa sakit,”Biar sakit dahulu,nanti senang nak split bila korang dah professional”.
Split! Split! and Split! You can do it if you want,trust me pain for a while but when you start doing it every day,your pain will gone.Set in your mind that the pain is nothing  then you lost your BF / GF. Think about it!!!


I lead,You read.
Ni laa yang di panggil split






28 August 2012

Oh! Allah,I failed To Day…


Assalammualaikum

To day,aku telah gagal dalam mengejar cita-cita aku.Baru saja aku cerita ”Awat aku pilih Fisioterapi”,title di blog yang menarik untuk korang baca.Maaf sahabat-sahabat aku gagal lagi and membuatkan korang sedih,aku pun sedih sangat.Actually,aku dah STOP study kos Fisioterapi.Kos yang menarik,best,mencabar dan its very hard.Aku failed hamper 3kali Exam di semester 4.Aku fikir masak-masak yang I should stop study with this kos.

Bukan senang nak jadi TOP STUDENT,but aku dah cuba sedaya upaya.My mom & my ayah tiri dah ceramah aku semua,nenek pun dah.Huh! bagai telinga dah bernanah mendengar ceramah and nasihat.But I should keep listen because there are my parents the 1 and only.Walaupun dengan nasihat yang kureng menyelerakan,aku tetap saying parents aku,tanpa dia orang siapalah aku.I wasn't complaining. I just want to share with you guys the ups and downs in my life!.U all patut relax and jangan nak judge orang sangat.(Gurau je k,hahahaha)

Well,aku dah fikir masak-masak yang aku akan start Taekwon-do klas di Langkawi iaitu Tanah Tumpahnya Darah Ku.First,aku akan start klas with my instructor every week,every month,maybe until 1 and half year.After that aku terus menggunakan duit yang aku save,aku terus buka Taekwon-do Gym Klas di rumah aku sendiri,InsyaAllah aku akan lakukan ini dengan bersungguh-sungguh tanpa bantuan parents aku.

Korang-korang semua yang read nih mesti sedih maybe ketawa kat aku b’c0z aku failed dalam kos Fisioterapi.Tak pe kalau korang ketawa or what ever! Orang Melayu memang macam tuh,tak penah nak maju and naik kan semangat sahabat-sahabat mereka.Ok,STOP! Pasal tuh.Yang penting sekarang aku should teruskan hidup,mula kan atmosphere yang baru di tanah sendiri!!!.

Namun,aku tetap akan mengUpdate blog nih selagi aku masih hidup.B’c0z penulis blog tak akan pupus kerana kuncu-kuncu blognya sangat ramai untuk member semangat.So,setakat ini saja dan dalam masa terdekat aku akan upload Video aku sendiri tentang Martial arts and Exercise.

I Lead,You Read.

24 August 2012

Ingin Menjadi Blogger?

Ramai peminat yang menghantar pertanyaan kepada saya tentang cara-cara menulis artikel tentang Taekwon-do atau seni bela diri yang lain dalam blog atau majalah. Untuk menjadi blogger Taekwon-do bukannya kerja yang mudah. Di Malaysia, cuma  seorang sahaja yang aktif menulis blog tentang taekwon-do dan seni bela diri yang lain , iaitu saya sendiri. Seseorang blogger perlu mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan sedia untuk menghabiskan masanya mengkaji tentang Taekwon-do contohnya kerap berkunjung ke gim atau kelab yang mengajar Taekwon-do dan menonton pertandingan secara langsung di mana-mana pertandingan terbuka. Selain itu blogger juga perlu peka kepada perkembangan antarabangsa seperti berita tentang Taekwon-do,khususnya di Korea. Berita-berita ini boleh didapati daripada internet atau melalui pembacaan buku-buku atau majalah.

Seseorang blogger mungkin sukar mendekati petinju atau jurulatih pada awalnya tetapi jika mereka yang terlibat dalam sukan ini sudah mengenali anda, kerja anda akan menjadi lebih mudah. Bukannya susah untuk berkomunikasi dengan Ahli Taekwon-do kerana mereka ini mempunyai sikap merendah diri dan sedia ditemuramah oleh sesiapa sahaja.

Jadi, pesan saya kepada korang yang ingin berjinak-jinak untuk menjadi blogger...Anda perlu
membaca... membaca... membaca...dan akhir sekali menulis.

I Lead,You Read.

22 August 2012

10 Reasons to Date a Martial Artist

Assalammualaikum

1) We're very flexible.
2) We don't fake it like football players do.
3) We can handle 2 on 1 ;)
4) We like a good workout
5) We can score within a matter of seconds.
6) We know how to use our hands...and feet!
7) We've got speed and endurance.
8) We like to show off our moves.
9) It's all about technique.
10) We always hit the right spot.

Evidently, martial artists are by far the best people you could ever date ;)
invite your friends.

20 August 2012

1 Day Before Raya


Asssalammualaikum

Well secara jujur hari ini banyak dugaan,first sekali aku gerak dari Johor terus ke KL untuk menyambut Hari Raya 2012.Ok,sebenarnye jln memang jem gile r.Dengan someone sebelah aku memekak sambil bergayut dengan awek die,huh! binggit sih! dan air aircond pulak jatuh menitik atas baju aku,huh! memang tak selesa langsung.

After I arrived KL,terus ade uncle nih dengan kaki sakit dan tak boleh jalan.Apa lg?! aku pun dengan segan silu terus tolong pimpin tangan die sampai la ke Masjid Negara,last-last die kate "pakcik saje je buat-buat sakit pade hal tak pun" aku pun dengan slumbernye kate Pakcik, saye ikhlas tolong pakcik.Die pun berlalu pergi sambil senyum.

After that,aku keluar je dari pintu pagar masjid,ade pulak sekumpulan student dari KLMU tanye aku pasal bog." "Ni blogger Yastin92 ke?" aku dengan terkejutnye terus terdiam sambil tergelak.Aku ingat blog aku tak famous,pade hal blog tuh biase je kot,takde Special pun.Ok,aku appreciate laaa kan bile student KLMU  bace blog aku.Siap mintak signature aku lg,aku pun dengan happy terus bg signature aku.Student KLMU nih actually study Fisioterapi same macam aku,dia orang cakap time nak cari bahan assignment terjumpa blog aku,dia orang terus read blog aku and ade laaa maklumat penting yang dia orang dapat.

So,setelah selesai student KLMU menemuramah aku,aku pun beredar ke KTM untuk menaiki kereta api ke Shah alam.Tup-tup! zip beg pulak terkoyak dengan bateri fon habis.Aku dengan relax,terus ke kedai mamak yang jual fon tepi jalan dan cas fon di situ,sementara menunggu bateri fon aku cas penuh.Aku pun bergerak menbeli beg baru.

Alhamdulillah syukur kepada Allah b'coz semuanya selamat walaupun banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi.The moral of the story di sini ialah,korang jangan tak cek barang korang sebelum bergerak ke mana-mana.Example,fon aku tak cas,zip beg aku rosak & aku tak sure ok ke tak.Well sahabat-sahabat,adk,kakak,abg and lain-lain nasihat saya agar sebelum kita nak ke mana-mana pastikan korang cek barang-barang korang.