02 February 2015

Aplikasi Fitness Dapat Memberi Semangat!

Assalamualaikum

Kini zaman ke arah tahun 2020 dan generasi yang baru lahir akan menempuh pelbagai alat komunikasi yang canggih sehingga memberi impak keburukan walau adanya kebaikan.Telefon bimbit kini semakin canggih sehingga Yas juga terikut-ikut budaya menukar  telefon yang lebih canggih.

Dengan kesempatan ini Yas ingin berkongsi aplikasi(Application) telefon yang menjadi pembakar/pemberi semangat untuk Yas terus melakukan aktiviti sihat.Satu aplikasi yang Yas ingin kongsikan ialah MapMyRun,aplikasi ini di gunakan pada sesiapa yang meminati joging di waktu pagi atau petang.Aplikasi ini menyediakan maklumat tentang jarak kita berlari melalui peta,jarak Km/j,masa,bacaan degepan jantung dan maklumat kalori yang sudah kita bakar.Aplikasi ini sangat membantu para pengguna pelari atau berbasikal juga yang dikenali sebagai MapMyRide.Aplikasi ini memerlukan GPS agar dapat ikuti jejak kemana anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Yas percaya dengan adanya aplikasi ini,rakyat Malaysia dapat bergerak dan melakukan aktiviti ini dengan sihat dan bersemangat.Banyak lagi aplikasi yang disediakan di Play Store,mudah-mudahan Yas dan anda dapat hidup dengan budaya dan pemakanan yang sihat dizaman moden ini.
Gambar yang sempat Yas screen shot.

Aplikasi MapMyRun


I Lead,You Read.

No comments: