28 October 2015

The First MMA Fighter Langkawi(Amateur) F3 Championship 2015

Assalamualaikum

Maaf dengan kelewatan mengupdate blog selama 7 bulan,dan kini Yas kembali mengupdate.Alhamdulillah Yas masih sihat dan masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis blog dan menikmati kehidupan berumahtangga(sorry u all's lupa nak habaq).Kini lagi lah sibuk dengan hal kehidupan Yas,jika diizinkan Allah yas akan update blog dari masa ke semasa.

Alhamdulillah syukur tak terkata,Yas sudah berumah tangga pada 31/5/2015 baru-baru ini dan juga menjadi MMA Fighter Amateur,ya impian Yas sudah tercapai untuk menjadi MMA Fighter malah menjadi suami orang.Terima kasih yang tak terhingga kepada maha pencipta Allah S.W.T ,emak,isteri,sahabat,guru,pelatih,peminat blogger,adik beradik yang sentiasa memberi semangat & sokongan pada Yas.Terima kasih juga pada maksu,conerman Yasser,Pak Long Miki,En.Marzuki,Fighter Lekir Shah Alam,Trainer Lekir En.Muhd Munzir Mustapha,UITM Volunteer F3 Event yang sudi membantu mahupun memberi sokongan dan tunjuk ajar.

Kini Yas di kategori MMA Amateur dalam F3 Championship (Flyweight) dan Yas orang pertama ke MMA Amateur dari Langkawi,walaupun Yas kalah dengan pesaing dari Monarchy MMA iaitu Ferdaus Gaban,namun Yas tetap kan teruskan latihan yang lebih serius dan tak akan berundur.Kalah menang adat pemainan dan masih boleh usaha ke hadapan,banyak lagi perlu Yas pelajari teknik bela diri dalam sangkar/ring MMA.




Medical Checkup

Medical Checkup


I Lead,You Read.


10 February 2015

Basic Punch / Tumbukan Asas

Assalamualaikum


Sebelum Anda Mula

Berikut adalah beberapa peralatan yang diperlukan untuk sesi menumbuk beg senaman(Punching Beg):

1-Gunakan punching beg kulit yang berkualiti.
2-Sepasang sarung tangan (Tinju,Muay Thai,TaeKwon-Do atau MMA) 
3-Pembalut pergelangan tangan / pembalut tangan.

Polycanvas beg berat(Polycanves Heavy Beg
) adalah ideal untuk orang yang baru belajar. Sebelum korang memulakan latihan korang,adalah penting untuk memastikan bahawa beg berat berada pada kedudukan yang betul. Selepas korang menggantung beg menumbuk dari siling, pastikan pendakap swivel dalam keadaaan kuat,kemas dan berada pada ketinggian yang selesa.



Di atas adalah  Leather Bag 


Vinyl punching bag




 TaeKwon-Do ITF Glove
 Muay Thai Glove


Boxing Glove

MMA Glove




Korang perlu memakai sepasang seluar  senaman(track suit) atau seluar Seni Mempertahanankan Diri korang dan jaket tanpa lengan (supaya korang selesa, dan tangan korang mempunyai kebebasan maksimum pergerakan). Balut tangan dengan menggunakan balutan tangan atau jalur pembalut. 



Untuk langkah tambahan, menggunakan balutan pergelangan tangan atau pita pergelangan tangan supaya korang tidak sengaja terseliuh pergelangan tangan korang. Akhir sekali, memakai sarung tangan menumbuk dan mengikat mereka dengan selamat.



Jenis-Jenis Tebukan

Ia adalah sangat penting untuk mengetahui gaya yang berbeza dari menumbuk sebelum korang mula. Mengetahui jenis-jenis ini akan memberikan korang pemahaman yang lebih baik mengenai senaman.

Jab: jab adalah tumbukan garis lurus cepat, ia tidak perlu dilaksanakan dengan kekuatan.Apabila korang tumbuk tangan kiri (Jab) kemudian korang perlu terus menumbuk tangan kanan kerana tangan kiri hanya sebagai acah(tumbukan menipu kearah pihak lawan)

Cross(Tumbuk Silang): Sama seperti tumbukan Jab,tumbukkan silang dilaksanakan dengan lebih kuasa dan biasanya dihantar dengan tangan yang kuat korang (kanan jika korang adalah tangan kanan). Ia melibatkan penggunaan pinggang untuk kuasa maksimum.



Uppercut(Cangkuk dari bawah ke atas):Tumbukan
 ini dihantar secara menegak.Tumbukan ini bermula dari bawah,mengambil momentum dan terus tumbuk keatas. Seseorang itu perlu berhati-hati dengan menyampaikan tumbukan jenis ini kerana terdapat risiko kecederaan pergelangan tangan.



Hook(Cangkuk):Tumbukan ini melibatkan perubahan tangan untuk memukul sisi beg/musuh/pihak lawan ketika menumbuk.

Menggunakan kombinasi tumbukan ini akan memastikan setiap otot korang di bahagian atas bahagian pinggang bergerak.

Fighting Stance(kekuda berlawan)

Orthodox Stance=kaki kiri dihadapan tangan kanan yang memberi tumbukan yang kuat.
Southpaw Stance=kaki kanan dihadapan 
tangan kiri yang memberi tumbukan yang kuat.




Gambar rajah ini dapat membantu korang memahami dengan lebih terperinci.


I Lead,You Read.

02 February 2015

Aplikasi Fitness Dapat Memberi Semangat!

Assalamualaikum

Kini zaman ke arah tahun 2020 dan generasi yang baru lahir akan menempuh pelbagai alat komunikasi yang canggih sehingga memberi impak keburukan walau adanya kebaikan.Telefon bimbit kini semakin canggih sehingga Yas juga terikut-ikut budaya menukar  telefon yang lebih canggih.

Dengan kesempatan ini Yas ingin berkongsi aplikasi(Application) telefon yang menjadi pembakar/pemberi semangat untuk Yas terus melakukan aktiviti sihat.Satu aplikasi yang Yas ingin kongsikan ialah MapMyRun,aplikasi ini di gunakan pada sesiapa yang meminati joging di waktu pagi atau petang.Aplikasi ini menyediakan maklumat tentang jarak kita berlari melalui peta,jarak Km/j,masa,bacaan degepan jantung dan maklumat kalori yang sudah kita bakar.Aplikasi ini sangat membantu para pengguna pelari atau berbasikal juga yang dikenali sebagai MapMyRide.Aplikasi ini memerlukan GPS agar dapat ikuti jejak kemana anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Yas percaya dengan adanya aplikasi ini,rakyat Malaysia dapat bergerak dan melakukan aktiviti ini dengan sihat dan bersemangat.Banyak lagi aplikasi yang disediakan di Play Store,mudah-mudahan Yas dan anda dapat hidup dengan budaya dan pemakanan yang sihat dizaman moden ini.
Gambar yang sempat Yas screen shot.

Aplikasi MapMyRun


I Lead,You Read.

11 January 2015

Cuti Sudah Habis Bro-Lets Train & Keep Going

Assalamualaikum

Kini telah memasuki tahun baru 2015 lagi 5 tahun akan menjadi tahun 2020,mudah-mudahan kita semua dipanjangkan umur oleh Allah agar kita terus melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilanarang oleh-Nya.

Alhamdulillah Yas masih lagi meneruskan kerjaya Yas sebagai full time Trainer/Coach.Banyak pelangcong luar negara dan pelangcong tempatang yang datang ke Myy Martial Arts Studio Yas untuk berlatih.Banyak juga yang Yas perolehi dari mereka dari segi ilmu melancong/travel dengan cara yang safe bajet dari satu negara ke satu negara dan dapat juga buka mata dan minda Yas untuk travel dalam masa sama berlatih seni mempertahankan diri yang lain seperti melancong ke Brazil dan berlatih bersama Keluarga Gracie iaitu seni Brazilian Jiu-Jitsu.

Sekarang masa untuk Yas bergerak ke negara jiran untuk melancong bersama sahabat dan dari situ terus mengumpul ilmu dan pengalaman selagi diberi nafas Insha-Allah.Masa kian berlalu,mudah-mudahan kita semua terus berusaha agar kita mencapai kejayaan yang diinginkan di tahun baru ini dengan memperoleh cara yang baik jika di izinkan oleh Allah.

Ayuh semua rakyat Malaysia,pembaca blog Yas yang tegar dan semuanya agar kita bangkit dan mulakan langkah untuk apa yang dininginkan,'Kurus kan badan,berjaya dalam pembelajaran,sukan dan sebagainya.Ayuh semua!

Student Yas bersama Jarrod.

Bersama student Yas,Brian.

Bersama Eagle Team Lgk Demo Junior & Senior.

MMA Fighter Jarrod Jenkins from Sydney.

I Lead You Read.Myy