07 January 2013

‎"Yas92 ITF Project 2013"

Assalamualaikum

‎"Yas92 ITF Project 2013"  hah tahu kah anda tentang Project tersebut? Ok,terus terang Yas habaq kat hampa semua pasal Project ni ok.Project yang diberi nama ‎"Yas92 ITF Project 2013"  adalah salah satu Video Trailer dan latihan dari Yas,apa yang nak Yas sampaikan ialah ramai pelatih berlatih Taekwondo ITF tetapi tak tahu apa nak buat atau apabila musuh datang mengganggu,hanya tumbuk dan tendang tangkis saja.Hah! actually salah,dalam Project yang yas buat ni akan tunjuk cara bagai mana nak elak,menumbuk,menangkis,menendang cara ITF atau cara kita mepelajari Pattern Itf ketika dalam latihan.

Dalam project tersebut ada teknik tangkisan dan mengunci dalam ITF,dan Yas akan masukkan dalam Project tersebut.Dengan Project tersebut,sedikit sebanyak Yas dapat menarik ramai pelatih baru tak kira usia untuk bersama Yas dan berlatih sampai mendapat atau bergelar Black Belt.So,itu lah sedikit sebanyak tentang ‎"Yas92 ITF Project 2013" .

I lead You Read.

06 January 2013

Terima Kasih (Thank You)

Assalamualaikum


Cover depan Majalah ni lah Blog Yas92 masuk kedalam Majalah Remaja pada 15/9/2012.Disebabkan blog Yas92 masok majalah,Yas dah berjaya buka kelas Taekwondo di tempat sendiri yang di beri nama MYY Martial Art dan MYY bermaksud Mohd Yastin Yazalli. Terima kasih yang tak terhingga terutama Crew Remaja,Family Yas,Sahabat yang tak henti-henti bagi semangat,pelatih-pelatih dan tak lupa pembaca setia blog Yas92.

Oh ya,kini Yas seorang Coach Taekwondo Langkawi,dan Yas mengajar di tiga buah sekolah iaitu SMK TUNKU PUTRA,Sk Temoyong dan Sk Ulu Melaka.Di tempat sendiri pun Yas ajar,memang best! dan Yas tak penah jemu melatih,berlatih dan berlatih sebab Taekwondo adalah salah satu kehidupan Yas. lagi sekali Yas mengucapkan berbilion TERIMA KASIH KEPADA CREW dan EDITOR MAJALAH REMAJA kerana memilih blog Yas pada 15/9/2012.

Ini dia blog Yas yg terpilih. best! Tq! dan yas hargai sangat-sangat

03 January 2013

10 Makanan Sumber Protein Tinggi Untuk Bina Otot:-


Assalamualaikum

1. Red Meat (Daging Merah)-kambing,Sapi.
2. White Meat (Daging Putih)-Ayam.
3. Fish (Ikan)
4. Susu dan produk olahannya
5. Telur
6. Ikan Teri (
7. Kedelai (Beans) Kacang Soya
8. Kacang-kacangan
9. Biji-bijian (Grains)
10. Polong-polongan (Peas)

10 jenis makanan berprotein tinggi tersebut dapat membina otot anda dengan cepat tetapi pandai-pandai la tukar menu makanan harian anda.Jangan lupa tambahkan sayur-sayuran dalam setiap makanan yang anda makan.So,jom sihat kan tubuh badan kita dengan makanan yang berkhasiat ini.

I lead,You read.

02 January 2013

Keburukan & Kebaikan Berbasikal

Assalamualaikum

Yas sentiasa berbasikal kemana sahaja,lagi pun berbasikal adalah kenderaan harian  bagi Yas.Sihat tubuh badan dah tentu dan paling best jimat kos kemana saja.

Kebaikan Berbasikal:-

  1. Menyihatkan tubuh badan.
  2. Menguatkan jantung,meningkatkan stamina.(Mengurangkan risiko  sakit jantung,strok dan lain-lain)
  3. Mengurangkan pencemaran alam.
  4. Jimat Kos.
  5. Menguatkan Otot punggung,paha,lutut,betis,buku lali.(Quads,Hamstring,Knee,Ankle,Butt,Calf)
Banyak lagi kelebihan berbasikal,kalau nak taip sure tak akan pernah habis punya,(hahah idea banyak)

Keburukkan Berbasikal:-
  1. Mati pucuk. (Yup,memang betul dan jangan laa selalu berbasikal dalam jangka masa yang lama seperti 1 hingga 5jam sehari)
  2. Berbasikal di bandar memberi kesan negatif. (Di bandar banyak pengguna menggunakan keretamlori,moto dan menyebabkan kita kurang bernafas dengan oksigen yang segar)
  3. Melemahkan otot dan tendon pada bahu,siku,pergelangan tangan pada jangka masa panjang.
  4. Sakit pinggang, dan juga leher di sebabkan menunggang basikal jangka masa panjang.
Di harapkan anda faham dan jangan lah takut untuk berbasikal.Bagi Yas,berbasikal  80% adalah positif jika kita pandai menggukannya dan fikir positif selali yaa...

Berikut adalah peralatan yang anda perlu:-

Helmet

Glove

Baju keselamatan.(Pantul Cahaya)

Lampu depan & belakang

Break depan & belakang