23 July 2012

Solat @ Sembahyang Adalah Senaman Yang Paling Tenang



"Tahukah anda bahawa solat merupakan salah satu senaman yang berkesan dari segi Fizikal & Rohani,malah ia dapat menenangkan kita apabila kita solat Lima kali dalam sehari."

1.BERDIRI BETUL DAN TAKBIR
  Otot-otot akan berehat  dan bawah belakang dan kedua-dua kaki (Hamstring),kerana berdiri meluruskan tulang belakang dan kaki dan kedua-dua tidak membongkok atau terhimpit, ini memudahkan kelancaran darah berjalan dengan betul dan urat saraf pada posisi asal.
Sementara tumpuan mata ke tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu di dalam satu pusat konsentrasi dan sebarang ingatan,menjadikan ia rehat dan tenang.


2.RUKUK DAN IKTIDAL

Berperanan merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang peha (Hamstring) dan betis (Satorius,Radius Femoris,Vastus Laterlis,Vastus Medialis).Darah pula di pamkan ke atas badan.Kesan daripada pergerakan tersebut akan merehat kan otot perut dan buah pinggang.

Perbuatan berdiri iktidal dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk kedalam saluran urat asalnya.Lalu dapat merehatkan dan menghilangkan ketegangan ( release tension ).

3.SUJUD DAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Sujud pula membina otot perut dengan sempurna dan mengelak perut buncit.Menambahkan dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan khusunya  kepala,termasuk mata,telinga,hidung dan paru-paru.Dapat membersihkan pernafasan dan sisitem urat saraf.

Mengeluarkan mentol toxin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan, sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidanan keseluruh badan.kesan nya memberi keringanan kepada badan dan emosi.

Kesan lain dari sujud

-Mengurangkan tekanan darah tinggi.
-Menambahkan keanjalan sendi-sendi.
-Bagi wanita mengandung dapat membentulkan kedudukan janin di posisi yg sempurna.kesan rohani nya pulak..ia menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada ALLAH.

Perbuatan duduk antara dua sujud pula,apabila tumit kanan melentur dan di himpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, ia membantu mengeluarkan keracunan dari organ hati dan menggerakan tindakan otot pada usus besar.
Pada kaum wanita pula..mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas.Kesan nya memberi keselesaan dan kerehatan yg selesa.gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke arah ke bawah, memberi kelawasan pada pembuangan najis dan mengelak sembelit.


4.KESAN BACAAN DALAM SOLAT

Selain rukun perbuatan dalam solat,gerakan rukun bacaan juga memberi kesan merangsang hati,kelenjar tirod,kelenjar pineal,kelenjar pitunari,kelenjar adrenal dan paru-paru.

Harap anda sentiasa tidak berputus asa menunaikan Solat 5 waktu sehari sebagai hamba ALLAH.