09 January 2011

Tips Untuk Relax

“RELAX” sebenarnya adalah salah satu cara untuk kita (manusia) menghadapi sesuatu perkara yang boleh menerima atau pun tidak boleh menerima seperti saudara mara meninggal,putus cinta,takut untuk pergi temu duga,menjalani peperiksaan akhir tahun & sebagainya.

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk bagi orang yg beragama ISLAM
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk

sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan

mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini

bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan

secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

3) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak

yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita

melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

4) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat

diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan

hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

5)Mendengar Muzik yang digemari
Kebanyakannya ramai yang suka mendengar muzik ketika menghadapi masalah atau ketika bosan.Pada saya,mendengar muzik tidak salah asalkan tidak lebih (maksudnya lagu2 yg heavy metal membuatkan anak muda hari ini lupa diri).Jadi,muzik adalah perkara biasa pada dunia hari ini,malah dapat merehatkan minda kita.
6) Tarik Nafas
Tarik nafas dalam-dalam & lepas dengan perlahan  ketika melakukan apa-apa aktiviti agar diri kita dapat menempuh segala halangan.Contoh,anda seorang Pelatih Taekwondo pemegang tali pinggang hitam dan sedang menjalani peperiksaan teknik memusnah untuk mendapat kan level yang seterusnya.Pada masa itu anda ingin memecah kan objek seperti “BATA”,pada masa yang sama jantung berdenyut kencang,otak memikir kan yang negative dan positive.Jadi,hanya satu saja yang anada tahu,iaitu tarik nafas dan pecahkan.Sama jugak dengan apa yang kita lalui setiap hari,anda perlu tarik nafas dan lalui dengan tenang.


No comments: