11 June 2014

Ayuh Cegah Kes Ragut Bermula SEKARANG!

Assalamualaikum

Kini kes ragut semakin berleluasa di negara kita Malaysia,malah baru-baru ini di kawasan perkampungan Yas sendiri di rumah saudara-mara Yas.Kesilapan,kecuaian sentiasa berlaku oleh kita dengan diri kita tidak mahu mempelajari Seni Mempertahakan Diri,tidak mahu menghantar anak-anak ke Kelas Seni Mempertahankan Diri.Munkin bunag masa,wang ringgit pada mereka akan tetapi bila tiba kes ragut pada diri sendiri baru lah terfikir semua perkara.

Kes ragut berpunca kerana kesempitan wang,penagih Dadah yang mahukan wang untuk membeli Dadah,masalah keluarga dan sebagainya.Ini menyebabkan anak muda kita semakin lemah dengan berlakunya kes ragut.Pada Yas,kes ragut perlu pandang serius,berhati-hati,sentiasa pandang kiri-kanan,depan & belakang supaya KITA beri perhatian akan kawasan yang kita berada atau dimana jua kita berada.

Yas sebagai Penulis Blog Seni Bela Diri & Jurulatih mohon agar anda semua masuk lah dan pelajarilah mana-mana Seni Bela Diri tidak kira sama ada Silat,TaeKwon-Do,Karate,Muay Thai,Jiu-Jitsu dan bermacam lagi seni di muka bumi ini.Hantarlah anak-anak,terapkan anak anda dan anda dengan Seni Bela Diri.

I Lead,You Read.
        Myy

28 May 2014

Sejarah Muay Thai & Yas dalam mempelajari Muay Thai (Part 2)

Assalamualaikum

kali ini Yas berkesempatan untuk berkongsi kisah Yas dalam mempelajari Muay Chaiya dibawah generasi turun temurun oleh keluarga di sebelah mak yang berasal dari Thailand dan digelar panggilan keluarga "Nuikhaw".

Secara ringkas,pada umur 8 tahun Yas di paksa untuk berlatih Muay Thai (Chaiya) oleh keluarga Thai iaitu Pak San(Abg kepada mak Yas),pada masa tu memang tak minat langsung Muay Thai,Silat mahupun Taekwon-Do,sebabnya bosan dan buat saki sakit badan saja.Lama-kelamaan Yas di buli d sekolah rendah di Malaysia,pada saat tu lah mula bertanya pada mak tentang tradisi keluarga Muay Chaiya.Pada awal latihan memang di hentam,dipukul,di rendam dalam sungai dan lawan mengkat air di telaga rumah nenek.bagi Yas,latihan Muay Chaiya bukan main-main dan bukan semua oarang dapat menahan,tak seperti latihan Muay di negara kita Malaysia.

Secara ringkas Yas sedikit sebanyak dapat ilmu dari PakSan yang beliau warisi oleh Tok Sad dan Yas juga dapat berjumpa,berlatih 2 kali bersama Kru Praeng iaitu salah seorang Tok Guru Muay Chai yang masih aktif.Hingga kini Yas terbawa bawak seni Muay Chaiya dari "Nuikhaw Family" dan Yas juga di beri senjata tajam oleh Atok iaitu Tongkat bersenjata turun temurun.Pernah juga Aruah ayah Yas memberi keris,sesetengah Tok Guru Silat kata,sesiapa yang mendapat senjata turun temurun Belia akan berjaya dalam hidup dan menggantikan tempat sebagai Tok Guru Sesuatu Seni Bela Diri yang di pelajari.Wallahualam,Yas tak pasti tentang kata-kata tu tapi Yas pasti Yas sentiasa bersyukur kepada Allah sebab sentiasa diberi peluang untuk hidup dan terus memberi ilmu kepada generasi yang akan datang.


I Lead,You Read.