21 July 2012

Senaman Leher


Anda perlu melakukan senaman ini secara duduk / berdiri (badan tidak perlu bungkuk) di atas kerusi.Pastikan anda tidak mempunyai kesakitan pada leher sebelum melakukan senaman ini.

Pandang ke hadapan, perlahan-lahan menggerakkan kepala ke belakang sehingga anda melihat atas. Memegang / menahan selama 5-10 saat dan perlahan-lahan melepaskan gerakan tersebut.

Pandang ke hadapan, perlahan-lahan gerakkan kepala anda ke bawah.Pastikan badan anda tidak membongkuk. Tahan selama 5-10 saat dan perlahan-lahan berehat kembali sehingga bersedia melakukan semula.

Pandang anda ke kiri supaya dagu anda  sejajar dengan bahu kiri anda. Menolak sejauh yang anda boleh dan tahan selama 5-10 saat dan berehat.

Pandang  ke kanan supaya dagu anda sejajar dengan bahu kanan anda. Pergi sejauh yang anda boleh dan tahan selama 5-10 saat dan berehat.










                                                     *Model & Fotografi *= Abdul Rahim

19 November 2011

Jadual Makanan Untuk Seorang Ahli Taekwon-do

Tahukah anda bahawa makan adalah penting untuk manusia di dunia ini.Setiap makanan yang di ambil pasti memberi tenaga yang secukupnya,malah minuman juga perlu di pilih untuk menyegarkan badan

Jadual Untuk 1 Hari

7.00am-Makan buah-buahan(tidak kira jenis buah,pastikan setiap pagi anda bersarapan dengan buahbuahan)
           - Minuman(air masak/ air oren yg segar)

12.00-2.00pm-Nasi dan lauk yg mempunyai sayur-sayuran.(Ambil nasi dalam 1senduk)
                      -Minuman air masak/air sejuk.

6.00-7.00pm-Makan roti & Keju,makanan yg tanpa minyak seperti makanan yg di rebus.

Jadual di atas adalah makan yang perlu di ambil untuk setiap hari,tetapi perlu ada makanan yang lain seperti ikan,siput,udang tanpa minyak pada waktu tengah hari.

  • Elakkan makan roti canai atau nasi lemak di waktu pagi.
  • Pada waktu tengah hari,anda perlu bertukar-tukar menu anda,seperti hari Ahad(nasi,sayur& ikan)Isnin (nasi & sayur).Selasa(Nasi dan lauk ayam) dan hari-hari seterusnya.
  • Pada hujung minggu kita/anda di galakkan mengambil daging atau ayam yg berminyak sedikit.
  • Anda juga bijak mengambil makanan yg seimbang supaya bdan anda sentiasa cergas & MUDA.
  • Anda juga perlu di elakkan meminum minuman yg manis2,dan bnyak kan minum air masak,air jus buah-buahan.
  • Anda juga di galak kan minum teh daripada meminum kopi yg mempunyi (KAFFIN).
  • Pada waktu makan malam,anda boleh mengambil makanan seperti roti & keju,biskut yg mempunyai oat,bubur kacang.
Semoga anda hidup dengan badan yang sihat dan tanpa LEMAK.
                      SELAMAT MENCUBA.