29 September 2016

Muay Thai Tips

                            Assalamualaikum

1. Dalam latihan muaythai, sparring atau bergurau bebas tidak boleh dikecualikan.

2. Terdapat tiga jenis sparring, iaitu light sparring, technical sparring dan hard sparring.

3. Selepas berlatih dengan jurulatih, pelatih perlu mengasah semua teknik yang dipelajari dengan melakukan sparring.

4. Sparring boleh melatih sikap menyerang dan membela petinju di samping menguatkan otot, tulang dan mental.

5. Sebelum melakukan sparring, letakkan ego dan sifat amarah di tepi gelanggang.

6. Sparring bukan masa untuk membelasah rakan sepelatih atau junior.

7. Jika mahu berlawan dengan sebenar, gelanggang pertarungan tempatnya, bukannya di dalam gelanggang latihan.

8. Jika rakan sepelatih menyerang dengan tepat sehingga menyebabkan kesakitan, jangan cepat naik angin.

9. Susun semula strategi untuk menyerang balas.

10. Light sparring paling gemar dilakukan oleh nak muay selepas latihan punching bag dan pao.

11. Pelatih tidak memakai gloves atau alat perlindungan yang lain tetapi cuma dengan tangan kosong.

12. Teknik-teknik seperti tendang lurus (teep), sepak layang ke rusuk dan bergelut (clinching) antara teknik yang digunakan semasa light sparring.

13. Technical sparring pula lebih kepada latihan yang menekankan kepada teknik, bukannya pertembungan fizikal.

14. Pelatih memakai gloves bersaiz 12oz dan pelindung tulang keting.

15. Ada yang memakai alat perlindungan yang lengkap seperti petinju amatur.

16. Sebelum melakukan technical sparring, pilih rakan sparring yang lebih mahir supaya boleh membimbing pelatih yang masih baru.

17. Technical sparring boleh dilakukan dengan baik jika kedua-dua petinju sama-sama menyerang seolah-olah dalam pertarungan sebenar.

18. Technical sparring melatih pemasaan (timing), ketepatan (accuracy) dan kelajuan pergerakan (movement).

19. Hard sparring pula dilakukan oleh petinju beberapa hari sebelum pertarungan.

20. Hard sparring tidak digalakkan dibuat selalu kerana boleh menyebabkan kecederaan.

21. Di Thailand, nak muay tidak perlu melakukan hard sparring oleh sebab jangka masa pertandingan yang dekat, iaitu setiap 2 minggu.

22. 70-80% kekuatan digunakan semasa hard sparring.

23. Gloves bersaiz 16-20oz turut digunakan untuk mengurangkan impak kepada rakan pelatih.

24. Semua petinju yang bersedia untuk perlawanan akan mengelak daripada melakukan hard sparring dengan kerap kerana walaupun sedikit kecederaan akan merugikan mereka.

1st Fight 2016 (Pusaka)

                           Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah sekian lama tidak mengupdate blog Yas,kini ada sedikit masa lapang dan terdetik hati untuk menulis blog.Ya masih sihat dan gembira disamping bersama keluarga dan juga isteri tercinta.

Pada 26 & 27 Ogos 2016 Yas telah menyertai pertandingan Freestyle dibawah event Persatuan Seni Silat Gayong Pusaka dan juga Lekir Studio.Alhamdulillah syukur,Yas dapat tempat ke dua dalam kategory Bantamweight Freestyle fight.

Masih lagi perlu berlatih dan perbaiki kelemahan diri ini,di samping melatih para pelatih di serata Pulau Langkawi.Mohon pada anda juga agar berdoa supaya Yas sentiasa terus sihat untuk mengigati Allah & sentiasa sujud padaNya yang ☝,malah masih terus mengejar cita cita Yas sebagai seorang MMA Fighter Pro suatu hari nanti Insha Allah.





I Lead,You Read.