26 February 2014

Le Tour de Langkawi 2014

Assalamualaikum

Le Tour de Langkawi 2014 kini kembali menghangatkan kayuhan mereke di Pulau Langkawi dengan jarak yang jauh iaitu 101.1Km yang akan bermula pada Hari Khamis 17/2/2014 hingga 8/3/2014.Mempunyai 10 Stage.Stage 1 akan bermula di Pulau Langkawi iaitu Resort World Langkawi.

Dengan bangganya Yas akan ride sempena Le Tour de Langkawi 2014 ini serata Pulau Langkawi dengan FIXIE Yas.Walaupun kenderaan Yas hanyalah basikal FIXIE,ia tetap menyihatkan badan Yas dan safe bajet dari segi wang.



Pernah Yas mengayuh hampir-hampir ke Gunung Raya Langkawi,apa kan daya sampai ke Mardi Langkawi saja.

Suatu ketika dulu pada tahun 2013,kayuhan bersama rakan FIXIE

I Lead You Read.

24 February 2014

Sinopsis Drama "Jiwa" Lakonan Remy Ishak & Kamal Adli

Assalamualaikum

Kini ada drama aksi berkenaan Seni Mempertahankan Diri iaitu Muay Thai yang di kenali sebagai To Moi.Apa-apa pun nantikan drama ini di main kan  5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3


Menyusul selepas drama siri ‘Aku’ di slot Aksi, sebuah drama rantaian 14 episod berjudul ‘Jiwa’ terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Kamal AdliRemy Ishak, Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan dan Sheila Mambo. ‘Jiwa’ merupakan hasil garapan dua sutradara iaitu Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad (Labu) serta nukilan skrip oleh Fairul Nizam.
‘Jiwa’ mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.
Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.
Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.
Sementara itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam membesarkan Iskandar dan Jiwa.
Selain bersekolah, Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju yang hebat. Iskandar diajar dengan kekerasan kerana Alif tahu yang Iskandar mampu menerima latihan sebegitu rupa. Manakala, latihan Jiwa lebih kepada memantapkan kejantannya.
Zulaikha menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu. Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar lebih jaguh daripada Jiwa.
Apabila semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul. Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa. Hubungannya dengan Fara cuma sebagai kawan rapat.
Pada masa yang sama, Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu, hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.
Ketika pertandingan, Iskandar dan Jiwa bertarung dengan lawan masing-masing. Mereka mara ke pusingan akhir. Pertarungan dua beradik ini berlangsung dengan sengit. Iskandar membelasah Jiwa tanpa belas kasihan. Jiwa cedera parah sehingga tangannya patah. Semua orang terkejut dengan perlakukan Iskandar yang mengganas. Pada akhir pertandingan, Iskandar telah disingkirkan daripada pertandingan dan Jiwa dinobatkan sebagai juara. Jiwa dikejarkan ke hospital.
Setibanya di rumah, Alif terus membelasah Iskandar dengan begitu teruk sekali. Mastura cuba menghalang tetapi dengan tidak sengaja Alif telah menyiku Mastura sehingga dia terpelanting melanggar dinding dan mengakibat berlaku pendarahan otak. Alif tergamam dan berhenti membelasah serta-merta.


Masturi mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu, Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.
Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Saksikan drama siri ‘Jiwa’ di slot Aksi menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak dan Faizal Hussein mulai 5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3!
‘Jiwa’ juga boleh disaksikan menerusi portal video Tonton. Pendaftaran di Tonton adalah percuma dan kandungan video boleh ditonton di komputer, tablet atau telefon pintar anda!
I Lead,You Read.

15 February 2014

Aplikasi Kesihatan Yang Di Cipta & Ada Dalam Talipun Bimbit Yang Canggih

Assalamualaikum

Kini dunia semakin canggih dengan adanya telefon bimbit yang bermacam-macam model yang di reka kepada pengguna.Maka,Yas sebagai Instructor Martial Arts & Fitness Trainer ingin mengesyorkan anda supaya mendownload dan korbankan wang dengan Aplikasi dari Android seperti:

On Track Diabetes
Cardiograph
Reflexology
Speed Anatomy
Medscape

Dan macam-macam lagi lah kalau Yas nak menaip semua nama-nama Aplikasi kesihatan nih,Aplikasi yang di cipta nih semuanya berguna untuk kita dari segi jogging berapa jauh dan berapa kalori yang dibakar,selain itu Aplikasi Seat Up(Senaman Perut) dari segi berapa kali kita buat Seat Ups dan berpuluh-puluh lagi Aplikasi yang di sediakan.So,ayuhlah generasiKu dari muda hingga tua beralih ke budaya hidup cergas.

Aplikasi unutk Joging

Aplikasi dari segi hari dan masa yang kita set untuk bersenam.


Endomondo Sports Tracker

Instant Heart Rate Pro
BMI Calculator

So,korbankan wang untuk membeli dan mendownload Aplikasi seperti di atas ini supaya hidup kita sihat dengan bersenam dan adanya Aplikasi ni.

I Lead,You Read.

13 February 2014

Persediaan Rapi

Assalamualaikum

Kini Yas dan Eagle Team Langkawi (ETL) dalam persediaan untuk membuat kejutan dengan persembahan kami dengan beberapa event seperti persembahan untuk Pertandingan TaeKwon-Do ITF Langkawi,Ulang Tahun Eagle Team,Ulang Tahun Myy Martial Art Studio,Hari Sukan Sekolah Di Langkawi,Hari Kemerdekaan dan sesi  penggambaran video seperti K-Tigers.

Insya-Allah dengan bantuan dari Penasihat dan Jurulatih kami Capt.Rosly Ahmad dan beberapa Master,akan kami membuat persembahan yang sangat berlainan dan memaparkan persembahan yang benar-benar berlaku dari aspek pemecahan objek,adengan lawan dan sebagainya.Nantikan Yas & Eagle Team Langkawi.
Nantikan juga Yas dalam Dokumentari tentang Yas dengan bantuan Mfay,Azmi dan beberapa lagi pelatih dan Penasihat.

"Terima Kasih Kerana Menjemput Kami"

Assalamualaikum


Terima Kasih dari Yas kepada Azminizam Sekeluarga kerana menjemput Yas & Mohammad Firdaus untuk makan malam bersama yang bertempat di Hotel Frangipani.Satu penghormatan bagi Yas apabila menjemput dan makan malam atau makan tengah hari bersama.Moga persahabatan antara kita akan sentiasa berterusan hingga hujung nyawa.
Yas

Mfay

Azmi