03 December 2014

Train Them

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi dapat Yas meneruskan hidup dan dipanjangkan umur oleh Allah.Ya,kini semakin ramai pelatih/client datang berlatih di tempat latihan Yas di Myy Martial Arts Studio Langkawi.Mereka amat meminati dan ingin mempelajari Muay Thai dan alhamdulillah mereka berjaya berlatih dan mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit.

Yas juga berbangga dan gembira adanya mereka untuk Yas meneruskan menjadi Kru(Coach).Diharapkan mereka terus berlatih dan ke arah budaya gaya gidup cergas!




Seat Up yang dilakukan oleh client Yas..

Akak yang datang train tiap petang.


Push up yang menjadi rutin para pelatih Muay Thai sedunia,

Diharapkan juga anda pembaca blog Yas dapat datang dan berlatih bersama Yas jika di izinkan oleh Allah,Keep fit,healthy & happy.

I Lead You Read.Myy

30 October 2014

Go Hard Or Go Home!

Assalamualaikum

Detik demi detik,tahun Islam(Hijrah) telah pun berlalu dengan pantas.Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup dan terus melakukan ibadah dan tugas duniawi tanpa henti.

Go hard or go home tajuknya,di tujukan pada Yas dan kepada semua yang aktif dalam sukan mahupun bersenam untuk kearah menurunkan berat badan.Simple,jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu,cari cara unutk meningkatkan semangat anda contohnya seperti Yas;Sediakn MP3 bersama lagu Techno,bg Yas dengan cara itu dapat Yas push hard ke satu limit yang Yas sendiri tak pernah capai.Dari situ kita terus maju kehadapan,itu di kira sebagai Go hard/train hard.Jika anda pilih Go Home,anda mungkin dikira sebagai gagal,maksudnya anda sedang melakukan senaman Push Up sebanyak 50 repitasi,tetapi anda berjaya melakukan hanya 45 dan adna mengalah tanpa memaksa diri meraih kejayaan,itu di kira Go Home.So,keep it go!

Kini Yas sedang melatih dan dilatih ke satu tahan lepbih Professional dengan bantuan pengarah lakonan Malaysia dan juga Yas diberi tugas untuk train ke arah lebih mendalamn kepada Pro Student.Alhamdulillah rezeki semakin bertambah,aktiviti harian Yas pun masih lagi dapat dinikmati dan diteruskan hingga kini.

Yas mungkin dah bertahun dalam menulis blog,kadang-kala Yas terasa yang Yas masih lagi mempunyai ilmu dalam bidang blogger yang sangat rendah,namun adanya pembaca blog,parents,sahabat,dan org yang tersayang yang selalu support akan membuatkan yas berada dihadapan PC untuk menaip segala apa yang ingin di sampaikan,malah Yas cuba mempamerkan Video di You Tube,Fb Fans Page & Instagram untuk memudahkan anda mempelajari tekni Seni Bela Diri & Kesihatan.

Yas juga bukan Personal Instructor yang bertauliah akan tetapi Yas lalui sendiri,kaji sendiri untuk menguruskan berat badan mengikut fasa -fasa tertentu.Hingga kini berat badan Yas sudah menurun dengan mendadak di sebabkan penjagaan makanan,sentiasa jogging,berbasikal,berlatih.melatih dan yang terbaru Yas kembali berjinak dalam sukan renang(berenang).

Diharapkan apa yang Yas cuba sampai kan kepada anda dapat memberi semangat kepada anda agar anda terus menjaga kesihatan,sentiasa melakukan aktiviti yang menggerakkan badan.

I Lead,You Read.

13 October 2014

Kesibukan Diri Dengan Aktiviti Cergas Sepanjang Hari Ku

Assalamualaikum

Sudah 5 bulan Yas meninggalkan blog ini disebabkan kesibukkan diri dengan aktiviti harian dan juga aktiviti sukan.Anda pembaca blog Yas bagaimana,sihat?Masih melakukan kativiti bersukan dan menjaga pemakanan yang sihat?

Selepas saja sebulan berpuasa dan raya terus kesibukan latihan Taekwon-Do bersama pelatih di Langkawi dan secara tidak di duga Yas aktif kembali dengan berbasikal dan Yas menyertai Team berbasikal Gerekkers Langkawi Cyclist Community(GLCC) selama 3 bulan then keluar dari team tersebut dengan membawa diri ke arah Solo ride.Dalam pada masa yang sama,sebelum Yas keluar dari team tersebut,Yas sempat bersama mereka dan join Iron Man Volunteer sebagai penjaga riders/peserta Iron Man 2014 selama 2 hari.Hingga kini Yas masih kesibukkan dengan kerja harian,bersukan,dan sibuk dengan persiapan pertunangan pada bulan 12.Insha Allah jika tiada apa halangan.

Ini lah kehidupan Yas,sibuk dengan aktiviti harian,dalam masa yang sama sibuk dengan bermacam jenis aktiviti kecergasan seperti Seni Mempertahankan Diri,jogging,berbasikal,berenang dan Calisthenic workout.
Insha Allah dari masa ke semasa Yas akan mengupdate blog ini.

At Pantai Pasir Hitam

Dataran Helang with GLCC

Restoren Nasi Kandar Tomato

Iron Man 2014 Langkawi
GLCC with Singapore Riders


with My team GLCC

Terasa dunia berbasikal dalam diri Yas

I Lead,You Read.

11 June 2014

Ayuh Cegah Kes Ragut Bermula SEKARANG!

Assalamualaikum

Kini kes ragut semakin berleluasa di negara kita Malaysia,malah baru-baru ini di kawasan perkampungan Yas sendiri di rumah saudara-mara Yas.Kesilapan,kecuaian sentiasa berlaku oleh kita dengan diri kita tidak mahu mempelajari Seni Mempertahakan Diri,tidak mahu menghantar anak-anak ke Kelas Seni Mempertahankan Diri.Munkin bunag masa,wang ringgit pada mereka akan tetapi bila tiba kes ragut pada diri sendiri baru lah terfikir semua perkara.

Kes ragut berpunca kerana kesempitan wang,penagih Dadah yang mahukan wang untuk membeli Dadah,masalah keluarga dan sebagainya.Ini menyebabkan anak muda kita semakin lemah dengan berlakunya kes ragut.Pada Yas,kes ragut perlu pandang serius,berhati-hati,sentiasa pandang kiri-kanan,depan & belakang supaya KITA beri perhatian akan kawasan yang kita berada atau dimana jua kita berada.

Yas sebagai Penulis Blog Seni Bela Diri & Jurulatih mohon agar anda semua masuk lah dan pelajarilah mana-mana Seni Bela Diri tidak kira sama ada Silat,TaeKwon-Do,Karate,Muay Thai,Jiu-Jitsu dan bermacam lagi seni di muka bumi ini.Hantarlah anak-anak,terapkan anak anda dan anda dengan Seni Bela Diri.

I Lead,You Read.
        Myy

28 May 2014

Sejarah Muay Thai & Yas dalam mempelajari Muay Thai (Part 2)

Assalamualaikum

kali ini Yas berkesempatan untuk berkongsi kisah Yas dalam mempelajari Muay Chaiya dibawah generasi turun temurun oleh keluarga di sebelah mak yang berasal dari Thailand dan digelar panggilan keluarga "Nuikhaw".

Secara ringkas,pada umur 8 tahun Yas di paksa untuk berlatih Muay Thai (Chaiya) oleh keluarga Thai iaitu Pak San(Abg kepada mak Yas),pada masa tu memang tak minat langsung Muay Thai,Silat mahupun Taekwon-Do,sebabnya bosan dan buat saki sakit badan saja.Lama-kelamaan Yas di buli d sekolah rendah di Malaysia,pada saat tu lah mula bertanya pada mak tentang tradisi keluarga Muay Chaiya.Pada awal latihan memang di hentam,dipukul,di rendam dalam sungai dan lawan mengkat air di telaga rumah nenek.bagi Yas,latihan Muay Chaiya bukan main-main dan bukan semua oarang dapat menahan,tak seperti latihan Muay di negara kita Malaysia.

Secara ringkas Yas sedikit sebanyak dapat ilmu dari PakSan yang beliau warisi oleh Tok Sad dan Yas juga dapat berjumpa,berlatih 2 kali bersama Kru Praeng iaitu salah seorang Tok Guru Muay Chai yang masih aktif.Hingga kini Yas terbawa bawak seni Muay Chaiya dari "Nuikhaw Family" dan Yas juga di beri senjata tajam oleh Atok iaitu Tongkat bersenjata turun temurun.Pernah juga Aruah ayah Yas memberi keris,sesetengah Tok Guru Silat kata,sesiapa yang mendapat senjata turun temurun Belia akan berjaya dalam hidup dan menggantikan tempat sebagai Tok Guru Sesuatu Seni Bela Diri yang di pelajari.Wallahualam,Yas tak pasti tentang kata-kata tu tapi Yas pasti Yas sentiasa bersyukur kepada Allah sebab sentiasa diberi peluang untuk hidup dan terus memberi ilmu kepada generasi yang akan datang.


I Lead,You Read.

Sejarah Muay Thai & Yas dalam mempelajari Muay Thai (Part 1)

Assalamualaikum

Muay Thai (Thai: มวยไทย, RTGS: Muai Thai, AFA: [muɛ̄j tʰɑ̄j],diterangkan. Boxing Thai) ialah satu bentuk seni mempertahankan diri keras diamalkan dalam bahagian-bahagian besar dunia,termasuk Thailand dan negara-negara dari Asia Tenggara lain. Seniialah sebagaimana lainnya di Asia Tenggara seperti: pradal serey di Kemboja, lethwei di Myanmar, tomoi di Malaysia dan Laos tinju di Laos. Muay Thai mempunyai satu sejarah yang lama di Thailand dan ialah sukan nasional negara. Muay Thai tradisional berlatih hari iniberbeza-beza nyata sekali dari kebudayaan lama muay boran danmenggunakan sepakan dan tumbukan dalam sesebuah kumpulandengan sarung-sarung tangan sebagai mana yang menggunakan dalam tinju Barat.

Muay Thai dikenali sebagai “The Art of Eight Limbs”, sebagai tangan,tulang kering, siku , dan lutut semua merupakan digunakan dengan meluas dalam seni ini. Seorang pengamal Muay Thai (“Nak Muay”) demikian ada keupayaan melaksanakan serangan menggunakan lapan senjata badan,” berbanding dengan “dua mata” (penumbuk) dalam tinju Barat dan “empat mata” (penumbuk, kaki) digunakan dalam terutamanya sukan berorientasikan borang-borang pencak. Seorang pengamal Muay Thai yang ialah bukan tentang kewarga negaraan Thai atau perlumbaan, dikenali sebagai satu Falang Nak Muay (petinju asing).

Sejarah:
Pelbagai bentuk kick boxing telah lama diamalkan sepanjang Asia Tenggara. Seperti kebanyakan negara di rantau ini, budaya Thai sangat dipengaruhi oleh tamadun lama dalam Asia Tenggara. Asal Muay Thai tidak jelas. Satu teori adalah ia ada dengan orang Taisebelum imigresen Tai ke Asia Tenggara dari China. Satu lagi adalah ia telah diterima dan diubah suai dari pencak orang Khmer apabila budaya Thai di pengaruhi oleh budaya orang Khmer. Suatu teori ketiga adalah sedikit dari kedua-dua teori kedua dan pertamaterjadi. Muay Thai berkembang dari nenek moyangnya Muay Boran (“tinju purba”), satu pertarungan tiada bersenjata diguna pakai askar-askar Siam sempena Krabi Krabong. Terdapat satu ungkapantentang Muay Boran yang negeri-negeri, “Punch Korat, Wit Lopburi, Posture Chaiya, Faster Thasao. (หมัดหนักโคราช ฉลาดลพบุรี ท่าดีไชยา ไวกว่าท่าเสา)”.

Serta meneruskan untuk fungsi sebagai teknik pergaduhan praktikal untuk penggunaan dalam peperangan sebenar, Muay Thai menjadi satu sukan di mana penentang-penentang bergaduh di depan penonton-penonton yang pergi menonton untuk hiburan. Peraduan-peraduan muay begini beransur-ansur menjadi satu sebahagian daripada pesta-pesta tempatan yang penting dan perayaan-perayaan, terutama yang memegang di kuil. Ia malahan digunakan kerana ini adalah hiburan untuk raja-raja.

Akhirnya, dahulu terdedah penumbuk pejuang-pejuang mula memakai panjang tali membungkus sekitar tangan dan lengan bawah mereka. Jenis ini perlawanan telah dipanggil muay kaad chuek (มวยคาดเชือก)/(Wrist Wrap/Pembalut Tangan).

Royal Muay:
Muay beransur-ansur menjadi satu cara-cara yang boleh kemajuan diri apabila bangsawan/bangsa asing semakin menghormati pengamal-pengamal mahir seni dan menjemput pejuang-pejuang terpilih datang untuk hidup dalam istana Diraja mengajar muay bagi kakitangan keluarga diraja, pengawal-pengawal peribadi askar-askar, puteri atau raja.“Muay diraja telah dipanggil Muay Luang (มวยหลวง).


I Lead,You Read.