26 December 2013

Nak Menang iPad Mini 2? Khas kepada kaki Blogger.

Assalamualaikum

Nak Menang iPad Mini 2? Register blog di laman Salam Media sebelum 31 Disember 2013!

http://salammedia.my/

Ya Allah! bestnya kalau dapat Ipad Mini 2.Boleh berblogging hari-hari,tambahkan pula kaki berbolg nih! Memang padan lah.

SALAM MEDIA 

Salam Media adalah Agensi Pemasaran Islam. Ia adalah satu platform pengiklanan perintis Islam untuk semua pengguna media sosial di seluruh global. Sekarang semua orang  boleh menyertai Media Salam ini sebagai sebahagian daripada komuniti media sosial.

SALAM MEDIA adalah media sosial terbaik di mana kita berasa bebas untuk berkongsi segala-galanya semua dalam satu di bawah di reka bentuk yang terbaik, sejuk dan menyeronokkan!


Relax,Cool,Take a deep breath,enjoy Allah creation.

Assalamualaikum

Post yang lepas mengenai persiapan Yas tentang Myy Studio dan juga Seni Bela Diri baru yang Yas pelajari iaitu Jiu-Jitsu.Post kali ini mengenai santai,nikmati kejadian Allah,bersyukur apa yang ada.

Kini Yas masih lagi berstatus bujang,jadi Yas nikmati kehidupan zaman bujang.Apa yang Yas nak sampaikan ialah jadi lah diri sendiri,sentiasa peka dalam semua hal,dalam masa yang sama santai kan diri dengan cara yang positif.Ramai remaja bujang seperti Yas masih tiada prinsip hidup dimana suka enjoy kehidupan ke arah negativ seperti merempit,mengambil minuman keras di kelab malam,menghabiskan masa dan wang ke arah yang buruk.Ayuh generasiku bangkit/bangun,sedarkan diri dari tidur dan jangan bermimpi.

Manusia sentiasa lalai dalam kehidupan,diharapkan semua remaja termasuk Yas peka dalam semua keadaan terutama yang dah berkerjaya dan ingin berkahwin,dekatilah Allah dan rajin-rajin lah solat atau ke Masjid supaya kita sentiasa bersyukur apa yang ada.Allah memberikan bermacam dugaan,apabila jatuh baru kita mencari Allah dan menunaikan solat.Kepada remaja yang sudah berkerjaya/bekerja sila simpan duit untuk masa depan dan sentiasa menggunakan wang yang jimat cermat.

Di zaman persekolahan Yas sentiasa boros,mak ayah bagi duit Yas menggunakan wang dengan begitu cepat habis.Kini sudah bekerja,hah! ambik kau duit sendiri semua sendiri,so dari situ Yas sedar yang kita perlu sentiasa berjimat cermat.Alhamdulillah Yas semakin hari semakin gembira dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan selama Yas bekerja.Dengan cara bersyukur Yas dapat menikmati rezeki ini sehingga ke hari ini dengan tiasa masalah.

Sekarang,Yas enjoy dengan zaman bujang dengan cara Yas.Bangun solat subuh,joging dan berlatih seni bela diri di Studio Yas,buat sarapan yang berkhasiat,membuat kajian tentang Seni Bela Diri di rumah,then terus makan tengah hari dan seterusnya...




Di hujung minggu Yas akan ke pasar atau Mini Market membeli barang dapur untuk memasak,haa! Yas suka masak makanan yang simple ala-ala bujang gituh.Shoping sakan laa bab makanan berkhasiat nih,semua ada seperti gambaq hat baawah tuh ha.

Ni lah kehipuan Yas,sentiasa cool,santai ja dan nikmati sambil bersyukur segala nikmat yang Allah berikan.Diharapkan remaja di luar sana juga seperti Yas tak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai rumah sendiri.

Ohh yaa,nak habaq kat Pulau Langkawi tak dak Subway Restaurant,Yas suka makan makanan di Subway.Kalau boleh hari-hari roti saja.


Usha gambaq pun dah keluaq ayaq lioq(keluar air liur bila tngok)

I Lead You Read.






22 December 2013

New Spirit,New Routine,New Move & Lots Of NEW

Assalamualaikum

Kini Yas masih lagi dalam persiapan MYY STUDIO dalam masa yang sama Yas sedang mempelajari Seni Mempertahankan Diri iaitu Jiu Jitsu dari Jepun.Seni ini sangat unik dan teknik yang sangat susah untuk di pelajari.Jiu Jitsu mempunyai fleksibiliti dan kekuatan.Ia juga dikenali sebagai  sukan pertempuran, dan sistem pertahanan diri yang memberi tumpuan kepada bergelut (grappling) dan berjuang terutamanya di atas tanah(Ground).Sedikit sebanyak Yas dah mahir tekni Arm Lock,Leg Log,Knee Log,Alhamdulillah dengan bantuan sahabat dan juga Sensei,Yas dapat lah berjuang di gelanggang MMA satu hari nanti.







Pada pendapat Yas,tak salah jika kita belajar banyak jenis Seni Mempertahankan Diri sebab seni ini dapat membantu kita dari segi keselamatan,kesihatan,disiplin dalam Seni bela diri.Ayuh semua belajar Seni Bela Diri.

I Lead You Read.

04 December 2013

Degree In M.A(Martial Art) hingga ke Phd In M.A(Martial Art)

Assalamualaikum

안녕하세요(Annyeonghaseyo),hi semua pembaca blog yang tak pernah jemu membaca blog Yas yang tak seberapa ini.Kini Yas sangat sibuk dengan melatih pelatih di Myy Studio dan meperbaiki kawasan Myy Studio.Memang tak menang tangan la bila si bujang sibuk dengan tugas macam nih,maklumlah penulis blog yang sibuk sepenuh masa tanpa buang masa seperti remaja lain(perasan!).

Ok lets talk about Degree In Martial Art,Open Martial Arts Academy (APAC) yang terletak di Kuala Lumpur,Jalan Medan dan ini link website Universiti Martial Art  http://www.apacuniversity.com.Secara ringkas Yas nak daftarkan diri ke University ni dan ingin mendapatkan gelaran sebagai Dr.M.A(Martial Art).Bagi Yas penting sebab Yas memang minat dalam bidang Seni Bela Diri ini sejak Yas berumur 10tahun,tapi Yas perlu ambil Degree dan seterusnya Phd.Yas tak perlu lagi ambil Diploma sebab pangkat dalam TaeKwon-Do ITF Yas sudah memadai yang Yas layak mengambil Degree kata salah seorang dari Dr.Martial Art yang baru saja tamat pengajiannya baru-baru ni.Yas harap Yas dapat masuk ke bidang ni dan seterusnya beralih ke Sukan MMA Malaysia,Insya Allah...Doa kan Yas supaya dapat ke University ni.


I Lead,You Read.

02 December 2013

Busy day,Before & After Accident

Assalamualaikum

안녕하세요(Annyeonghaseyo),to all my blog readers.Maaf Yas tak update blog beberapa minggu ni sebab baru-baru ni Yas mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke kelas Taekwon-do,melibat kan motosikal Yas bersama  kereta,tolak tepi semua tu sebab yang pasti Yas masih sihat dan semakin sembuh.Alhamdulillah dengan izin Allah Yas masih diberi peluang untuk hidaup.Anda yang nak kemana-mana pastikan drive kenderaan berhati-hati.Yas mengalami keretakan tulang pada bahagian siku yang dipanggil dalam nama saintifik bagi Dokter,Physiotherapis dan pakar dalam bidang ni iaitu Distal Humeral fractures.

Keretakkan Siku pada bahagian kanan,Pandangan depan & belakang.(Anterior & Posterior)

Back to normal life menjadi seorang Instructor Martial Art,Yas still sibuk dengan mengajar pelatih Yas,dalam masa yang sama memperbaik pulih kawasan Myy Studio,halaman rumah Yas supaya lebih kemas dan luas supaya selesa.Masih dengan ciri-ciri Korean Style Design.




Warna kesukaan Yas,hijau cerah..Dalam masa sama,masih mempunyai ciri-ciri Korean Style