27 October 2013

MYY STUDIO


Assalamualaikum

안녕하세요(Annyeonghaseyo),beberapa hari ni Yas mula rajin tulis blog & buat bermacam-macam entry di blog Yas,Alhamdulillah dengan izin Allah Yas masih hidup dan dapat membuat entry baru.Anda pembaca blog Yas bagaimana? sihat? Masih amalkan gaya hidup sihat? Yas semakin hari rasa semakin kurus,dengan latihan yang di beri oleh pembantu Yas iaitu Mfay sebab Yas nak keep it training ke arah MMA style dan menjadi seorang Fighter TaeKwon-Do ITF & MMA.

Bersyukur pada Allah kerna Yas masih lagi sihat dan dapat mengajar Seni Mempertahankan Diri pada generasi Yas yang sedang membesar,Yas sangat happy bila dapat berkongsi ilmu Seni Mempertahankan Diri pada pelatih Yas.Yup,moga ramai generasi Yas & seluruh belia di Malaysia dapat Mempertahankan Diri terutama perempuan.Sekarang kes culik,rogol,kecurian,buli dan macam-macam lagi,So girls yang di luar sana please daftar diri dan belajar Seni Mempertahankan Diri tak kira seni apa sekali pun asalkan dapat mempertahankan diri.

Myy Studio kini semakin ramai pelatih dan sedang menaik taraf kawasan supaya lebih besar untuk pelatih Yas berlatih dan senang Yas & Mfay nak berlatih jugak di studio Yas.Apa-apa pun enjoy pic yang Yas sempat snap di Studio Myy Yas & kawasan Studio Myy nih!





















26 October 2013

Captain & Co-Captain ETL


Assalamualaikum

안녕하세요(Annyeonghaseyo).Beberapa hari yang lepas Yas dan Mfay ke Komplex Sukan Langkawi untuk memberi badge ETL(Logo Rasmi ETL).Logo ETL adalah salah satu cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu adalah ahli dalam Eagle Team Langkawi TaeKwon-Do Demostration,siapa yang ada badge tu kira dia adalah ahli ETL.So,di bawah adalah pic yang sempat Yas snap!
 Pelatih Sk Ulu Melaka

Myy(Captain) bersamaa ahli baru 

Mfay(Co-Captain) bersama ahli baru




I Lead,You Read!

24 October 2013

Thanks to Fatin Diana


Assalamualaikum

안녕하세요(Annyeonghaseyo).Tak nak cakap banyak,terima kasih yang tak terhingga dengan bantuan dan tunjuk ajar dari rakan blog Yas iaitu Fatin Diana yang mirip macam Fatin Liayana.Tanpa bantuan beliau,maybe Yas akan kecundang dalam dunia berblogging,maklum lah Yas dah tua dalam bidang blogging nih.Well dengan bantuan Fatin Diana,Yas akan promote beliau dalam blog Yas selama seminggu! Thanks coz helping me selama beberapa jam walaupun dalam jarak yang jauh melalui Fb...

Please Like fans Page beliau:-


Dan Blog Beliau:- http://www.fatindiana.com/


21 October 2013

Hapus kan Pembuli 100%

Assalamualaikum

안녕하세요(Annyeonghaseyo) to all my blog readers.Semakin hari dunia semakin maju dan Kaum Melayu Ku & Generasi Ku semakin hari semakin memalukan dengan berbagai gejala dim lakukan,kalau nak di senaraikan di dalam entry Yas,pasti tak terhitung jari untuk menaip kerna pelbagai hal.Baru-baru ni di kejut kan 1,2 video yang di upload dari laman sosial ter Top di dunia iaitu FACEBOOK...Anak muda Melayu bergaduh & membuli,tapi bukan lelaki.Malangnya kaum Hawa (perempuan) mengambil gelaran sebagai pembuli.Sangat sedih bagi Yas,kaum & generasi Yas sendiri yang buat & upload video.Untuk apa membuli? yang di buli kenapa tidak mempertahankan diri?! Bangkit lah Kaum Melayu! Generasi Ku!...Gaduh sana sini,buli sana sini,kaum sendiri agama sendiri pulak tuh..

Selalunya kes perempuan bergaduh & membuli tak lain tak bukan adalah kes rampas pakwe dari aku,aku kat hang..hang kat aku...Eh! sekolah bagi habis dulu,pakwe-pakwe,cintan cintun ni tolak tepi please.Sedih melihat kes macam ni..Fikir-fikir kan lah wahai generasi Ku.

Yas sebagai Penulis Blog Seni Mempertahankan Diri & Jurulatih Seni Mempertahankan Diri menasihatkan kepada Ibu bapa dan anak-anak tidak kira umur berjinak lah dalam Seni Mempertahankan Diri tidak kira seni apa yang anda ingin kan..Silat? Muay Thai,TaeKwon-Do ITF,MMA,Judo,Aikido? Kung-Fu? Pilih saja seni di negara kita Malaysia dan amalkan seni tersebut sehingga akhir hayat Mu supaya persiapan diri sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri hingga ke tahap titisan darah yang terakhir jika itu jalan terakhir kerana niat kita adalah MEMPERTAHANKAN DIRI..

Akhir kata,pelajari lah Seni Mempertahankan Diri,amal kan seni tersebut.Yang sedang belajar,teruskan dan JANGAN berhenti berlatih.Yas sebagai anak muda pun ada masa nak bergaduh tapi Yas pilih jalan terbaik iaitu bawak berbincang dengan nada yang lemah lembut agar tiada pergaduhan dan meningkatkan rasa hormat antara satu sama lain.


I Lead You Read.

17 October 2013

Ke Arah Fighter MMA(Mix Martial Arts) Under MIMMA FC(Malaysian Invasion Mixed Martial Arts)

Assalamualaikum

안녕하세요(Annyeonghaseyo).Semakin hari semakin bergerak masa ke hadapan,melangkah ke arah saat,minit,jam,hari,minggu,tahun,abad/dekad yang tak pernah henti itulah dikata kan MASA ITU EMAS.Sejak akhir ni Yas sangat sibuk dengan kerjaya dalam masa yang sama mengejar hobi Yas sebagai seorang Shuffler di bawah Team sendiri iaitu Green Eagle Mix Dancer.Masyarakat Malaysia pandang negativ pada Shuffle sebab gaya yang di bawak oleh seorang shuffler...Secara ringkas,tarian shuffle berasal dari Melbourne pada akhir 1980-an.Muzik yang di gunakan adalah Techno Trance,Hard Bass & lain-lain.Shuffler Melbourne sentiasa menari di dalam clubing,akan tetapi sampai saja di negara kita Malaysia team HR(Hardstyle republic) under Aril Af 7,Apeekwhuut,Amirul,Musher,Yoshiro dan bnyak lg pengasas shuffler Malasyia membuat koreografi yang style dan mencampurkan tarian Jumsptyle dan jugak Tecktonik,dalam masa sama mereka membawa tarain shuffle bukan di dalam clubing tetapi di tempat yang lebih hebat seperti membuat show di atas pentas..HR membawa tarian ini sebagai salah satu seni gaya hidup cergas tapi ada segelintir membawa tabiat shuffle sambil mengambil dadah,arak,rokok dan lain-lain...Secara kesimpulannya,tarian Shuffle adalah POSITIV.

MMA(Mix Martial Art) adalah salah satu kerjaya yang Yas minat,menjadi seorang Fighter MMA bukan senang.Perlu ada keberanian,disiplin yang tinggi,kesabaran yang tinggi & minat yang tinggi. Apabila menjadi seorang Fighter MMA,sifat kesian akan hilang di minda & full contact pada pihak lawan dalam sangkar MMA. Dalam MMA,seorang Fighter perlu mempunyai Speed,Stamina,Cardio & Strength,ini yang paling penting dan skill dari berbagai seni bela diri seperti Jujitsu,Muay Thai,Silat,Judo dan lain-lain...Apa yang pasti,Yas akan mencuba nasib sebagai seorang Fihter MMA di Malaysia yang terkenal seperti Peter Davis,InsyaAllah...

Sangkar MMA

I Lead You Read.


16 October 2013

Yeaa! Mfay_Co-Captain Of ETL udah pulang!

Assalamualaikum

Alhamdulillah Mfay kwn paling rapat & Assistant TaeKwon-Do sudah selamat sampai ke tanah tumpahnya darah Ku iaitu Langkawi Permata Kedah! Tahniah yg tak terhingga sebab dapat jugak menamatkan pembelajaran walaupun Yas sik dapat belajar habis di WIC(Windfiled International College) in "Physiotherapy & Personal Fitness Instructor". Bro! buat yang terbaik untuk diri hang,family & sahabat.Pastikan Solat & dakwah style kita akan sentiasa bersama untuk mengumpul Belia-belia yang rosak kembali ke pangkal jalan terutama yang kaki Clubing,drinkinggg,smokinggg,drug addict & lain-lain.

Bersyukur jugak pada Allah S.W.T sebab AZ Advertising terima Mfay sebagai Graphic Designer,apa-apa pun buat yang terbaik untuk pekerjaan yang pertama.Mfay! enjoy this pic from Myy..hahahaha

 Myy

Mfay



L-Glutathione Lotion

Assalamualaikum

Annyeong Haseyo,semua sihat? Masih mengamal gaya hidup sihat seperti Yas? Alhamdulillah hampa semua masih mengamalkan seperti Yas...Yup! sekarang Yas sangat sibuk yang tak menang tangan dengan kerjaya seorang Jurulatih TaeKwon-Do ITF di beberapa sekolah dan di tempat sendiri.Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T.

Dalam entry kali ni Yas nak promote Lotion untuk lelaki dan prempuan yang Yas pakai iaitu L-Glutathione Lotion.Yas baru ja pakai 2,3 hari.Muka rasa segar dan tak dak minyak,bukan nak jadi perempuan tapi nak menjaga kecantikkan kulit seperti KOREA gituh(haha Korea la sngat mamat nih) Yup! hal-hal kesihatan tak kira lelaki or prempuan wajib jaga walaupun setengah masyarakat pandang remeh hal ni.Ok! tolak tepi semua tu dan cek it out this cool Lotion from Korea.

Kalau nak,contact Yas d inbox FB Yas..Kalu tak tau nak contact..Kat atas dalam page blog ni ada contact..


tock masih banyak

Perbezaan warna kulit sebelum & selepas.
(Model ni bukan Yas,ni akak yang bagi stock tuh)

NEW!! L-Glutathione Lotion by Korea

Highly Recommended by Song Hye Kyo
Made in KOREA

FORMULATED IN KOREA
SPF150 PA / 145ml

Best seller in Korea, Japan & Singapore!

L Glutathione Moist Whitening Lotion SPF 50 300g (Lotion Pemutih)

- adalah pemutih tubuh sekaligus mempunyai fungsi sebagai sunblock kerana mengandung SPF 50++ yang mampu melindungi kulit dari sinar matahari.

- memberikan solusi bagi anda yang ingin menggunakan hand body lotion selain untuk mencegah kulit kering, melindungi dari sinar matahari juga memutihkan tubuh.

Cara pemakaian:
Sapu oleskan pada kulit selepas mandi tanpa dibilas

Harga:
Rm40


I Lead You read!