18 June 2013

MOTIVASI-Kisah Perjuangan & Transformasi YAS (1/11/2012-----29/3/2013)

Assalamualaikum

kisah kali ini adalah tentang Yas dan memberi motivasi kepada anda diluar sana yang ingin berubah menjadi manusia yang lebih sihat.Setelah Yas pulang dari kolej ketika Yas mengambil keputusan bahawa ingin berhenti belajar dan dari situ lah mula timbul yang Yas perlu berubah dan memilih kerjaya dan minat yang Yas nanti-nantikan iaitu TaeKwon-Do ITF dan semua Seni Bela Diri yang lain juga.

Pada mulanya Yas dicabar oleh rakan baik sendiri iaitu Mfay,beliau sentiasa ketawa dan kadang-kadang menyindir bahawa Yas tembun(means gemuk).Ok Yas akui Yas lemas dalam TKD dan Seni Bela Diri yang lain,lama ke lamaan Yas mula berjinak-jinak melakukan sesi Gym di rumah,satu persatu Yas ikuti dalam buku,You tube dan rakan-rakan Gym.Pada mulanya sangat sukar untuk kurangkan pengambilan makanan yang berlebihan dan perbanyakkan senaman dengan cara sesi Gym dan juga calisthenics. 

Hari demi hari Yas pergi mengajar TKD di sekolah-sekolah dengan hanya menaiki basikal sebagai kenderaan harian.Dengan nasihat mak dan ayah tiri dan semangat Yas unutk melatih dan berlatih TKD tak pernah putus asa.Sehingga sekarang Yas masih menaiki basikal tak kira hujan atau tidak.Malah Yas sentiasa pergi kemana-mana dengan menaiki basikal,selain itu Yas joging setiap pagi selepas solat Subuh dan melakukan sesi Gym selama 1jam setia 3 kali seminggu hingga lah sekarang Yas melakukannya.

Selain dengan aktiviti mengeluaran kan peluh,Yas sangat berdisiplin dengan pengambilan pemakanan seimbang dengan mengurangkan minyak,gula,garam,lemak-lemak ayam,moyonis,butter/majerin.Kini Yas perbanyakkan pengambilam makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,minuman seperti Jus,kacang Soya.Dengan cara ini Yas telah berjaya menurun berat badan yang terlampau,Yas bersyukur pada Allah sebab terdetik hati unutk berubah.Kini Yas semakin sihat dan menjalankan aktiviti seperti biasa dengan lebih sihat.

Dulu

Sekarang

Ayuh jadi seperti Yas,kalau Yas boleh anda pun boleh.Hiraukan kutukkan dan kritikkan orang lain.Lakukan untuk diri anda dan transformasi anda.Semoga berjaya!


I Lead,You Read.



15 June 2013

Tentang Eagle Team TaeKwon-Do Demostration & Black Hawk Team TaeKwon-Do Demostration

Assalamualaikum

Para peminat dan pembaca blog Yas nak kongsikan sedikit sebanyak tentang team yang Yas reka khas dan wujud di dunia nya ta ini. Iaitu Eagle Team Langkawi TaeKwon-Do Demostration,dikenali sebagai ETL.

ETL adalah salah satu team yang sentiasa membuat demo di serata Pulau Langkawi dan Malaysia untuk menyampaikan tekni seni mempertahankan diri yang asli dari Korea iaitu ITF.Ramai yang berprasangka buruk bahawa ETL adalah sebuah Persatuan TaeKwon-Do Langkawi.Walhal,ETL hanyalah Team Persembahan yang Extream,itu saja.ETL mula ditubuhkan pada January 2009 dan kita mempunyai Pejabat dan tempat latihahan sendiri di MYY Martial Art Studio iaitu di tempat Yas.

Tentang Black Hawk adalah sebuah team persembahan yang extream sama seperti ETL akan tetapi Black Hawk dibawah naungan ETL,sekadar Musuh olok-olok saja.(maksudnya hanya pura-pura musuh tetapi SATU TEAM).Black Hawk juga dikatakan musuh ETL dan akan sentiasa bersama ETL untuk memperhebatkan lagi Skill,Koreografi dan kejutan kepada penonton.Kepada Mfay,kita tak bergaduh laaaa,just Captain ada plan terbaik untuk team kita,Leader will always with his team & Family. And you Mfay,you are my little brother and my BFF since 2007.

Eagle Team Langkawi: Uniform Putih

Captain= Yas
Co-Captain= Mfay
Bendahari=Nadya
Assistant Instructor=Hazirah

Official members ETL=
  1. Azrul
  2. Amir
  3. Alifah Zakirah
  4. Atika
  5. Anis
  6. Wan
  7. Suraya
  8. Bnyak lagi laaa (hihihihihi)
  9. Muhd Nur Asyraf



Black Hawk:Uniform Hitam
Captain= Yas

OK,apa yang Yas nak sampaikan ialah,Black Hawk Hanya wujud dan di bawah naungan Eagle Team agar nampak lebih mantap latihan kami.

ETL

BH (Black Hawk)

I Lead,You Read.


08 June 2013

Selesai segala pertandingan & BBQ

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah selesai  Kejohanan TaeKwon-Do Langkawi,selepas seminggu Yas terus membuat satu lagi aktiviti iaitu BBQ di MYY Martial Art Studio.Ya,BBQ pun selesai dengan jayanya dan ramai yang gembira dengan menu makanan yang Yas dan Eagle team sediakan.Seramai 20 ke 30 pelatih yang hadir dan memeriahkan pada hari itu.Hampir semua pelatih TaeKwon-Do ITF Daerah Langkawi Datang.

Terima Kasih yang tak terhingga juga kepada Pembantu Yas Mfay,member Eagle Team Langkawi TKD Demostration,pelatih semua sekolah dan para Ibu bapa kerana sentiasa memeriah dan menjayakan aktiviti TaeKwon-Do Langkawi.Sekarang,misi Yas akan mengajar para pelatih Yas sehingga hujung bulan ini dan berhenti seketika pada bulan PUASA.

 Mfay melatih pelatih Yas

Yas sedang menerangkan hal tangkisan. 


Selepas BBQ,semua pelatih bermain acara Kampung Style..

Sesi bergambaq!























Hari last perpisahan bersama Mfay,sempat jugak beliau mengajar Yas cara menunggang Motosikal.Tq Mfay,InsyaAllah Yas akan ambil lesen pada bulan puasa ni.Moto Cross,tunggu Yas ya! Nak ambil lesen dulu.



I Lead You Read.