25 September 2012

Berhati-hati Part 2

Assalamualaikum

Maaf kepada semua pembaca dan pengikut blog Yas,sejak seminggu lebih Yas sibuk dengan kerja Yas dengan mengajar Taekwon-do ITF di TIGA buah sekolah di Langkawi.Korang pun dah tau yas dah berhenti study dan ada masalah sikit.Walau apa pun,Yas tetap ok dan korang semua janagn lah risau sebab ini bukan pengakhiran bagi Yas.Yas tetap akan terus kan dengan cita-cita Yas nak buka Taekwondo Gym Kelas,InsayaAllah.Oh! stop! cukpla cerita pasal tuh,apa yang Yas nak sampai kan hari ni ialah:-

Ok,straight to the point jelah kan..Well!,korang sebelum nak naik kereta korang pandang tak kiri kanan? atau,melintas pandang kiri kanan? (macam lah lintas jalan korang tak tau).Actually,korang wajib pandang kiri dan kanan sebab kalau korang naik kerata,tanpa pandang tiba-tiba kereta atau orang nak samun korang.Hah! baru korang menggedik macam semut sebab korang tak BE CAREFUL.

Oh! pasal lintas jalan tak payah laa Yas nak nasihatkan sebab korang mesti laa pandang kiri kanan ketika nak melintas,apa-apa pun berhati-hati dan nak buat apa-apa pun korang WAJIB pandang kiri dan kanan tak cukup lagi pandang atas dan bawah.(hahaha,buat jaa asalkan berhati-hati).



I lead,You Read.


18 September 2012

Terima Kasih Yang Tak Terhingga

Assalamualikum

Wow! blog yas sudah masok ke dalam Majalah Remaja yang di keluarkan pada 15/9/2012 baru-baru ni.Well dengan rendah dirinya yas sangat berterima kasih yang tak terhingga kepada Mak saya yang sentiasa memberi semangat,juga sahabat-sahabat blogger saya Fatin Liyana,Hanis Zalikha,tak lupa sahabat Taekwondo saya Mohamad Firdaus,Jurulatih Taekwondo Sir Rosly Ahmad dan paling saya hargai pembaca-pembaca blog saya yang tak henti-henti memberi semangat supaya yas sentiasa mengupdate blog untuk pembaca-pembaca yang GILA Taekwondo dan Seni Bela Diri.Saya hargai korang yang sentiasa nak tau tentang Taekowndo. Sekian Terima Kasih.

I Lead You Read.
Cover depan ni lah menjadi kejutan bagi Yas.Buka saja page 129.taa daaaa Bloger Yas dah masok Majalah Remaja.

(Ini lah blog Yas yang dipilih dalam Majalah Remaja)

You Tube
http://www.youtube.com/user/92Eeen

17 September 2012

Fikir Sejenak Tentang Sesuatu

Assalamualikum

Baru selesai sudah menonton Cerekarama Pelarian di TV3,best sedih,rasa kesian,macam-macam laa rasa bila yas tengok cerita ni.Ok,sinopsis dia macam ni:-
Mengisahkan tentang tiga beradik, Muhamad, Miza dan Bobok mencari ibu mereka yang meninggalkan mereka untuk mencari suaminya. Pengembaraan Muhamad, Miza dan Bobok bermula apabila mereka pergi ke bandar untuk mencari ibu mereka, Ramlah yang turut membawa sama adik mereka yang cacat iaitu Yusoff. Tiga beradik ini melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencari ibu yang masih tidak dapat dipastikan nasib mereka. Muhammad mendapat perlindungan di Yayasan Rabiah manakala Miza terjerumus di lembah kota.

Pelakon Cerekarama Pelarian:-
Vanidah Imrah, Sharifah Amani, Aeril Zafrel, Azhan Rani dan Talha Harith.
Ok,kalau nak cerita dekat korang pasal story ni tak akan pernah habis laaaa kan?kn?kn? Dalam cerita ni,apa yang yas rasa adalah sedih sebab secara tiba-tiba or sekelip mata saja boleh berubah menjadi susah dan paling yas kesian ialah adik Bobok dalam cerita tu.Dengan tinggal merempat,tak ada rumah nak berehat dan sebagainya.kak dia Miza kena tangkap oleh orang jahat untuk bekerja sebagai jaga budak-budak mintak sedekah,sangat kesian kalau korang menonton story tu.

Apa yang yas nak sampai kan ialah,kita sebagai orang yang bertaraf sederhana atau kaya perlu hati-hati sebab dalam sekelip mata saja kita akan jatuh dan duduk merempat di tepi jalan,di lorang-lorang dan paling mengecewakan kita ialah tanpa wang perbelanjaan kita,tanpa pakaian dan tanpa makanan yang mencukupi untuk membuat kita sihat.Korang-korang especially yang berkedudukan mewah-mewah or sederhana termasok lah saya sentisa BERINGAT dan BERSYUKUR kepada Allah S.W.T.
Seperti di Africa,Palestin tempat-tempat sebegini sangatlah kekurangan makanan,minuman,temat tinggal,pakaian,barang untuk kesihatan.Tapi di negara kita Malaysia,megah Merdeka yang ke 58 masih lagi tidak bersyukur dan masih lagi membuat kes membuang bayi,ragut,kes-kes penculikan kanak-kanak dan lain-lain sampai yas dah tak nak senaraikan Malaysia yang tak baik ni.Kita duduk sorang-sorang dan fikir sejenak time suasana relax,tenang dan aman damai sambil menghirup udara segaq.Time tu,korang fikit masa depan,fikir lah apa yang patut tentang kebaikan,sentiasalah BERTERIMA KASIH kepada Allah S.W.T.

Dah dua kali suruh ingat Allah,tak ingat jugak cik tak tau laa noh.One more thing is korang especially belia-belia bantu lah orang-orang tua,OKU dan sebagai sebab korang akan rasa apa yang yas rasa.One day tngah naik bas ke kolej untuk get ready for Silat Demostration,So tengah duduk and suddenly pakcik yang berkerusi roda nak naik bas,hah! Yas dan rakan Fisioterapi terus tolong dia dan bagi dia ruang dalam bas dengan selesa tapi the best is orang-orang lain boleh tengok saja dan buat-buat perak I mean tak penah tengok seperti beruk mat yeh..hahah,lawak tapi kami yang tolong ni rasa puas hati bila uncle ni senyum dan ucap thank you sebab tolong uncle.Dengan ayat tu pun kami dah rasa huh lega dan bangga dapat bantu orang.Belia-belia tolong yee,eh! Bagi perhatian! Tolong sapa-sapa yang susah tak kira sapa di mana kaum or agama.Tapi korang kena berhati-hati gak sebab kadang-kadang ada orang yang nak perkena korang.


Ni laa cerita yas cakap

Hati-hati my blog readers dan jaga diri ok. I Lead You Read.

13 September 2012

Mengapa Setiap Seni Bela Diri Perlu Menjerit Ketika Memecahkan Sesuatu Objek Ketika Melakukan Demostrasi?

Assalamualaikum

Hurmmmm,korang fikir tak setiap orang yang mengamal Seni Bela Diri perlu menjerit ketika memecahkan objek?Pelik tapi benaq,tak boleh kaa depa tak jerit?Sama ja,bergerak jugak fizikal dia ketika nak pecahkan objek,betul tak my be loved blog readers??Ramai yang tak penah pikiaq pasal nih kan?Ramai yang buat tak endah ja.Bagi yang fanatic kepada seni bela diri saja yang pikiaq pasal ni dan suka membuat kajian dan berlatih. Bukan saja pengamal seni bala diri saja yang menjerit,malah ada sukan-sukan tertentu yang menjerit iaitu sukan Tenis dan juga angkat berat.

Diam tak diam,aku selalu berlatih bersama sahabat aku di gym Taekwondo dan kami sentiasa berlatih diri dengan memecahkan objek yang mudah pecah hingga susah nak pecah.I mean,kayu papan yang nipis hingga tebal dapat kami pecahkan.Senang paham,”karate” papan or bata.

Sains Sukan di Barat telah menkaji tentang adakah menjerit dapat mengubah perestasi.Sains Sukan telah menjemput juara Seni Bela Diri iaitu Paul Pumphrey.Beliau sentiasa menjerit ketika memecahkan objek ketika demostrasi.Untuk test jeritan Paul,Ahli Sains Sukan telah menyediakan dua set objek batu bata yang berkeping sebanyak 15.Ahli Sains Sukan telah melekat satu alat yang canggih di bahagian belakang bahu untuk menyukat kelajuan dan bebanan yang beliau perolehhi.Bagi beliau,menjerit dapat memecahkan apa sahaja.

Test A,beliau di benarkan menjerit ketika memecahkan objek dan beliau Berjaya memecahkan objek tersebut dengan beban yang beliau perolehi ialah 2048 Lbs.

Test B  tanpa menjerit,beliau gagal memecahkan sekeping saja lagi bata kepingan tersebut.Ini disebabkan tenaga dari dalam badan menghentak objek tersebut dengan melantun semula dari mula menghentak.Beliau meperolehi beban tanpa menjerit iaitu 1500 Lbs sahaja.
Dalam Seni Bela Diri ketika memecahkan objek perlu di satukan iaitu beban,kelajuan,kimia badan dan saikologi.Menjerit dapat membantu memecahkan objek. Jeritan akan mengeset otak dan jantung mengepam darah dan tekanan darah meningkat ke limpa dan organ lain.Paru-paru mengembang cepat,darah yang tak beroksigen keluar dan secara tiba-tiba jeritan yang kuat di keluarkan.

Semua otot-otot yang ingin di gunakan ketika memecahkan objek akan kontrak sehingga tenaga yang dipanggil Chi di keluarkan dan sekelip mata objek akan pecah.Paul menjerit dengan 25 peratus dan selebihnya beban,kelajuan,kimia badan dan juga saikologi.
So,korang dah tau kan awat pelatih seni bela diri menjerit ketika memecahkan objek.Korang yang di luarsana yang fanatic dengan martial art,teruskan lah dengan latihan dan tanpa rasa jemu.

I Lead,You read.

Cara untuk menjadi seorang Artis Seni Mempertahankan Diri Yang Berjaya

Assalamualaikum

1-Mengubah minda korang dan pandang kehadapan dalam seni beladiri atau apa-apa saja.

2-Untuk menjadi seorang artis seni mempertahankan diri yang berjaya,korang perlu mengambil kelas seni mempertahankan diri.

3-Mengubah minda korang supaya tidak memepelajari satu seni beladiri,kerana lebih banyak korang pelajari,lebih banyak pengetahuan dan selok belok teknik serangan dan tangkisan yang korang tau.

4-Kaji sendiri seni mempertahankan diri yang terbaik untuk korang.Campuran seni mempertahankan diri yang berbeza dapat membentuk skill yang lebih menarik.Malah,korang dapat baca pergerakan musuh dalam sekelip mata.

5-Dalam seni mempertahankan diri,korang janganlah lupa  melakukan beberapa jenis latihan seharian supaya lebih mahir.

6-Bersabar.Untuk melihat perbezaan dalam pertempuran pertempuran korang,biasanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan latihan yang sangat berdisiplin dan susah. Seni mempertahankan diri memerlukan bertahun-tahun untuk menguasai ASAS. Tetapi apabila korang tahu asas-asas, prinsip dan helah bergaya,ia akan menjadi  lebih kepada semulajadi.

7-Mula untuk membangunkan gaya korang sendiri untuk berjuang dan gaya korang sendiri dalam seni mempertahankan diri yang korang belajar.

The Top Martial Artists

Jason Statham-The Transpoter.
Scoot Adkins-Undispute.
Jean Claude Van damme-Kick Boxing
Rain-Ninja Assassin
Chuck Norris-Way Of The dragon.
Jackie Chan-Drunken Master.
Jet Lee-Fearless.
Donnie Yen-Ip Man.
Tony Jaa-Ong Bak.
Bruce Lee.
Steven Seagel.

I lead,You read.

08 September 2012

Menjadi Handal Dalam Taekwondo (Part 2)

Assalamualaikum

Untuk tumbukan  & tangkisan yang lebih berkuasa, korang perlu  mengukuhkan kawasan-kawasan seperti otot  Triceps, Biseps, lengan, bahu dan belakang badan korang.

Latihan Asas Tumbukan

1-Push Ups – kerap melakukan push up (tekan tubi)adalah satu latihan Taekwondo yang bagus kerana korang  boleh melakukannya di mana-mana. Tidak perlu ke gym atau meletakkan pemberat,otot yang berkaitan adalah seperti Triceps, dada dan bahu.Korang  juga dapat meningkatkan kekuatan otot teras korang.

2-Triangle pushups - Letakkan tangan korang seperti push-up yang biasa korang lakukan,tetapi tangan dan jari rapatkan dan bentukkan segitiga. Senaman ini sangat payah,tetapi sangat berkesan untuk menguatkan otot Triceps korang.

3-Wide Push-Up - Letakkan tangan korang sejauh  yang mungkin. Ini adalah pushup lebih susah dan akan memberi lebih penekanan pada otot dada korang.

4-Clappingi Push Ups – Senaman ini sangat susah,tetapi untuk lajukan tumbukan korang kenalah buat.Push-up sambil tepuk tangan dapat  menguat kan otot dada.

5-Elevated Push up – Jika korang nak lagi susah dan mencabar lebih susah,korang cuba letakkan kaki korang di atas kerusi dan lakukan tekan tubidan jagan lupa naik kan jari sedikit dan lakukan tekan tubi.

Latihan Tumbukan Advance

  1. Bench press.
  2. Biceps curl.
  3. Pull ups.
  4. Lat pull down.(menggunakan mesin di gym)
  5. Triceps Extension.
  6. Triceps Kick Back.
  7. Bent over row with dumbbell.
  8. Dumbbell flys.
  9. Chest drip.



1-Push Ups

2-Wide Push-Up

3-Clappingi Push Ups

4-Elevated Push up

5-Bench Press

6-Biceps curl

7-Pulls up

8-Lat pull down (perlu ada mesin iniatau pergi ke gym)

9-Triceps Extension

10-Triceps kick back

11-Bent over row with dumbbell

12-Dumbell flys

13-Chest Drip


14-Triangle push up

Hurrmmmm,harap korang faham dengan latihan/senaman ini.Ohh yee,setiap senaman ini korang kena buat 10-12 reps (gerakkan) dalam 3 set.Contohnye, Push up korang kena buat 10 kali jika mampu kemudian rehat 1 minit.Itu baru 1 set,tinggal lagi 2 set dan korang perlu ulang sampai cukup 3 set.So,harap korang berjaya buat latihan nih.

I lead,You Read.



06 September 2012

Menjadi Handal Dalam Taekwondo (Part 1)

Assalamualaikum

Korang mesti nak jadi pro lah kate kan dalam dunia Taekwondo tidak kira ITF,GTF,or WTF.So,di bawah nih ada tips part 1,sebab part 2 masih dalam kajian aku(poyo kaji kate kan). InsyaAllah kalau tiada yang menghalang,aku kan post entry part 2 pulak ye,Korang try & keep doing it sebab aku dah try latihan nih,memang perit bila mula-mula buat.After  1 week,korang dah boleh bercakap sambil buat latihan nih.

So,Untuk cemerlang dalam Taekwondo korang mesti  meningkatkan fleksibiliti korang dan kekuatan .- untuk rehat yang cukup baik,tendangan dan tumbukan yang kuat. Fokus melakukan ripitasi (Ulangan)  yang banyak berbanding sekali ripitasi menggunakanpemberat  yang  maksimum. korang mesti nak kekuatan & ketahanan! Senaman kekuatan Taekwondo ni menumpukan pada tubuh badan korang,iaitu pada  bahagian upper body (bhagian atas),Lower body(bhagian bawah), lengan dan kawasan perut.

Untuk tendangan yang lebih kuat & lebih cepat dalam sukan Taekwondo, korang perlu untuk bekerja di kawasan-kawasan seperti quads anda, hamstrings & betis. Berikut adalah beberapa latihan yang boleh meningkatkan kuasa korang untuk menendang.

Latihan Asas


Latihan hamstring - Memandangkan ramai yang  mengalami pelbagai kecederaan pada hamstring dalam Taekwondo, saya juga telah mencipta senaman hamstring dengan latihan pengukuhan pelbagai hamstring Leg Curl,menggunakan pemberat. Ini akan membantu korang untuk mencapai tendangan yang lebih tinggi & lebih kuat.

  1. Barbell step-up.
  2. Barbell Lunges
  3. Calf Press.
  4. Calf faise tanpa pemberat Mesin.
  5. Calf Raise dengan mesin pemberat.
  6. Deep Knee Jumps - Berhati-hati dengan lutut anda. Jangan bengkokkan terlalu banyak jika anda mempunyai masalah lutut.
  7. Horse stance - Hanya meluaskan kaki korang, bengkok lutut korang dan HOLD tahan. Pendirian ini akan bekerja pada ketahanan dan kuasa kaki,sama seperti Sitting Stance.
  8. Knee Extensions dengan Ankle Weights.
  9.  Lunge - Gunakan berat badan anda sendiri dalam latihan ini. 
  10. Step-Up.
  11. Single leg Squat.
  12. Squat Thrust - Teras mencangkung membantu untuk membina kuasa kaki serta bekerja di kawasan-kawasan lain badan korang (iaitu dada). Ini adalah satu usaha yang meletihkan namun saya"nikmati" dalam Latihan Kadet Bomba Sukarelawan.
Contoh:-

1-Barbell step up

2-Barbell Lunges

3-Calf Press

4-Calf Raise dengan pemberat


5-Deep Knee Jump

6-Horse Stance

7-Knee Extensions dengan Ankle Weights

8-

8-Step up

9-single leg squat

10-Squat Thrust

11-Lunges



03 September 2012

Be careful even if you are anywhere

Assalamualaikum

“Jaga diri,jatuh bangun sendiri  ye,tengok bawah bila jalan ye” itu lah sahabat-sahabat,parents kite yang selalu nasihatkan.Walaupun orang-orang tua,kite tetap menasihatkannye,malah ada d antara cucu-cucu or anak-anaknya membelikan tongkat untuk membantu stabilkan nenek or atok korang berjalan.
Kadang kala susah orang yang kita nasihat tak nak dengar dan dia buat don’t know saja,masok telinga kanan keluar telinga kiri,susah lah macam tuh kalau tak nak dengar.Ajal maut di tangan tuhan,so we should accept it no matter how,when,where,who.Kita patut berhati-hati ke mano sajo kito poie ( wah! Bhaso nogori pulok)
Kadang-kadang aku pun tak jage diri aku,sambil berjalan pun aku tersepak batu or time mandi toilet semistinya licin and sudah pasti rasa macam nak jatuh kalau tak berhati-hati.So,awasi langkah anda tidak kira tua or muda,sihat or kuat.Di bawah ada tips untuk korang supaya berhati-hati,:

TIPS JAGA DIRI:

Sentiasa membaca doa agar selamat kemana jua hala tuju anda.
Berhati-hati ketika berjalan.
Pandang lah bawah ketika melangkah.
Gunalah tongkat (untuk nenek or atok).
Pakai lah kasut or selipar yang selamat dan tidak meberi kecederaan kepada anda.Contohnya kaut High Heel.
Ketika dalam tandas atau bilik mandi,anda perlu memakai selipar dan berhati-hati.
Tidak sihat,berjumpalah doctor.

Doa Mohon Keselamatan & Tolak Bala

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang  hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.