11 December 2010

Senaman & Regangan Kearah Hidup Cergas Sepanjang Hayat

Dalam setiap sesi latihan aktiviti fizikal, para pelatih perlulah membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Kenapa? Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah perlu untuk;
Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan.

Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah
Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda
Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan
Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan fizikal yang intensif akan bermula

Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri
Membantu melancarkan peredaran darah
Kelegaan yang akan nikmati setelah melakukannya Anda perlu pastikan agar tidak melakukan regangan secara keterlaluan dan ambil masa antara 10 sehingga 30 saat untuk setiap regangan.

Lakukannya sehingga anda merasa sedikit tegang di bahagian yang diregangkan dan relaks ketika menahan setiap regangan.Jaga pernafasan anda agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika melakukan regangan.Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan.

Ini untuk memastikan anda meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan.
 Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan.

Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.Aktiviti regangan sepatutnya tidak menyakitkan, jadi tolaklah fahaman 'No Pain, No Gain' yang telah lama tersemat dalam minda, barangkali sejak anda di bangku sekolah lagi. Kesakitan ketika atau akibat aktiviti regangan mungkin menandakan yang tubuh badan anda telah mengalami kecederaan.

05 December 2010

Cara menguat kan otot paha (Rectus Femoris)




Cara untuk kuat kan otot paha(Quadriceps & Hamstring) :-

  1. Angkat kaki anda seperti gambar rajah di bawah.
  2. Lutut tersebut perlu sama paras pusat atau rendah sedikit.
  3. Badan lurus seperti rajah di atas.
  4. Kedua-dua tangan angkat dan genggam untuk mengawal keseimbangan seperti rajah di atas.
  5. Tahan 1- 30 saat.
  6. Lakukan ini 3 set sebelum memulakan latihan Taekwon-do.

Jika otot anda lemah, kemudian anda sering duduk dan berdiri dengan bahu membongkok dan perut kendor sudah tentu ada mempunyai masalah. Dan selama bertahun-tahun ini boleh menyebabkan sakit pinggang.Tulang belakang anda juga akan mempunyai masalah.
Otot paha yang kuat dapat menghasilkan tendangan yang baik dan kekuda dalam seni bela dirinmalah dapat menendang lebih tinggi. Dan dapat mengelakkan masalah kekejangan otot paha.
Dalam taekwondo otot paha yang kuat membantu anda untuk mengawal  tendangan. Dan kombinasi kekuatan dan fleksibiliti membolehkan anda untuk menendang tinggi. Sementara anda tegak dan mengawal keseimbangan tubuh anda.

 Gambar rajah di bawah ada lah satu contoh untuk menguat kan otot paha.


03 December 2010

Seni Mempertahankan Diri

Seni pertahanan diri ialah kemahiran dan kepandaian yang dimiliki oleh seseorang dalam selok-belok ilmu mempertahankan diri daripada sebarang ancaman serta gangguan yang boleh mendatangkan bahaya kepada mangsa.

 Di negara kita, terdapat pelbagai jenis seni pertahanan diri seperti Silat,karate,Taekwan-do, kendo, kung fu, tomoi dan sebagainya.

Antara kepentingan seni pertahanan diri ialah:-

·         meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam seni pertahanan diri yang diceburi.

·         mengelakkan diri remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang NEGATIF

·         memastikan tahap kesihatan tubuh badan yang sempurna

·         mampu menjana stamina yang lebih mantap dan daya pemikiran yang lebih cerdas

·         membolehkan kita menjalani kehidupan yang lebih sihat

·         menjadikan kita lebih berdisiplin

·         dapat membina dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri

·         dapat melindungi diri dan keluarga daripada ancaman bahaya atau disakiti oleh orang lain

·         mengurangkan kejadian yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat

·         mewujudkan keadaan aman dan makmur di sesebuah kawasan kejiranan

·         memupuk semangat kerjasama dan semangat perpaduan

·         menyumbangkan pendapatan sampingan kepada sesetengah orang