Assalamualaikum
Sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini.Sudah 5 bulan tinggal begitu saja, di harapkan anda pembaca blog Yas masih mengikuti perkembangan Yas,masih mempelajari Seni Mempertahankan Diri dan sihar seperti biasa.
Alhamdulillah, Yas bersyukur masih di beri peluang untuk bernafas dan terus mencari rezeki seperti biasa.Kini pelatih TaeKwon-Do ITF di sekolah semakin ramai berlatih bersama Yas dan begitu jugak di M.Y.Y Martial Art's Studio Langkawi hampir setiap hari ada pelatih yang datang untuk berlatih dari pelbagai watak dan dari seluruh negara.
Hari demi hari telah berlalu dengan pantas, kini ada beberapa pelatih TaeKwon-Do ITF Langkawi yang akan bersiap sedia menjalani ujian kenaikan tali pinggang hitam 1st Degree pada awal tahun 2019.Di M.Y.Y Studio pulak,pada tahun 2019 akan ada 3 pelatih dari berlainan seni akan mewakili dan bertanding Amateur Fight, 2 pelatih Muay Thai dan jugak seorang pelatih Boxing. Ini adalah satu pencapaian yamg membanggakan pada Yas,pada tahun ini adanya peningkatan yang begitu tinggi pada tahun-tahun lepas.
Baru-baru ini jugak pada bulan 4 2018,Yas telah di jemput untuk memberikan kursus asas Muay Thai pada staff di Hotel The St. Regis Langkawi selama 1jam.Amat menyeronokkan kerana adanya pengalaman baru pada Yas dan di beri layanan yang sangat baik.
Ini adalah secebis kisah sepnjang Yas tidak mengupdate. Dari masa ke semasa akan Yas menulis lagi di blog ini seperti biasa untuk berkongsi ilmu sedikit kepada anda.Kerana
Zahiril Adzim, Yas berjinak jinak semula menulis blog kerana beliau jugak kini seorang Vlogger di YouTube,Insha Allah ada rezeki Yas cuba vlog pulak.
I Lead, You Read.
M.Y.Y